Thursday, May 13, 2010

Frust Bila Orang Tak Pandai Menghargai...

~Takutnyer kalau jadi macam ni...huhuhu~


Assalamualaikum w.b.t

Ingat tak previous entry saya pasal STRESS!!!!So ni adalah kesinambungan daripada entry tu. Saya terasa macam 'zombie kampung pisang' bila kena mengadap tiga (3) tender report dalam masa 3 minggu ni. Satu tender report memang saya punya. Satu lagi TERPAKSA cover 'orang lain' [A bukan nama sebenar] punya. Lagi satu tender report my officemate [B bukan nama sebenar] yang haritu dah tolong saya cover 'orang lain' tu punya tender report. Kebetulan dia cuti this week and Big Boss nak cepat, so saya pun tolong lah dia memandangkan haritu dia dah tolong cover saya. Dua tender report ni saya juz tolong buat write-up. B tolong extract maklumat daripada tender.

Bila orang asal[A dan B] yang sepatutnya siapkan tender report ni balik ke office, saya pun ambil decision untuk kembalikan semula tender report ni kepada orang asal. Banyak sangat kerja lain yang tertangguh bila saya buat tender report ni. Penat dah kena chase dengan orang sebab tak proses-proses lagi submission documents diorang. Tapi saya bukan bagi balik bodoh-bodoh macam tuh je. Saya dah siapkan write-up sehingga ke dapatkan tandatangan urusetia [yang tu Big Boss tolong].

Untuk B punya tu tender report, saya tak sempat nak buatkan pembetulan and print out balik tender report tu. Nasib baik dia paham sebab saya pun banyak kerja lain. Tapi untuk A punya tender report tu saya siap buat pembetulan, print out balik, buat compilation untuk satu copy then bagi dekat A, printkan flysheet untuk supporting documents. A perlu buat copy lain untuk tender report tu and photostate supporting documents sahaja then hantar ke Board. Saya dah tak larat nak tolong sebab apa haritu time saya buat tender report yang memang saya punya, saya ambil masa dua hari untuk siapkan photostate supporting documents and saya buat sorang-sorang. Saya harap A yang bertanggungjawab ni paham la kan. Lagi pulak dia ada assisstant yang boleh tolong dia.

Tapi tahu tak apa yang saya dapat??? Mula-mula saya nak bagi balik dia tak nak ambil. Dia suruh je saya siapkan. Dia kata anggap je yang tu memang tender report saya. Saya pun malas nak melawan saya pun terima je la. Tapi bila saya bercerita dengan kakak-kakak kat office diorang pun cakap, patutnya dia ambil balik la. Hari tu saya tolong siapkan write-up sebab nak kejar untuk dapatkan tandatangan urusetia je. Ni dia dah balik dari kursus patutnya dia ambil balik. Bukan tinggal apa pun. Photostate yang boleh suruh assisstant dia buat. So, semalam saya try my luck. Cakap lagi kat dia yang saya nak bagi balik tender report dia. Saya cakap banyak kerja pending sebab kena wat satu full tender report and dua write-up tender report dalam masa 3 minggu ni. So, dia pun consider la untuk ambil balik tender report tu. Pastu saya pun lega la sangat-sangat sebab tak payah nak mengadap mesin photostate berhari-hari. Nak-nak lagi kalau time mesin photostate buat hal. Memang hangin satu badan.huhuhu.Saya ingat dah settle la kan. Lepas-lepas tu boleh tak dia sound saya: "Awak memang tak nak tolong saya eh buat ni. [sambil tunjuk kat tender report yang saya bagi tu]". Terasa berdesing telinga. Abis yang selama dia tak ada kat office tu siapa yang buat write-up?Momok ker?Yang ada kat depan mata tu amenda? Bukan sejenis pertolongan ke? Kalau write-up tu tak siap agak-agak boleh proceed ke nak submit?Bukan nak ucap terima kasih, kena sound lagi ada. Tu la orang kalau tak pandai bersyukur. Tak pernah saya jawab bila dia cakap, tapi kali ni dah sampai limit. Saya pun balas balik. "Bukan tak nak tolong, kerja saya pun banyak kerja lagi yang tertangguh". Dah tiga minggu tak buat benda lain. Mengadap Tender report je. Takkan la produktiviti saya sekadar Tender Report????

Lepas ni jangan la pulak cakap orang berkira nak buat kerja bila diminta tolong. Just nak buat kerja sendiri sahaja. Tak nak tolong buat kerja orang lain. Tak kisah nak tolong buat kerja orang lain kalau saya sendiri tengah tak ada kerja time tu. Dan lagi tak kisah kalau orang tu tau menghargai pertolongan kita. Saya tak dengar ucapan terima kasih, tapi apa yang saya dapat 'ayat yang cukup manis'. Adakah saya perlu hulur bantuan lagi kepada orang yang macam ni??? Harap maaf. Bantuan saya hanya untuk orang pandai menghargai.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...