Monday, April 12, 2010

Weekend yang Best Tahap Gaban

Assalamualaikum w.b.t

Hari nih nak story pasal weekend saya yang best tahap gaban[chewah...tajuk entry x nak gempak pulak kan].Sebab ape best??????????Saya berdating dengan Mr.Teddy sampai ke Melaka.hohoho.Sebab tuh la best tahap gaban. Lagi-lagi spent time dengan orang tersayang kan[chewah...jiwang karat la pulak kan].hehehe. Tapi malangnyer, camera saya yang tersayang telah betray me coz batery habis tyme-tyme best camnih.huhuhu.Gamba sumer dalam camera mr.teddy n xdapat nak share kat sini.

Tyme berjalan-jalan kat Melaka ni, tak sangka la Malaysia negara tercinta nih ade tempat-tempat yang best [confuse tetiba nih...best sebab g dengan mr.teddy @ memang best...hehehe]. Tapi satu yang xbestnyer jalan jammed n banyak traffic light hingga hampir-hampir membuatkan Mr.Teddy hilang sabar [nasib baik ader penyejuk hati kat sebelah kan....kan....]. Tapi paling x boleh luper ayat Mr.Teddy:"Untung erk I tau jalan Johor, Kedah, KL n Melaka."Saya pun buat muker=p kat dier.Tak sampai beberapa minit pastuh kitorang kesesatan, carik tempat River cruise x jumper-jumper.hahaha.Tu la x bek berlagak.Kan dah sesat.Pusing tempat yang sama pastuh tempuh jammed lagi.huhuhu.

Kat Melaka nih memang banyak tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati. Rasernyer sumer pon tau kan. Sebab tyme kecik-kecik dulu selalu rombongan sekolah wat g Melaka. Yang extra bestnyer saya nak share kat sini adalah kitorang naik Menara Tamingsari n Melaka Rivercruise pada waktu malam. So, memang best la dapat tengok view Melaka at night. 1st tyme nih walaupun kampung saya kat Melaka.hehehe.

Fee untuk naik Menara Tamingsari sebenarnya RM 20.00, tunjuk My Card dapat la RM 10.00. Pastu kat Entrance ader orang akan ambil gambar kita. Sesiapa yang nak sewa teropong pun boleh. Dapat la 2 for RM 5.00. Teropong memang berfungsi dengan baik. Clear habis. Sampai dalam bilik-bilik kat umah orang pon boleh nampak.Isk..isk...Pengalaman memang best biler menara berpusing naik dan berpusing turun. Boleh nampak seluruh Bandar Melaka. Cantik. Bile dah kuar ader orang yang jual gambar kita yang ditangkap tyme awal-awal tadi. Harga RM 35.00 sekeping.

Fee untuk naik Melaka Rivercruise pulak RM10.00. Perjalanan yang memakan masa hampir 45 minit naik boat. Dapat tengok pemandangan yang indah sepanjang sungai Melaka. Lampu-lampu yang cantik. Rumah-rumah kampung Melaka yang dijaga baik. Pastuh di belakang bangunan yang ada kat tepi sungai tuh ader mural yang cantik-cantik.

So, kengkawan jom cuti-cuti Malaysia ke Melaka. Kita selalu nak holiday kat luar negara jek sampai terlupa yang kat negara sendiri pon ader tempat yang cantik and indah macam nih. Tyme saya pergi nih ramai gak tourist. So, dengan kitorang sekali terasa cam tourist sebab gayat sama tengok.hehehe.

Thanx a lot to Mr.teddy yang bawak saya berjalan-jalan ke Melaka. Jangan serik tau u. hehehe. Next tyme mesti kita x sesat lagi.Chewah.Mr.teddy asyik cakap jer even 4 tahun kat Melaka x pernah jenjalan kat tempat macam nih. So, dengan saya nih kira melakar sejarah la.chewah=p

**frust x dapat share picture...huhuhu=(

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...