Monday, January 8, 2018

Cerita Tahun Baru

Image result for happy new year 2018

Hari ni dah 6 Januari 2017. Rasanya belum terlambat lagi nak wish Selamat Tahun Baru 2018. Semoga semua harapan dan impian yang belum tercapai akan tertunai untuk tahun ni. Semoga tahun ni bertambah baik dari tahun yang sebelumnya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Kita buka cerita tahun baru kita dengan cerita pasal anak-anak masuk sekolah. Tahun ni Afkar dah mula sekolah darjah satu dan Afham dah masuk pre-school untuk 4 years. So nak dekat akhir tahun hari tu memang detik-detik yang penuh drama😅. Dari start nak pilih sekolah mana, urusan transport anak-anak ke sekolah sampai kan la preparation untuk masuk sekolah. Tabung pun nak kena penuhkan ye sebab time ni memang banyak cost yang akan terlibat.

1. Pemilihan Sekolah

Asalnya sebelum dapat kuarters kitorang plan nak settle down dekat Nilai. Dah tak sanggup berulang dari Klang. Macam yang pernah saya tulis dalam entry lepas rasa berhutang masa dengan anak-anak. Nak-nak lagi Afkar dah nak darjah satu. So daftar la sekolah Kebangsaan di Nilai dan juga Sekolah Rendah Sri Al-Amin Nilai. Untuk sekolah kebangsaan tu, bila dah pindah Putrajaya kitorang terus tukar ke Sekolah Kebangsaan dekat Putrajaya. 

Alhamdulillah Afkar lepas saringan masuk ke Sekolah Rendah Sri Al-Amin Nilai. Tak ingat bulan berapa tahun lepas kitorang ada pergi Ujian Kemasukan dan Temuduga(untuk parents) di Al-Amin. Lepas dah lepas ujian dan temuduga, ibu bapa akan dijemput untuk hadir Seminar Keibubapaan.   Bila dah dapat keputusan tu, memang dalam dilema betul nak pilih yang mana. Sekolah Kebangsaan atau Al-Amin. 


Yang ni time hadir Seminar dalam bulan September kot tak silap.

Surat Tawaran Kemasukan.

Setelah discuss betul-betul and ambil kira banyak faktor, finally kami pilih Sekolah Kebangsaan (SBT) di Putrajaya. For Afkar kalau one day awak terbaca blog Umi ni 😁(tadi dia dah sibuk nak baca apa yang Umi tulis pasal dia), apapun pilihan Umi and Babah, kami doakan yang terbaik untuk Afkar. Semoga Afkar terus cemerlang dunia dan akhirat. So bermula rutin Afkar g sekolah. Masuk sekolah pukul 7.20 sampai pukul 5 habis KAFA. Sekolah Kebangsaan habis pukul 1 (hari Isnin n Selasa), pukul 12.30 (hari Rabu sampai Jumaat). Untuk Afkar ni bagi bekal Sekolah Kebangsaan dengan KAFA. So tak yah la lagi nak beli makanan time rehat. Tapi duit belanja tetap bagi gak. Kot-kot ada apa-apa yang dia nak beli. Kalau tak habis duit belanja tu masuk tabung. Kafa punya bekal bagi yang ringan-ringan macam roti, waffle atau biskut. Air masak wajib bagi. Tengahari dia akan lunch nasi dekat transit. Pengurusan sekolah Afkar benarkan mak ayah tunggu sampai hari kedua je. Budak sorang tu ok je. Boleh bawa diri. Alhamdulillah. Big boy dah anak Umi. 

Dah ready nak pergi Orientasi dekat sekolah.


 Tengah dengar taklimat dekat dataran sekolah. 

Hari pertama sekolah. Untuk 2 minggu transisi pakai dulu t-shirt putih dengan track suit.

Dua-dua posing dulu sebelum g sekolah

Dalam kelas dah time ni. Cikgu xde lagi. Umi amik gambo dulu.

Time rehat


Untuk Afham kitorang decide untuk tukar tadika lain. Little Caliphs menjadi pilihan. Since Afkar pun LC sebelum ni dari 5 tahun. So, abang je la yang jadi testimonial. hahaha. Agak nervous gak ni takut dia menangis balik nak pergi sekolah. Budak sorang ni kuat drama sket. Bongsu katakan buat masa ni. hahaha. Alhamdulillah ok je. No drama air mata di hari pertama. Semoga berterusan la ye Afham. Tapi memang dilayan bagaikan putera raja. hahaha. Nak apa dilayankan je. Nak jaga mood punya pasal. Sekolah Afham dah hantar terus tinggal. Xde nak tunggu-tunggu.

 Taraa. Dah ready nak pergi school.

Hari 1st request nak bawak pistol. Awak ni nak masuk preschool ke nak masuk police academy😂

2. Urusan nak transport anak-anak ke sekolah

Memandangkan kitorang pilih Sekolah Kebangsaan so kena fikirkan transit dan transport untuk Afkar ke KAFA. Kat Putrajaya ni kebanyakan sekolah kebangsaan ada KAFA di sekolah yang sama. Sekolah Afkar pun gitu la. So memang mudah. Pagi sekolah kebangsaan petang sekolah KAFA. Ikutkan tak perlu balik pun tak pe. Lunch pun boleh order dengan kantin sekolah. RM3/pax. Boleh je bersiap and makan kat sekolah. Tapi faham-faham la darjah satu nak bersiap sendiri tu macam kesian je kan. Saya boleh je nak datang time lunch, tapi kadang-kadang tu ada time yang kena outstation, meeting terlajak masa atau hal-hal yang urgent time tengahari. Bila borak-borak dengan kawan office yang anak sama sekolah dia yang suggest letak kat transit. Kitorang pun letak Afkar dekat transit yang sama dengan anak dia. Ada tranport sekali. Dia akan ambil dari sekolah ke rumah dan hantar ke sekolah semula. Kebetulan memang dekat sangat dengan rumah kitorang tempat transit tu. Hari kedua sekolah Afkar dah naik transport. So kitorang intai tengok ok ke tak dia untuk 1st week. Risau gak kan nak biarkan. Yang part transit n transport ni pun nak tengok balik nanti macam mana. Sebab start bulan 2 Afkar akan start KAFA pukul 1.30 sebab ada kelas mengaji. So agak singkat sket masa nak berulang ke Transit. Takut rushing je. So kita tengok dulu macam mana. Agak-agak kalau rushing Umi la akan berulang ke sekolah time lunch. 

Arrangement pergi sekolah pulak Mr.Teddy yang akan hantar anak-anak dan balik saya yang akan ambil. Masalahnya saya ni kan nama je ada lesen. Memang tak pernah drive kereta dah bertahun lamanya. Eh silap pernah drive, tapi sebab ada case sekali tu memang terus gantung lesen dalam frame. Yang tahu setiap tahun renew je lesen😁 Camne nak bawak kereta dengan anak-anak ni. Ya ALLAH. Berdebonye. Takkan la nak angkut naik grab lak. huhu. Bape pulak costnye tu. So start bulan 12, asal weekend je Mr.Teddy ajar balik saya drive kereta. Garang woo cikgu sorang tu. Thank you la kat family n kengkawan yang bagi semangat. Kuatkan semangat demi anak-anak ni. Chewah ucapan macamkan menang award. Bahaha. Skang ni dah berani sket-sket drive balik. Tengah kumpul kekuatan dan keberanian lagi. Tapi tahu jalan yang Mr.Teddy ajar je. Dari rumah ke office, ke sekolah Afham n Afkar. Buatnye jalan Putrajaya tutup ha nangis la ko sorang-sorang. Alhamdulillah untuk awal-awal minggu persekolahan ni semuanya berjalan dengan lancar. Doakan semoga berterusan ye.

Untuk seminggu ni rutin family kitorang pun berubah. Saya masuk office pukul 7.30, balik pukul 4.30 sebab nak kejar time balik Afkar. So far rasa ok sebab boleh sampai rumah awal. Kalau sebelum ni pukul 5.30 baru boleh balik, ni pukul 5.30 dah ada dekat rumah. Sempat melayan diorang main taman. hehehe. Mr.Teddy pun sampai awal sebab dah tak yah ambil kitorang lagi. Tapi nanti start February jadi balik lambat sebab Mr.Teddy nak tukar kije. huhu. Ok la stop dulu kat sini. Nanti part persediaan ke sekolah n cost tu saya sambung next entry. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...