Wednesday, July 5, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum w.b.t

Fuh...kali ni betul-betul kena tiup habuk dekat blog ni yang dah bersawang kemain tebal😅. hahaha. Last post on December 2016. Gile arrrr. Tadi nak log in nyaris-nyaris terlupa password. Adududu. Ok malas nak cite mana menghilang kemain lama, terus kite cite pasal sambutan raya je la eh. Ni pun gigih nak buat entry. Idea xde. hahaha. Sebelum tu nak wish dulu Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang kenal saya. 

Tahun ni kitorang #TeamRayaPerak n tema baju raya tahun ni #blueteam. Kisahnya konon nak pakai baju time kenduri Ancik je buat baju raya. Pastu Mil bagitau yang lain-lain nak pakai biru. Light blue. Tapi kalau dah ada baju raya tak pe la. Kebetulan sangat ada satu colour biru ni memang menjadi idaman qolbu sebab tengok 'couple on screen' pakai untuk drama. hahaha. Hasil dari stalk kat IG. So ni point nye nak pujuk Mr.Teddy belikan baju colour idaman qalbu tu😉 Padahal time ni baju sume dah hantar ke tailor tau. Tapi nak punye pasal redah je beli kain, kain pun tinggal 2m je time tu. Pastu try tanye Wawa boleh tak tolong jahitkan. Sib bek Wawa baik hati sangat still ambil tempahan. Tq Wa😍. Dah le cantik baju Wa buat. Memang menepati citarasa sangat. Pastu pepandai sendiri jahit 'beads' tempek kat baju. Belasah je. Sape suruh last minute samgat. Nak tempah 'beads' pon orang dah close order. 

Abis cerita pasal baju. Cerita pasal balik raya. Kitorang balik ke Slim River petang raya. Sebabnya Mr.Teddy kije lagi hari Sabtu tu. Berdedikasi sangat ni. Bebudak ni kemain excited. Siap layan lagu raya dalam kereta. Babah tak gang sebab Babah anti lagu raya. Ape ntah peel dia. Sib bek Umi berjaya mempengaruhi anak-anak layan lagu raya. Bahaha. Alhamdulillah jalan tak jammed sangat pun time balik tu. Malam raya tu mertua buat Takbir dekat rumah. Wah ni 1st experience. Ramai gak yang join. Afkar pun join takbir sekali 😍 Adik ipar yang masak untuk malam tu. Terbaik!!! Sedap belaka sume juadah.

As usual pagi-pagi raya tu acara wajib bersalam-salaman, bermaaf-maafan. Pastu amik gambo. Yeah posing time. Paham-paham je la dengan dua hero ni nak ajak bergambo dia punya hazabedah tu dah macam nak bersilat ke apa gayanya. Pastu keluar pergi beraya rumah Opah, Uncles n Aunties Mr.Teddy sampai ke petang. Singgah sekali umah kawan Mr.Teddy. Kemain sakan melantak dekat semua rumah. Macam nak meletop dah perut. Malam tu tak ke mana, rumah mertua ramai yang datang.

Kebetulan ada ramai birthday bulan Jun dalam family, so celebrate skali.

Budak ni tetiap bulan birthday dia😂

Mak sempat posing. anak dah kemain luas punya nganga

L.o.v.e us (Ampunkan mata yg mata macam panda tu)



Family potrait💓

Hero2 dengan Atuk n Opah

Ibu mertua n Bapa mertua 

With kakak ipar dan adik-adik ipar perempuan. Ada pulak terselit budak ekcik photobomb kat belakang tu

Girls Team

Boys Team



Punya bersilat nak bergambo

Hero-hero dengan Ibu Di

Dapat le gak hasil yang semenggah sket

Beraya umah Onyang. Main dengan Uncle Faris.

Gasak dia. Kena geletek dengan Uncle Faris

With Atuk Mr.Teddy

With Opah Mr.Teddy


Apa la nyembang dengan Tok Teh tu. Sakan menangis kena nyakat, tetap la ngendeng dengan Tok teh. hehehe.



Raya rumah kawan Babah. Posing dulu dengan Adra.

Hari raya kedua tak ke mana. Kita tunggu tetamu datang  umah mertua. Eh terlupa. Ada satu rumah je pergi beraya. Rumah Uncle Mr.Teddy. Malam raya kedua tu balik ke Klang. Sebab esoknya nak ke Melaka, turn belah saya pulak. Lewat gak gerak dari Slim. Yang lawaknya family saya tak tau cite kitorang ni dah balik Klang. Dorang duk ingat kami gerak dari Slim pagi-pagi raya ketiga tu. hahaha. Mr.Teddy takut terlewat pastu dia nak balik umah Klang dulu ambil barang memancing. Homestay yang kitorang duduk betul-betul dekat tepi pantai so memang boleh sangat la Mr.Teddy turun memancing.

Hai Raya Ketiga bergerak ke Melaka. Kita sambung raya sakan. Kitorang stay dekat Anangsari Homestay. Memang dah jadi port wajib family dah ni. Masuk tahun ketiga kot tak silap. Last year tak join sebab Mr.Teddy kena denggi. Sebab selesa sangat untuk family besar kitorang. Pernah review sebelum ni dekat sini. Cuma beza sket dari keadaan yang sebelum ni, kerusi urut yang jadi rebutan dah tak ada n tv xde astro. Tapi tak de hal pon. Hard disk saya penuh cite kartun dengan movie/drama Melayu, so dapat le bebudak melayan. Kedaan rumah masih selesa, kemas n bersih macam yang sebelum ni kitorang datang. Terbaik!!! Memang sangat la recommended untuk sape yang ada family besar macam kami ni. Tahun ni balik lama sket, 3 hari 2 malam. So teratur sket berjalan tu. Tak pack sangat schedule. Kitorang sempat le buat BBQ n steamboat time malam raya keempat. Balik kampung beraya cum family gathering. Lama dah gak tak berkumpul reramai macam ni. Sume ada kali ni.  Sakan main bunga api masing-masing. Mr.Teddy pon sempat le g memancing. Memang bukak pagar dah jumpe pantai. Tak yah jalan jauh-jauh. Family saya pulak g mencari lala. Banyak dapat, boleh wat lauk. Okey tak nak story panjang-panjang tengok je la eh gambo ye.

Wefie dulu dalam kete dengan budak tembam ni OTW to Melaka


Time ni dekat R&R Dengkil. Tempat berkumpul. Breakfast dulu.

Rumah 1st, Busu Tawi


Dengan si sulung

Afham dengan BFF, Iman n Paklong



Kami di hari Raya Kedua #blackteam

Girls Power

Raya keempat. Sorang dah bawak diri, bagi gambo belakang je kat tepi tu ha. #blueteam


Bersilat lagi nak bergambo.

Susah sangat kite berdua je la😆

Anak-anak buah. Dah beso masing-masing.

Hero berdua. Apa je la kije korang.


Afham n the gang Gang 4 - 2 yrs old. Dia sorang kumbang. 

Kena gomol dengan pok teh

Nak nyelit gak Umi gambo dengan Ashu

Ok dapat pun berdua

X cukup korum lagi ni

Main je kije dia

Tak abis-abis main pasir

Abam sado Fattah Am


Main bunga api

Nak belajar main gitar ke tu

Budak ni memang kalau bab makan. Sokmo lapar.


Join gang kutip lala.

Dah kenapa tu sampai terbaring. Beria nau posing.


Gang tangga


 

                                                 Afkar tak abis lagi dengan posing gitu

OTW balik rumah dah. #greenteam


Abis dah cerita raya sakan kitorang. Ni pun masih lagi sambung beraya. At the same time memikirkan bila nak start packing barang untuk pindah rumah. Eh pindah lagi. Ke mana pulak. Nanti tu next entry la kite cite. Insha ALLAH kalau ada time saya update lagi ye. Chowz dulu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...