Wednesday, July 19, 2017

Rezeki Ramadhan : Tawaran Kuarters

Assalamualakum w.b.t

Last entry aritu ada cakap yang kitorang nak pindah rumah kan. Yess tak sampai 2 tahun duduk di Klang, kitorang nak pindah lagi. Kenapa pulak??? Sebab kitorang dapat offer kuarters di Putrajaya. Alhamdulillah. Tak yah berulang Klang-Putrajaya dah lepas ni๐Ÿ˜€

Kisahnya duk sembang-sembang dengan kengkawan office yang duduk Kuarters. Cerita la tak larat dah nak berulang, jauh dengan kos yang tinggi. Kitorang dah stop naik motor since Mr.Teddy accident. Pastu anak-anak pun makin membesar. Kurang masa dengan anak-anak. Pagi-pagi 6.30 dah keluar rumah, malam maghrib baru sampai rumah. Terasa berhutang masa dengan anak-anak. Sebab masa banyak habis kat jalan je. Yela pergi balik ambil masa dalam 3 jam. 

Pastu kengkawan office pun cakap la try la buat rayuan. Ada kawan Mr.Teddy pun duk cakap try buat rayuan. Pastu member bagi idea kalau tak kisah untuk downgrade kelas, try la downgrade. Sebab kalau ikut kelayakan patutnya saya entitle Kelas D. Kalau ikutkan turn untuk rumah teres Kelas D ada la dalam 3k lagi kot.๐Ÿ˜ญ Memang lama lagi kot nak tunggu. Kalau downgrade ke Kelas F, giliran dalam 600. Dekat dah tu. So saya pun downgrade ke Kelas F. That time fikir, tak kisah la umah apa pun, asalkan dekat Putrajaya. Pastu dalam bulan Mac kot tak silap saya try buat rayuan dengan cara email kepada pegawai di BPH. Sampai ke SUB, saya cc email. Dah email tu tak dan pun nak follow up ke apa. Makcik is busy. huhuhu. Menunggu je la. Kalau nak cepat lagi dapat dorang cakap kena rajin-rajin call atau pergi terus ke BPH.

Tup tup dalam awal bulan 6 tu, dapat call dari pegawai di BPH. Tanya masih berminat ke nak duduk Kuarters. Of course la nakkkk kan. Laju je jawab. Pastu dengan suara sebak-sebak bercakap dengan puan tu. Rasa bersyukur sangat. Memang rezeki Ramadhan. Alhamdulillah. Call Mr.Teddy dah nak nangis. hahaha. Ntah-ntah apa-apa kan. Drama sangat.

Bila dah terima email dari BPH, kena pergi ambil surat tawaran dan perlu bayar deposit kuarters, TNB dan SYABAS. Lepas ambil surat tawaran, saya terus pergi bayar deposit kuarters. So tak perlu nak banyak-banyak kali ulang datang BPH. Untuk TNB sebab dekat bawah office je, saya g settlekan. Untuk SYABAS saya minta tolong Mr.Teddy yang buat sebab dekat Bandar Baru Salak Tinggi. Perjanjian pun perlu matikan setem, saya pergi dekat LHDN Cyberjaya. Dah siap semua tu baru lah boleh ambil kunci ๐Ÿ˜Kira-kira lebih kurang dalam 2 minggu gak kitorang settlekan semua benda. Time amik kunci tu cun-cun seminggu sebelum raya. So saya maklum sesiap yang nak pindah lewat sikit, lepas-lepas raya. Puan tu faham je.

Alhamdulillah. Rezeki yang ditunggu-tunggu.


Dah settle hal ambil kunci, kitorang g check rumah dulu kalau ada apa-apa kerosakan yang perlu repair sebelum masuk. Memang ada, tapi tak ada lah major sangat. So dah buat report n ada part yang dah siap repair pun. 1st expression masuk rumah excited sangat. hahaha. Macam tak caya penantian kitorang dah berakhir. So ni kitorang tengah bz packing barang untuk pindah akhir bulan ni. Ada sket-sket barang yang dah hantar.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...