Thursday, July 20, 2017

Pindah Putrajaya : Kisah Sekolah dan Tadika Anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Last entry dah cerita pasal ambil kunci kuarters di BPH. So hari ni nak share pasal sekolah dan tadika anak-anak pulak. Memandangkan kitorang dapat berita ni dah dekat-dekat nau nak raya. Mood beraya tu lebih lagi la kan. hahaha.

Dalam awal bulan 7 aritu baru start untuk settlekan hal sekolah anak-anak. Untuk Afkar kena settle untuk tadika dan juga sekolah darjah satu. Untuk Afham nak cari tadika. Macam Afkar kitorang dah plan untuk sambung dekat LC jugak. Cuma perlu cari branch dekat Putrajaya yang boleh terima. Sebab nanti takut dia confuse pulak kalau tukar tadika lain. Module n syllabus lain. So part Tadika Afkar dah settle. Tinggal dia nak masuk je Ogos nanti. Tapi budak ni boleh pulak macam sedih-sedih tak nak pindah. huhuhu. Dia cakap malu la. Nanti kawan-kawan tak ada lah. Kat daycare nanti macama mana la. Hai memikir nau awak ni. Tapi memang sedih pun la. Dari 5 tahun dia kat situ. Saya gtau Principal pun pasal Afkar nak keluar dah sebak. Omak ko ni memang kuat drama, tu yang Afkar ngikut agaknya. Pastu cakap dekat dia kawan-kawan Afkar nanti pun akan pindah gak. Cuma dorang pindah Januari. Afkar awal sket pindah Ogos. Baru dia macam ok balik.

Untuk pendaftaran darjah satu Afkar lak panjang sikit cerita. Kitorang dah daftarkan Afkar dekat sekolah di Nilai. Mula-mula tu saya check dengan MOE prosedur, lepas tu bila pergi ke sekolah di Nilai. Lain pulak prosedur. So, sekolah di Nilai suggest saya call direct dengan sekolah yang saya nak daftar di Putrajaya tu. Saya pun call. So dah clear prosedur. Permohonan online untuk sekolah di Nilai perlu dibatalkan, dan buat permohonan baru untuk sekolah di Putrajaya. Nak jadi cerita, sekolah tak boleh delete. Hanya PPD boleh delete. Alhamdulillah, officer sekolah di Nilai terbaik, sudi nak tolong kitorang. Dia callkan PPD n minta batalkan. Bila dah batal, saya terus buat permohonan baru.  Cuma dikira as pendaftaran lewat. Esoknya saya terus hantar dokumen yang berkaitan kat sekolah di Putrajaya yang kitorang pilih. Alhamdulillah rezeki kitorang masih sempat settle semua sebab time tu sekolah dalam proses nak buat penempatan. Keputusan penempatan dah start keluar 16  Julai. Dan bila result keluar, Afkar dapat sekolah yang kitorang pilih. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

Untuk tadika Afham kitorang survey yang berhampiran dengan rumah. Banyak sangat pilihan. Range harga lebih kurang. Lepas tu tanya jugak pendapat kengkawan office n baca review dekat blog. So dah decide pun nak daftar yang mana n saya dah pergi tengok. Cuma belum bayar fee je lagi. AFham ni bila tanya pasal sekolah, dia paling excited nak sekolah. Sekarang ni pun dia duk cerita kat sekolah Am kan...padahal duduk dengan Mama je. hahaha. Taaaaaaapi saya lebih risau dekat dia sebenarnya. Sebab dia ni bila dengan orang tak kenal ada pemalu sket. Pastu sebelum ni dia duduk dengan pengasuh. Dia sorang je n ada cucu akak tu sorang. Nanti dah reramai camna la dia. Dah la sokmo lapar budak sorang ni. Mama n Nenek dia kemain risau part ni. Dah dia kejap-kejap lapar nak makan itu ini😅

Apapaun Umi doakan yang terbaik untuk anak-anak Umi. Cepat dapat sesuaikan diri dengan tempat baru bila kita dah pindah nanti. Semoga bila dah dekat ni lebih banyak masa Umi n Babah dapat spend dengan anak-anak. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...