Thursday, July 20, 2017

Pindah Putrajaya : Kisah Sekolah dan Tadika Anak-anak

Assalamualaikum w.b.t

Last entry dah cerita pasal ambil kunci kuarters di BPH. So hari ni nak share pasal sekolah dan tadika anak-anak pulak. Memandangkan kitorang dapat berita ni dah dekat-dekat nau nak raya. Mood beraya tu lebih lagi la kan. hahaha.

Dalam awal bulan 7 aritu baru start untuk settlekan hal sekolah anak-anak. Untuk Afkar kena settle untuk tadika dan juga sekolah darjah satu. Untuk Afham nak cari tadika. Macam Afkar kitorang dah plan untuk sambung dekat LC jugak. Cuma perlu cari branch dekat Putrajaya yang boleh terima. Sebab nanti takut dia confuse pulak kalau tukar tadika lain. Module n syllabus lain. So part Tadika Afkar dah settle. Tinggal dia nak masuk je Ogos nanti. Tapi budak ni boleh pulak macam sedih-sedih tak nak pindah. huhuhu. Dia cakap malu la. Nanti kawan-kawan tak ada lah. Kat daycare nanti macama mana la. Hai memikir nau awak ni. Tapi memang sedih pun la. Dari 5 tahun dia kat situ. Saya gtau Principal pun pasal Afkar nak keluar dah sebak. Omak ko ni memang kuat drama, tu yang Afkar ngikut agaknya. Pastu cakap dekat dia kawan-kawan Afkar nanti pun akan pindah gak. Cuma dorang pindah Januari. Afkar awal sket pindah Ogos. Baru dia macam ok balik.

Untuk pendaftaran darjah satu Afkar lak panjang sikit cerita. Kitorang dah daftarkan Afkar dekat sekolah di Nilai. Mula-mula tu saya check dengan MOE prosedur, lepas tu bila pergi ke sekolah di Nilai. Lain pulak prosedur. So, sekolah di Nilai suggest saya call direct dengan sekolah yang saya nak daftar di Putrajaya tu. Saya pun call. So dah clear prosedur. Permohonan online untuk sekolah di Nilai perlu dibatalkan, dan buat permohonan baru untuk sekolah di Putrajaya. Nak jadi cerita, sekolah tak boleh delete. Hanya PPD boleh delete. Alhamdulillah, officer sekolah di Nilai terbaik, sudi nak tolong kitorang. Dia callkan PPD n minta batalkan. Bila dah batal, saya terus buat permohonan baru.  Cuma dikira as pendaftaran lewat. Esoknya saya terus hantar dokumen yang berkaitan kat sekolah di Putrajaya yang kitorang pilih. Alhamdulillah rezeki kitorang masih sempat settle semua sebab time tu sekolah dalam proses nak buat penempatan. Keputusan penempatan dah start keluar 16  Julai. Dan bila result keluar, Afkar dapat sekolah yang kitorang pilih. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

Untuk tadika Afham kitorang survey yang berhampiran dengan rumah. Banyak sangat pilihan. Range harga lebih kurang. Lepas tu tanya jugak pendapat kengkawan office n baca review dekat blog. So dah decide pun nak daftar yang mana n saya dah pergi tengok. Cuma belum bayar fee je lagi. AFham ni bila tanya pasal sekolah, dia paling excited nak sekolah. Sekarang ni pun dia duk cerita kat sekolah Am kan...padahal duduk dengan Mama je. hahaha. Taaaaaaapi saya lebih risau dekat dia sebenarnya. Sebab dia ni bila dengan orang tak kenal ada pemalu sket. Pastu sebelum ni dia duduk dengan pengasuh. Dia sorang je n ada cucu akak tu sorang. Nanti dah reramai camna la dia. Dah la sokmo lapar budak sorang ni. Mama n Nenek dia kemain risau part ni. Dah dia kejap-kejap lapar nak makan itu ini๐Ÿ˜…

Apapaun Umi doakan yang terbaik untuk anak-anak Umi. Cepat dapat sesuaikan diri dengan tempat baru bila kita dah pindah nanti. Semoga bila dah dekat ni lebih banyak masa Umi n Babah dapat spend dengan anak-anak. 

Wednesday, July 19, 2017

Rezeki Ramadhan : Tawaran Kuarters

Assalamualakum w.b.t

Last entry aritu ada cakap yang kitorang nak pindah rumah kan. Yess tak sampai 2 tahun duduk di Klang, kitorang nak pindah lagi. Kenapa pulak??? Sebab kitorang dapat offer kuarters di Putrajaya. Alhamdulillah. Tak yah berulang Klang-Putrajaya dah lepas ni๐Ÿ˜€

Kisahnya duk sembang-sembang dengan kengkawan office yang duduk Kuarters. Cerita la tak larat dah nak berulang, jauh dengan kos yang tinggi. Kitorang dah stop naik motor since Mr.Teddy accident. Pastu anak-anak pun makin membesar. Kurang masa dengan anak-anak. Pagi-pagi 6.30 dah keluar rumah, malam maghrib baru sampai rumah. Terasa berhutang masa dengan anak-anak. Sebab masa banyak habis kat jalan je. Yela pergi balik ambil masa dalam 3 jam. 

Pastu kengkawan office pun cakap la try la buat rayuan. Ada kawan Mr.Teddy pun duk cakap try buat rayuan. Pastu member bagi idea kalau tak kisah untuk downgrade kelas, try la downgrade. Sebab kalau ikut kelayakan patutnya saya entitle Kelas D. Kalau ikutkan turn untuk rumah teres Kelas D ada la dalam 3k lagi kot.๐Ÿ˜ญ Memang lama lagi kot nak tunggu. Kalau downgrade ke Kelas F, giliran dalam 600. Dekat dah tu. So saya pun downgrade ke Kelas F. That time fikir, tak kisah la umah apa pun, asalkan dekat Putrajaya. Pastu dalam bulan Mac kot tak silap saya try buat rayuan dengan cara email kepada pegawai di BPH. Sampai ke SUB, saya cc email. Dah email tu tak dan pun nak follow up ke apa. Makcik is busy. huhuhu. Menunggu je la. Kalau nak cepat lagi dapat dorang cakap kena rajin-rajin call atau pergi terus ke BPH.

Tup tup dalam awal bulan 6 tu, dapat call dari pegawai di BPH. Tanya masih berminat ke nak duduk Kuarters. Of course la nakkkk kan. Laju je jawab. Pastu dengan suara sebak-sebak bercakap dengan puan tu. Rasa bersyukur sangat. Memang rezeki Ramadhan. Alhamdulillah. Call Mr.Teddy dah nak nangis. hahaha. Ntah-ntah apa-apa kan. Drama sangat.

Bila dah terima email dari BPH, kena pergi ambil surat tawaran dan perlu bayar deposit kuarters, TNB dan SYABAS. Lepas ambil surat tawaran, saya terus pergi bayar deposit kuarters. So tak perlu nak banyak-banyak kali ulang datang BPH. Untuk TNB sebab dekat bawah office je, saya g settlekan. Untuk SYABAS saya minta tolong Mr.Teddy yang buat sebab dekat Bandar Baru Salak Tinggi. Perjanjian pun perlu matikan setem, saya pergi dekat LHDN Cyberjaya. Dah siap semua tu baru lah boleh ambil kunci ๐Ÿ˜Kira-kira lebih kurang dalam 2 minggu gak kitorang settlekan semua benda. Time amik kunci tu cun-cun seminggu sebelum raya. So saya maklum sesiap yang nak pindah lewat sikit, lepas-lepas raya. Puan tu faham je.

Alhamdulillah. Rezeki yang ditunggu-tunggu.


Dah settle hal ambil kunci, kitorang g check rumah dulu kalau ada apa-apa kerosakan yang perlu repair sebelum masuk. Memang ada, tapi tak ada lah major sangat. So dah buat report n ada part yang dah siap repair pun. 1st expression masuk rumah excited sangat. hahaha. Macam tak caya penantian kitorang dah berakhir. So ni kitorang tengah bz packing barang untuk pindah akhir bulan ni. Ada sket-sket barang yang dah hantar.



Wednesday, July 5, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Assalamualaikum w.b.t

Fuh...kali ni betul-betul kena tiup habuk dekat blog ni yang dah bersawang kemain tebal๐Ÿ˜…. hahaha. Last post on December 2016. Gile arrrr. Tadi nak log in nyaris-nyaris terlupa password. Adududu. Ok malas nak cite mana menghilang kemain lama, terus kite cite pasal sambutan raya je la eh. Ni pun gigih nak buat entry. Idea xde. hahaha. Sebelum tu nak wish dulu Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang kenal saya. 

Tahun ni kitorang #TeamRayaPerak n tema baju raya tahun ni #blueteam. Kisahnya konon nak pakai baju time kenduri Ancik je buat baju raya. Pastu Mil bagitau yang lain-lain nak pakai biru. Light blue. Tapi kalau dah ada baju raya tak pe la. Kebetulan sangat ada satu colour biru ni memang menjadi idaman qolbu sebab tengok 'couple on screen' pakai untuk drama. hahaha. Hasil dari stalk kat IG. So ni point nye nak pujuk Mr.Teddy belikan baju colour idaman qalbu tu๐Ÿ˜‰ Padahal time ni baju sume dah hantar ke tailor tau. Tapi nak punye pasal redah je beli kain, kain pun tinggal 2m je time tu. Pastu try tanye Wawa boleh tak tolong jahitkan. Sib bek Wawa baik hati sangat still ambil tempahan. Tq Wa๐Ÿ˜. Dah le cantik baju Wa buat. Memang menepati citarasa sangat. Pastu pepandai sendiri jahit 'beads' tempek kat baju. Belasah je. Sape suruh last minute samgat. Nak tempah 'beads' pon orang dah close order. 

Abis cerita pasal baju. Cerita pasal balik raya. Kitorang balik ke Slim River petang raya. Sebabnya Mr.Teddy kije lagi hari Sabtu tu. Berdedikasi sangat ni. Bebudak ni kemain excited. Siap layan lagu raya dalam kereta. Babah tak gang sebab Babah anti lagu raya. Ape ntah peel dia. Sib bek Umi berjaya mempengaruhi anak-anak layan lagu raya. Bahaha. Alhamdulillah jalan tak jammed sangat pun time balik tu. Malam raya tu mertua buat Takbir dekat rumah. Wah ni 1st experience. Ramai gak yang join. Afkar pun join takbir sekali ๐Ÿ˜ Adik ipar yang masak untuk malam tu. Terbaik!!! Sedap belaka sume juadah.

As usual pagi-pagi raya tu acara wajib bersalam-salaman, bermaaf-maafan. Pastu amik gambo. Yeah posing time. Paham-paham je la dengan dua hero ni nak ajak bergambo dia punya hazabedah tu dah macam nak bersilat ke apa gayanya. Pastu keluar pergi beraya rumah Opah, Uncles n Aunties Mr.Teddy sampai ke petang. Singgah sekali umah kawan Mr.Teddy. Kemain sakan melantak dekat semua rumah. Macam nak meletop dah perut. Malam tu tak ke mana, rumah mertua ramai yang datang.

Kebetulan ada ramai birthday bulan Jun dalam family, so celebrate skali.

Budak ni tetiap bulan birthday dia๐Ÿ˜‚

Mak sempat posing. anak dah kemain luas punya nganga

L.o.v.e us (Ampunkan mata yg mata macam panda tu)



Family potrait๐Ÿ’“

Hero2 dengan Atuk n Opah

Ibu mertua n Bapa mertua 

With kakak ipar dan adik-adik ipar perempuan. Ada pulak terselit budak ekcik photobomb kat belakang tu

Girls Team

Boys Team



Punya bersilat nak bergambo

Hero-hero dengan Ibu Di

Dapat le gak hasil yang semenggah sket

Beraya umah Onyang. Main dengan Uncle Faris.

Gasak dia. Kena geletek dengan Uncle Faris

With Atuk Mr.Teddy

With Opah Mr.Teddy


Apa la nyembang dengan Tok Teh tu. Sakan menangis kena nyakat, tetap la ngendeng dengan Tok teh. hehehe.



Raya rumah kawan Babah. Posing dulu dengan Adra.

Hari raya kedua tak ke mana. Kita tunggu tetamu datang  umah mertua. Eh terlupa. Ada satu rumah je pergi beraya. Rumah Uncle Mr.Teddy. Malam raya kedua tu balik ke Klang. Sebab esoknya nak ke Melaka, turn belah saya pulak. Lewat gak gerak dari Slim. Yang lawaknya family saya tak tau cite kitorang ni dah balik Klang. Dorang duk ingat kami gerak dari Slim pagi-pagi raya ketiga tu. hahaha. Mr.Teddy takut terlewat pastu dia nak balik umah Klang dulu ambil barang memancing. Homestay yang kitorang duduk betul-betul dekat tepi pantai so memang boleh sangat la Mr.Teddy turun memancing.

Hai Raya Ketiga bergerak ke Melaka. Kita sambung raya sakan. Kitorang stay dekat Anangsari Homestay. Memang dah jadi port wajib family dah ni. Masuk tahun ketiga kot tak silap. Last year tak join sebab Mr.Teddy kena denggi. Sebab selesa sangat untuk family besar kitorang. Pernah review sebelum ni dekat sini. Cuma beza sket dari keadaan yang sebelum ni, kerusi urut yang jadi rebutan dah tak ada n tv xde astro. Tapi tak de hal pon. Hard disk saya penuh cite kartun dengan movie/drama Melayu, so dapat le bebudak melayan. Kedaan rumah masih selesa, kemas n bersih macam yang sebelum ni kitorang datang. Terbaik!!! Memang sangat la recommended untuk sape yang ada family besar macam kami ni. Tahun ni balik lama sket, 3 hari 2 malam. So teratur sket berjalan tu. Tak pack sangat schedule. Kitorang sempat le buat BBQ n steamboat time malam raya keempat. Balik kampung beraya cum family gathering. Lama dah gak tak berkumpul reramai macam ni. Sume ada kali ni.  Sakan main bunga api masing-masing. Mr.Teddy pon sempat le g memancing. Memang bukak pagar dah jumpe pantai. Tak yah jalan jauh-jauh. Family saya pulak g mencari lala. Banyak dapat, boleh wat lauk. Okey tak nak story panjang-panjang tengok je la eh gambo ye.

Wefie dulu dalam kete dengan budak tembam ni OTW to Melaka


Time ni dekat R&R Dengkil. Tempat berkumpul. Breakfast dulu.

Rumah 1st, Busu Tawi


Dengan si sulung

Afham dengan BFF, Iman n Paklong



Kami di hari Raya Kedua #blackteam

Girls Power

Raya keempat. Sorang dah bawak diri, bagi gambo belakang je kat tepi tu ha. #blueteam


Bersilat lagi nak bergambo.

Susah sangat kite berdua je la๐Ÿ˜†

Anak-anak buah. Dah beso masing-masing.

Hero berdua. Apa je la kije korang.


Afham n the gang Gang 4 - 2 yrs old. Dia sorang kumbang. 

Kena gomol dengan pok teh

Nak nyelit gak Umi gambo dengan Ashu

Ok dapat pun berdua

X cukup korum lagi ni

Main je kije dia

Tak abis-abis main pasir

Abam sado Fattah Am


Main bunga api

Nak belajar main gitar ke tu

Budak ni memang kalau bab makan. Sokmo lapar.


Join gang kutip lala.

Dah kenapa tu sampai terbaring. Beria nau posing.


Gang tangga


 

                                                 Afkar tak abis lagi dengan posing gitu

OTW balik rumah dah. #greenteam


Abis dah cerita raya sakan kitorang. Ni pun masih lagi sambung beraya. At the same time memikirkan bila nak start packing barang untuk pindah rumah. Eh pindah lagi. Ke mana pulak. Nanti tu next entry la kite cite. Insha ALLAH kalau ada time saya update lagi ye. Chowz dulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...