Tuesday, December 13, 2016

Lama Menghilang

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya kali ni berehat dari tulis blog. Last entry bulan September 2016. Padahal banyak je bende nak update tapi tak sempat-sempat nak update blog. Busy bebeno. Dengan kerja office la. Apa lagi. Dua bos berpindah dekat-dekat masa, sorang officemate pulak cuti bersalin. Daripada 6 orang tinggal ber-3, nak cover sume kije. Boleh bayang tak busynye macam mana. huhuhu. Weekend pun kekadang datang office. Tu belum campur bawak balik kije kat umah. Eh ni sesi luahan hati ke apa. hahaha.

Dekat office sekarang ni actually tak de la seteruk zaman kije kat tempat 1st posting. Serba serbi kena buat. Pre and Post contract kena cover. Daripada prepare dokumen tender sampai la ke final account. Tu pelik tu, dulu sempat je curik time update blog. Eh.  hahaha. Mr.Teddy selalu la kena tadah telinga mendengar rintihan hati saya yang stress dengan kije office. 

Nak wat macama mana, tahan la selagi mampu. Teringat nasihat ex-boss "Kerja kerana ALLAH. Bila kita ikhlas dalam bekerja, ALLAH akan bantu." Sedaya upaya mengikhlaskan diri. Alhamdulillah banyak urusan kerja yang dipermudahkan. Kerja as a team. Tolong menolong. Bantu membantu. Saya pegang "Permudahkan urusan orang lain, ALLAH akan memudahkan kita dunia akhirat." 



Sama-sama duduk berbincang cari penyelesaian bila satu-satu isu timbul. Kalau kita pung pang pung pang pun, tapi tak de cadangan penyelesaian masalah tak guna gak kan. Cari salah orang sana, salah orang sini. Masalah tetap tak selesai. Duk taichi kije kat orang lain. NATO : No Action Talk Only.  


Semoga saya terus diberi kekuatan bekerja seikhlas hati dan dapat berikan yang terbaik. Kadang-kadang bila ada yang mengata pun akan buat kita rasa down. Kita buat semua tak betul. Kita cakap semua nak tembak. Pendapat kita tak terima. Bila down kembali positifkan diri, ingat balik apa yang saya cerita kat atas tadi. IKHLAS, MUDAHKAN URUSAN ORANG. Semuanya LILLAHI TA'ALA, dalam mencari KEBERKATAN.


Notakaki : Buat comeback dengan entry luahan hati pulak. huhuhu. Ampunnnnn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...