Thursday, June 2, 2016

Mr. TEDDY ACCIDENT

Assalamualaikum w.b.t

Bulan 5 ni macam-macam gak dugaan kitorang sefamily. Lepas satu-satu jadi. Thank you Mr. Teddy yang selalu bagi moral support kat saya bila saya down. Rasa calm la jugak bila dia sentiasa bagi kata-kata positif supaya saya tak down. Dalam banyak-banyak tu, yang paling besar bila Mr. Teddy accident. Bila cite ngan orang sume kuar dialog yang sama - accident lagi? Jawapannye ya. Ni kali ke-4 Mr. Teddy accident motor. Huhu. Sejak kije kat Nilai, ni masuk kali ketiga. Bende dah nak jadi kan. 

Pagi tu saya kursus kat KL, so dia decide nak naik motor dari Klang ke Nilai. Saya dah sampai stesen Bank Negara dia call bagitau yang dia accident. Memang time tu rasa down gile. Nak nangis dah dalam train. Adik saya yang tolong handle sementara saya nak balik. Alhamdulillah semua selamat. Jari Mr. Teddy patah n retak. Pastu ada luka sikit-sikit. Cuma badan dia la rasa sakit-sakit. Dapat mc 14 hari.


Tangan Mr. Teddy kena sarung besi tu. tulang yang belah depan jari tu hancur. Ngilu.huhu.

Mr. Teddy accident dekat area Jusco Bukit Tinggi. Berlanggar dengan motor. Budak yang accident sekali katanya teruk jugak luka-luka. Dia call Mr. Teddy bagitau yang dia dapat mc 3 hari. Dia tanya khabar Mr. Teddy. Bagus betul.

Motor yang accident tu sekali dengan Mr.teddy


Keadaan motor Mr. Teddy. Teruk gak. Tak kisah la. Yang penting Mr. Teddy selamat.

Lepas 2 minggu accident pergi follow up balik kat Klinik Orthopedik, HTAR. Doktor sambung lagi mc sebulan sampai middle Jun. Lemau Mr. Teddy mc lama-lama.. Dia kan jenis workaholic. Tak pe la Dy, biar sihat betul-betul. 

Awal-awal Mr. Teddy accident, kelam kabut jugak saya nak urus umah and anak-anak. Ye la selalu kan banyak bende Mr. Teddy tolong sama-sama buat. Bila dia dah camtu tak sampai hati nak suruh. Buat la sendiri. Tapi dia still tolong-tolong gak part mana yang boleh. Skang ni barulah ok sket manage time nak urus umah n anak-anak. Apa-apa pun semoga jari Mr. Teddy cepat sembuh. 

Wednesday, June 1, 2016

KAD & HADIAH MOTHERS DAY DARI KESAYANGAN

Assalamualaikum w.b.t

Saje nak share card mother's day dari Afkar. Nak kemas-kemas bag dia jumpa card ni. Auch touching je rasanya. Terus meleleh air mata Umi. Thank you so much Abang. Umi happy sangat dapat card dari Abang. Cantik sangat. Pandai abang buat. Really appreciate it. Thank you kat teacher yang tolong guide Afkar siapkan card ni.


Awww. Ada lovey dovey. Sweet sangat.

I love you too abang

Babah pun tak ketinggalan nak buat surprise kat Umi. Suh Umi ambilkan dia kain pelikat dalam wardrobe. Bukak-bukak pintu wardrobe eh apa ni dalam paper bag. Kite dapat hadiah la. Bukak paper bag ada hand bag. Alololo. Berjaya wat Umi meleleh air mata. Umi ni memang chengeng. Banyak nau tengok drama. Sket-sket nak nangis. Thank you Dy for the surprise. Macam tau-tau je I memang nak paw hand bag baru. Haha. Boleh wat pakai raya ni. Selalu Babah plan surprise jarang menjadi. Kantoi je. Tapi kali ni berjaya. Umi tak expect pun dapat hadiah.

Thank you Babah untuk hadiah ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...