Thursday, January 28, 2016

Hidung Berbau

Assalamualaikum w.b.t

PERINGATAN!!!Entry ni geli sket sebab ada share gambar. Risau kalau ada yang termuntah.

Arini nak share pasal kisah Afkar yang ada masalah hidung berbau. Selama ni kami duk ingatkan mulut dia yang berbau sebab dia memang ada problem gigi. Dulu-dulu dia mana suka sangat gosok gigi. Lately ni la baru ok bila suruh gosok gigi. Lama dah la jugak bau ni menghantui kitorang. Dekat dua minggu kot. Duk la cakap tak boleh tahan nak bawak Afkar jumpa dentist. Sampai la hari Sabtu baru ni Mr.Teddy sedar yang bau busuk tu bukan datang dari mulut Afkar, TAPI hidung Afkar. Ya ALLAH, panik terus saya dibuatnya sampai berjurai-jurai air mata sebab kerisauan yang amat. Pastu rasa macam bad mom pun ada sebab tak sedar hidung anak tu berbau. Sebab duk set mind bau mulut kan, tak sangka yang bau busuk tu dari hidung. Tapi perasan la gak yang dia selesema agak lama dan sebelah je hidung dia yang berair. Kalau lap hingus dia selama ni tak ada la pulak saya hidu lepas tu. Terus buang je tisu tu.

Dah jadi gitu, hari Ahad tu kan Thaipusam nak bawak g klinik banyak klinik tutup. So kitorang try sedut je dulu hingus guna nasal aspirator. Kitorang bawa Afkar ke klinik hari Isnin tu. Cerita dengan doktor pasal Afkar, doktor pun check rupanya ada something dalam hidung Afkar. Doktor tanya la gak yang sebelum ni Afkar ada tak bersin pagi-pagi atau gosok-gosok hidung. Seingat kitorang memang tak ada. Doktor pun start buat procedure nak keluarkan something tu. Dan hasilnya doktor kuarkan ni dari hidung Afkar.








Lepas dah dicuci soletape rupenye. huhuhu. Bukan test pen tu ye. Test pen tu nak ukur je panjang mana. 

Ahdohai anak. Mana la budak bertuah ni dapat soletape tu. Alhamdulillah tak ada sebarang infection yang serious. Nampaknya lepas ni saya akan lebih alert dengan sebarang bau. huhuhu. 




Wednesday, January 27, 2016

Kembali Bersiaran dengan Kisah Pindah Rumah

Assalamualaikum w.b.t

Fuh fuh meniup habuk yang bersawang kat blog. Mana menghilang tuan tanah kedaung woiii. Dekat dua bulan tak update blog. Banyak sebenarnya cerita nak update tapi tak sempattttt. Apa yang busy nau nau tu ntahle. Ok moh le update lelaju sementara ada time ni. Ampun la ye tak banyak gambo nak share dalam entry ni. Kita baca cerita jela eh. 

Bermula bulan Januari 2016 secara rasminya kami dah jadi orang Klang yaw. Babai Bdr. Baru Bangi. Sayang sebenarnya nak tinggalkan Bangi, tapi apakan daya rumah kat Bangi mahal yang amat tak mampu kami nak membelinya. Bermula la episod baru kehidupan kitorang berulang dari Klang ke Putrajaya, pastu Mr.Teddy sambung ke Nilai pulak. Mudah-mudahan mampu le kami bertahan untuk tahun-tahun mendatang.

Bila dah pindah rumah tu, banyak benda nak kena settle. Pening la gak. Nak packing barang yang paling lemah sekali. Banyak nau barang. Dekat 5 tahun duduk umah Bangi ni. Hal sekolah Afkar kena settle semula. Kena cari pengasuh Afham yang baru. Pastu cari Kontraktor untuk renovate rumah. Barang-barang nak kena beli. Sume melibatkan RM RM. Dua tiga minggu pertama dari hari dapat surat untuk ambil kunci dan surat potong gaji dari BPP memang laki bini termenung je memikirkan hal pindah rumah. hahaha. Klako bila ingat balik. Memang kena manage betul-betul dengan bajet yang agak ketat. Settle yang penting-penting dulu. Susun ikut keutamaan. Yang tak penting boleh buat kemudian. Kalau ikut nafsu memang semua nak beli baru. Masuk rumah baru la katakan. Saya la tu yang semua nak baru. Mr.Teddy cuba tenangkan bini dia yang dah macam kena rasuk dek hantu. hahaha. Sib baik gak ada buat checklist yang banyak membantu kitorang. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami menghadapi kisah pindah yang penuh drama ni.

Ni dalam proses packing barang. Setaip malam buat sikit-sikit. Abaikan la ye budak yang tengah wat trademark qu puteh tu. hehehe.

Bila confirm nak pindah rumah, benda pertama yang kitorang buat survey sekolah Afkar. Sedih pulak time tu Afkar nak tinggalkan Tadika Vonad. Umi dia yang emo lebih sebenornye. Nanti la pasal ni nak buat entry lain. Afkar Alhamdulillah ok kat sekolah baru. Tak ada drama air mata. Cuma adalah awal-awal tu dia teringat kat Tadika Vonad n kengkawan lama dia. Rindu agaknya. Alhamdulillah settle sekolah Afkar, nak cari pengasuh Afham pulak, Kat area rumah mak saya banyak pengasuh tapi sure tak sure la ada yang nak jaga lagi ke tak. Pastu Afham pulak jenis manja kededek takut payah nak sesuaikan diri. Alhamdulillah ada jiran mak yang boleh jaga Afham. Settle gak hal pengasuh Afham. Saya cuti seminggu time awal-awal hantar nak stand by in case Afham wat drama. Memang drama budak kecik tu. Setiap kali hantar dia menangis. Kena balik nyorok-nyorok. Tapi time nak hantar tu je la dia menangis. Pastu ok je main.

Afkar 1st day sekolah

Cite pasal Kontraktor renovate rumah pulak. Yang ni saya pass kat Mr.Teddy yang handle. So dia yang banyak liase dengan Kontraktor. Awal-awal tu kitorang panggil beberapa Kontraktor untuk dapatkan quoatation. Nak buat comparison. Finally kitorang pilih abang ni sebab dia yang offer harga paling rendah. Kan dah cite kat atas tadi bajet kitorang ketat. So kitorang memang pilih yang ikut bajet dan tekankan jugak la pasal quality. Alhamdulillah kitorang puas hati dengan hasil kerja abang Razak. Kitorang ikat lump sum, semua under dia termasuk wiring. Untuk renovate rumah ni kitorang la Architect, kitorang la Engineer, kitorang le gak QS. hahaha. Tapi kalau nak ikutkan sebenornya Mr.Teddy lagi CEREWET dari saya tau. Serious detail gile dia check kije Kontraktor. Maybe sebab dia dah biasa dengan site condition, kije pulak developer so dia tahu le nak comment apa.

Time ni rumah dalam proses renovation.

Kebanyakan barang elektrik kitorang beli kat Kajang. Boleh tahan murah gak harganya. Nama kedai tu PUSAT PERKHIDMATAN TV & VIDEO TOONG KING, No 6, Jalan Besar Kajang 43000 Selangor. Hasil baca review kat blog, ramai yang kata kedai ni murah. Mr.Teddy pergi survey kat kedai area Bangi n Kajang. Memang betul kedai ni antara yang murah. So kitorang memborong barang elektrik kat sini. Lampu-lampu lak beli dekat Houses Lightings Enterprise, Puchong. Sama gak baca review kat blog ramai yang recommend kedai ni. Before decide nak beli kat sini, kitorang ada survey gak kedai lain. Memang terbukti kat Puchong ni tersangat la murah harga berbanding kedai lain. Mr.Teddy before tu tak ambil pot pun hal lampu tau. Taaaaaapi bila pergi kedai ni dia pun meroyan sama. hahaha. Dah settle beli barang-barang elektrik termasuk lampu semua kitorang upah staff Kak Cik pasang. Cut cost lagi kat situ. hehee. Air cond pun minta contact number dari Kak Cik. Langsir lak kitorang tempah kat Star City Nilai 3. Siap dalam masa 2 jam. Langsir simple je la pun. Dalam bilik pakai yang cangkuk, kat sliding je pakai eyelet. Before g tempah tu, Mr.Teddy dah siap-siap ukur dulu. Then bagi je kat orang kedai tu ukuran nanti dia kirakan bape meter kain yang diperlukan. Pastu blind untuk dapur, cermin dekat entrance dan cermin untuk dining beli dekat satu kedai Pakistan dekat Nilai 3. Tak ingat apa nama kedai nya. Nama tuan kedai ingat. Akhtar nama dia. Kedai tu dekat belakang lorong kedai Star City. Berdepan dengan kedai langsir, sebelah kedai toys. Kedai ni pun murah gak. 

Sebenarnya plan asal nak pindah akhir bulan Januari atau awal bulan Februari. Kontraktor dapat siapkan lebih awal kerja-kerja renovate. Jadinya dapat le pindah awal. Tapi time mula-mula pindah tu bawak diri dulu, bila dah dekat dua minggu duduk, baru angkut semua barang-barang dengan lori sewa. Time masuk tu pun rumah tak berapa nak ready pun, tapi kitorang dah plan nak buat sikit-sikit. Minggu pertama tu settle mengecat living hall dan dining. Asalnya bab mengecat tak ada dalam list, tapi sebab Mr.Teddy tak berapa puas hati cara Abang Razak touch up dinding kesan hack tu yang kitorang terpaksa mengecat gak. Bila Mr.Teddy borak dengan jiran kitorang, abang tu upah orang mengecat RM700. Tekencet mendengarnya. Mahalnya dengan rumah kitorang yang sekangkang kera ni. huhuhu. Mr.Teddy kata tak pe la kita buat sendiri. Tu yang bila anak-anak dah tido gigih le laki bini mengecat dinding. hahaha. Tu je time yang ada. Nak buat apa-apa semua time anak-anak dah tido.

Malam pertama di rumah baru. Haha. Kosong kan. Tak ada barang apa pun. Kotak belum angkut lagi. Mengecat pun lom start. Budak berdua tu tetap excited. Penutup cerek dan sudu pun jadi buat toys. Sebab kotak toys belum sampai.

Pasang wallpaper untuk feature wall pun tunggu anak tido. Dah le wallpaper ni pun ada kisah sedih. huhuhu. Penuh drama kan. Untuk dinding kat dining, perlu kan 1 roll lebih sket. So kami beli la dua roll. Nak dijadikan cerita dua roll tu nampak luaran sama je design dia, rupanya bila dah nak pasang tak sama. Yang roll lagi satu corak dia kecik-kecik sket. Pergi balik kedai tu, design yang dah siap pasang tu sudah ilek pochi. Orang kedai tu pun kemain minta maaf sebab salah bagi. Dia bagi lagi satu roll wallpaper untuk replace TAPI kitorang kena buat balik. OMG. Memang tak sanggup. Tengok kat youtube macam senang, bila dah buat sendiri susah gak rupenye. huhuhu. Kalau nak suh buat balik memang tak gigih. Alhamdulillah dah settle gak prob wallpaper. Untuk mirror sticker pun Mr.Teddy pasang sendiri. Wallpaper n Mirror Sticker beli kat BTL Home Deco, GM Klang Trade and Expo Centre. Jangan confuse pergi kat GM yang bertingkat tu ye. Dia dekat GM Klang yang lama. Ada lagi satu kedai kat area shop lot dekat dengan GM yang bertingkat.

Nampak secoek lagi tu dinding tepi yang tak cover dengan wallpaper. huhuhu.

Ni la penyelesaiannya. Sambung atas n bawah tuk dapatkan design. Yang tengah tu cover dengan shelf ni.

Banyak lagi ni DIY project dalam list yang belum settle. Tak pe kite buat sikit sikit ye. hehee. Sib bek Mr.Teddy dia tau le jugak bab-bab ni. So saya tukang bagi idea je, tukang buatnya Mr. Teddy le. hehee. Nak harapkan acik buat sorang-sorang memang idokle berdaya kot. Ok tu je la yang nak share dalam entry pertama di tahun 2016. hahaha. Semoga terus diberi kerajinan mengupdate blog. Chow chin chowz.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...