Wednesday, September 7, 2016

Tebus Tiket Legoland

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni tahun kedua Sinar Harian bermurah hati nak bagi tiket free ke Legoland. Terima kasih bebanyak kat kengkawan group kedok yang war-war kan pasal ni. Kalau tak tu memang idokle acik tau. Caranya senang sahaja korang beli surat khabar Sinar, kumpulkan token 1 - 7 setiap hari untuk tebus satu tiket Combo Themepark + Waterpark. So katakan korang nak 3 tiket, beli la 3 paper setiap hari sampai complete token 1-7 tu. Tapi senang tak senang sangat la, sebab jenuh gak Mr.Teddy round Putra Nilai nak dapatkan surat khabar Sinar. Time-time macam ni memang laku keras la surat khabar Sinar. hahaha. Mana tak nya saya tengok kat website harga tiket combo tu RM180 untuk dewasa dan RM144 untuk kanak-kanak. Kalau nak beli 3 tiket berpeluh gak tu. Dah dapat tiket free macam ni mesti la ramai yang tak nak lepaskan peluang.

Tugas membeli paper part Mr.Teddy. Tugas compile dengan menulis tugas saya la pulak. Lenguh gak tu menulis. Sib bek le nak 3 tiket je. 21 keratan akhbar le kena menulis. Esok hari nak g redeem, malam tu baru saya buat. Mr.Teddy dah kroh kroh, wife die duk menulis lagi. hahaha. Agak-agak lenguh stop jap layan hp lak. Pastu sambung balik. kekeke. 
Ni sort dulu surat khabar token 1-7 ikut set.

Moh le kite menulis.

Dah siap tulis. Susun siap-siap.

Tiket boleh mula ditebus di pejabat-pejabat SInar Harian yang ditetapkan. Kalau ikutkan saya lagi dekat pergi redeem kat Shah Alam. Memandangkan tak de transport nak ke sana, saya follow Mr. Teddy pergi redeem kat Seremban. Padahal boleh je naik train sampai Shah Alam, pastu naik cab. Tapi malas le pulak, tu yang follow je Mr.Teddy. Dia nak g site kat Seremban, dropkan saya dulu kat tempat nak redeem. Nak kata awal tu tak adalah awal sangat sampai. Dalam pukul 9.30. Time tu dah ramai dah. Pejabat Sinar belum bukak lagi.

Ni kat depan pintu masuk. Belum bukak lagi time ni.

Ramai tak yang datang nak tebus tiket Legoland punya pasal. Tengah-tengah beratur siap dapat kawan baru pulak. hehehe. Borak-borak dengan akak-akak n makcik-makcik yang beratur sekali.

Mostly yang datang tebus ni ramai makcik pakcik tau. Nak bawa cucu-cucu berjalan. Sama la saya pun, kalau Afkar tak berzikir nak g Legoland tak ada la gak saya sibuk-sibuk nak g redeem ni. Asal tengok iklan kat TV je, soalan wajib Umi kita bila kita nak pergi Legoland. Umi nanti bawak la kita pergi Legoland. Tu je la die. Nak redeem ni pun adalah drama nya. hahaha. Macam-macam la tiket habis la bagai. huhuhu. Apapun Alhamdulillah dapat jugak tiket. 

Taraaa. Dapat le gak 3 tiket.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...