Thursday, September 1, 2016

Sukan Afkar Tahun 2016


Assalamulaikum w.b.t


31 Julai 2016 hari tu sekolah Afkar ada buat Sukaneka. Sepatutnya kalau ikut takwim, event ni lagi awal. Disebabkan haritu musim jerebu bagai so ditangguhkan dulu. Sukaneka ni dibuat bersekali dengan Karnival Sukanraya Klang 2016. Buat di Dewan Sukan Taman Sri Andalas. Macam-macam booth jualan yang ada time hari tu. Aktiviti lain yang ada pun best-best

Poster event Karnival Sukanraya Klang 2016

Semua anak-anak dibahagikan kepada 4 team : Blue team, purple team, red team and green team. Tahun ni Afkar wakil green team, Datuk Bentara. Acara dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian ucapan perasmian daripada founder LC dan seterusnya diikuti dengan Perarakan Masuk anak-anak. Kemain meriah. Siap ada ketuk-ketuk gendang. hehehe. Lepas tu ada persembahan tarian Lagu Mentera Semerah Padi juga daripada anak-anak. 


Duduk kat luar dulu sementara nak tunggu perarakan masuk ke dalam dewan.

Suasana dewan sebelum acara sukaneka bermula.

Decoration untuk gream team, Datuk Bentara.







Perarakan masuk anak-anak LC dari setiap team.


Dah beratur dalam barisan. Siap sedia nak nyanyi Asmaul Husna dan Negaraku



Get ready untuk start persembahan tarian lagu Mentera Semerah Padi


Sempat pulak die tunjuk thumbs up. hehehe.




Ada saya record video, tp hp saya ni nape ntah bila upload video dari apps tak boleh baca. So share la gambar Afkar buat persembahan. Malu-malu kucing sket dia. Sebab nampak Umi n Babah dia duduk kat mana kot. Pasni nak menyorok la. hehehe.

Acara sukan dibuat mengikut umur n perlukan penglibatan ibu atau bapa. Babah yang akan meneman Afkar. ACara dimulakan dengan 4years old. Masa tengok acara 4 years old, dalam hati saya cakap susahnye. Siap ibu atau bapa perlu lari dalam guni. Terfikir time tu muat ke idok Mr.Teddy masuk dalam guni tu. hahaha. Kurang asam kan gelakkan suami sendiri. bahaha. Pastu bile tengok dorang setting untuk 5 years old lain rupenye acara nya. Lega Mr.Teddy. kekeke. Dalam sukaneka untuk 5 years old ada 3 game. Game 1 : Main congkak. Anak perlu masukkan satu-satu batu dalam lubang. Bapa pulak kumpulkan dan masuk ke rumah. Game 2 : bowling. Anak perlu lontar bola ke arah tin bowling. Bapa perlu susun semula tin ikut susunan asal. Game 3 : Pancing ikan dan tin. ANak perlu pancing ikan, bapa perlu masukkan paku tin. Bila dah habis ketiga-tiga perlu lari untuk collect bendera dan berlari semula ke garisan permulaan. Enjoy sangat tengok semua main. Tak kira parents ataupun anak-anak. hehehe.

Bergambar dulu dengan maskot sebelum start acara sukaneka.

Tunggu turn nak bersukaneka

Game 1 


Siap sedia nak baling tin. Sekali baling, dah jatuh tin. Good job Afkar.


\
Game 2. Babah tengah susun balik tin. Afkar dah lari untuk next game.

Game 3 



Afkar tinggalkan Babah lari ke garisan permulaan.










Abang Irfan (sepupu Afkar) pun datang jadi supporter untuk Afkar.

Green team 5 years old dapat nombor 2. Yeah. Dah naik podium nak terima medal.

Acara penyampaian hadiah.

Amboi dah gaya masuk olimpik pulak die. Siap gigit medal. hahahaha.

Bergambar dekat photo booth dulu sebelum balik.

Dah habis acara penyampaian hadiah kitorang terus chalow dari dalam dewan. Nak jalan-jalan kat luar pulak. Kat luar Afkar semangat duk main giant buble. Abang Irfan n Babah pulak main Archery. Pastu ABang Irfan n AFkar main soopa doopa. Tapi kejap je, sebab tengah panas time tu. Jalan-jalan kat booth sempat le Afkar pow Babah buble gun.

Babah nak asah skill ke apa tu. Lama dah set archery tersadai dalam stor tu. hehehe

Ada style la Abang Irfan

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...