Monday, September 26, 2016

Sambutan Merdeka Di Sekolah

Assalamualaikum w.b.t


30 Ogos 2016 lepas ada sambutan Hari Kemerdekaan kat sekolah Afkar. Seminggu sebelum teacher ada whats app kat group gtau pasal event ni. Lepas tu ada organize sekali Merdeka Costume Competition. Saje je la nak join bagi Afkar rasa seronok. Tak menang pun tak  pe. Dah last minute memang tak dan ler kot nak menempah Baju Melayu ke apa. hehehe. Kalau ikutkan saya nak wat simple je . Wat sampin and songkok. Datang Mr.Teddy nak wat baju Superhero Merdeka katanya. hahaha. Tergelak terus mendengornye. Idea Mr. Teddy tu pun datang sehari sebelum event. Gigih mak pak menjahit dan menampal malam-malam buta tu. Mesin jahit dah le nun dalam store. Sudahnye jahit jelujur je la. hahaha. Mr.Teddy tukang design. Amboi bila Mr.Engineer nak tukar career jadi Mr.Tailor.


Bahan-bahan yang diperlukan. Chewah. Bendera la semestinye.


Taraa. Hasil design Mr.Engineer kite. Bahaha. Gitulah kekdahnye bila orang bese jaga site tetiba nak design baju.

Dekat bape jam gak eh kitorang nak siapkan baju Afkar ni. Mr.Teddy dah siap berdengkur, bangun dari tido baju tak siap-siap. hahaha. Ampun le. Acik ni bukan pandai nau nak menjahit. Die bangun saya suruh pasangkan bendera kat sampin. kekeke. Tersengguk-sengguk kawan tu menjahit. Anak punya pasal. Nak tengok ke camne hasilnya.

Taraaa. Ni le hasilnya. Ni front view. Bahagian baju : Bendera tu kitorang jahit kat t-shirt yang tak pakai. Sampin pun pakai yang sedia ada. Jahit bendera je kat luar.

Yang ni bah. Belakang. Strap je mantle.

Ni ha teacher whats app gambor budak sorang tu posing. hahaha. Superhero Merdeka. Semoga awak jadi seseorang yang akan mempertahankan tanah air tercinta suatu hari nanti.

Gambar-gambar kat bawah ni pulak saya amik dari Group FB sekolah Afkar. Semangat tengok anak-anak yang join Merdeka Costume Competition. Kreatif parents masing-masing. hehehe. Selain daripada tu ada jugak perarakan di sekitar kawasan  sekolah. 



Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan

Afkar dapat hadiah daripada teacher.

Bagi saya sambutan macam ni bagus dipraktikkan. Dapat menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Beberapa hari sepanjang bulan Merdeka ni pun Afkar duk cerita pasal British, Jepun rampas makanan, berperang. Kesian kata dia. Hidup susah. Thank you kepada semua teacher yang share story kemerdekaan dalam kelas. Make him understand and get the patriotism spirit also nationalism sense. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...