Tuesday, August 23, 2016

Raya office

Assalamualaikum post ni dah lama tersadai dalam list draft. Arini baru sempat nak abiskan. Masih cite sambutan raya. Kali ni cite pasal jamuan raya kat office pulak. Tahun ni banyak tol dapat jemputan 'open office'. Kat Bangunan Galeria ni je pun dah hari-hari ada jemputan. Memang kembali menternak lemak la jawabnye. huhuhu. 

Tahun ni gak wat pertama kalinye kami yang Pegawai Kader di luar JKr dijemput ke jamuan raya Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan (CKUB), JKR. Selalu diorang jemput bos-bos je. Tahun ni kami yang 'buruh kasar' ni pun diorang jemput gak. Makan punye pasal mesti la pergi kan. Macam-macam menu ada. Boleh gak jumpe kawan-kawan kat office lama. Kira mini reunion jugak la. hahaha.



Reunion dengan kengkawan lama kat CKBA. Ni pun tak cukup korum lagi ni. 


Dengan officemate sekarang. Bos dengan x-boss pun join sekali. 

Bila dah nak hujung-hujung raya, tak ketinggalan office saya bertugas sekarang buat Jamuan Raya. Tapi tahun ni tak panggil ramai orang. Buat secara tertutup. So kita-kita je la. Macam biasa menu kitorang buat pot luck. Ada macam-macam menu. Sampai ada yang tak sempat nak rasa. Dah banyak sangat. Unit saya bawa Kebab (bos order), cheesetart (saya bawak), ice cream potong dan buah & marshmellow. Buah tu patutnya kitorang nak dip dalam chocolate fountain. Tapi disebabkan berlakunya sedikit masalah teknikal, chocolate tuk fountain tak jadi. Sudahnye guna chocolate hershey's saje. hahaha.

Pengarah tengah bagi ucapan


Red team yaww. Kitorang pilih colour merah tuk pakai sedondon. Sibe bek sume pun ada baju colour merah.

Unit kami dengan bos2 besar


Mentang-mentang kije handle projek sawah padi. Suka naw background sawah padi ni.


Ladies. Bos je tak join.





Fefeeling lepak tepi sawah ke camne ni. hahaha.

Punye la macam-macam makan sampai saya kena cirit birit. Malam tu bape kali saya berulang ke toilet. dah rasa macam nak angkut bantal je dalam toilet. hahaha. MC esoknye.  hohoho. Apa ntah le yang tersilap makan. Sib bek le tak melarat. Sehari je kena cirit birit. Sebab esoknye tu saya kena outstation ke Terengganu.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...