Tuesday, August 9, 2016

Mr. Teddy Demam Denggi

Assalamualaikum w.b.t

Skang ni sokmo le update cerita basi. huhuhu. Ni pun kira cerita basi gak. Cerita sedih beberapa hari sebelum hari raya. Tak habis cite accident, Mr.Teddy kena demam denggi pulak. huhuhu. Hari Jumaat sebelum minggu raya tu balik dari kerja Mr.Teddy ngadu dia demam. Saya rasa badan dia fuh mak aii panasnya. Otw balik tu saya ajak dia singgah Klinik dulu. Kalau ikutkan dia tak nak singgah. Time tu dah pukul 6 lebih, dia still puasa. Sayang nak berbuka dia cakap. Tapi saya paksa gak ajak singgah. Sebab nampak dia macam dah tak larat sangat. Time-time ni le rasa nyesal pulak tak pandai drive. Lesen wat gantung dalam frame je. At least bila Mr.Teddy tak larat boleh le gak saya tolong ganti drive. Ni bila dah tak boleh drive, hmm apa yang boleh tolong. Tolong tenangkan dia yang tengah tak sihat tu je la. huhuhu. Sampai klinik doktor check memang tinggi le temperature tu. Kena cucuk sedas ubat. Yang lawaknya kitorang singgah klinik yang Angah saya kije. pastu kalau bab cucuk-cucuk ni mestile nurse yang kena tolong doktor kan, Mr,.Teddy boleh pulak request tak nak Angah tengok. hahaha. Malu le tu dengan kakak ipar. kekeke. 

Balik dari klinik tu nampak dia ok. Hari Sabtu dia demam balik and still mc. Kitorang plan nak balik ke Slim River since raya tahun ni turn Klang. Bila dia dah ok sket kitorang pun bergerak balik ke Slim River. Petang sampai Slim tu dia start demam balik. Memang demam beria. Tak larat nak buat apa-apa. Terbaring je. Saya keep on sponging je dia. Pastu paksa dia mandi air suam bagi keluar panas tu. Mata dah start merah time tu. Saya dah suspect dia demam denggi. Sebab before ni dia pernah kena dah denggi. Nampak macam ada tanda-tanda tu. Lepas Subuh hari Ahad, saya paksa dia g hospital. Ayah Mertua bawak dia pergi emergency Hospital Slim River. Mula-mula tu dorang suspect kencing tikus. Bila wat test, Alhamdulillah xde. Platlet drop 170. Doktor suspect denggi. Tak kena tahan ward, kena drip air pastu boleh balik rumah. Kena datang balik Klinik Kesihatan untuk check darah. Keadaan dia still lemah time tu. Memang terbaring je. SIb bek le kat rumah mertua, so dorang boleh tolong tengokkan bebudak. Time ni saya dah discuss dengan Mr.Teddy tak yah la balik Klang. Raya je kat Slim River. Lagipun dah camtu keadaan dia memang dah ke laut le mood beraya. Call mak, mak pun cakap tak kisah. Sebab risau dia tak larat nak drive kete balik Klang. Tapi Mr.Teddy suh hold dulu. Tengok keadaan dia macam mana nanti.

Hari Isnin, g Klinik Kesihatan Slim River repeat test balik. Platlet drop lagi jadi 140. Pastu reading yang lain pun tak berapa cun. Doktor confirmkan kena denggi. Kena drip air, tak kena warded.  Kena repeat test lagi esoknye. Doktor pesan minum air banyak-banyak. Keadaan dia getting better. Dia cakap dia larat nak drive balik Klang. So kami pun balik ke Klang. 

Ni time kena drip kat Klinik Kesihatan Slim River.

Hari Selasa, hari kelima still ada demam. Tapi dah tak seteruk yang hari sebelum-sebelum. Badan still lemah-lemah lagi. Tapi nafas dia tetiba jadi laju. Risau gile saya. Suruh dia inform kat doktor time check darah. Repeat amik darah kat Klinik Kesihatan Pandamaran. Platlet drop lagi 120. Kena repeat lagi amik darah buat kesekian kalinya. Doktor bagitau kalau below 100 kena admit ward. Doktor suh le dia try macam-macam tips nak bagi platlet naik. Kami mencarik ketam nak buat sup, tapi tak jumpe. Musim nak raya kot mana nak ada ketamnye. Pastu ada yang suh try jus daun betik. Alhamdulillah jumpa. Pastu minum 100 plus lagi. Saya update kat fb pasal Mr.Teddy, ramai yang share tips untuk demam denggi. Mana yang boleh try tu, Mr.Teddy try. Nak sihat punya pasal. Tq semua kawan-kawan. 

Hari Rabu, hari pertama raya. Mr.Teddy kena repeat test darah lagi. Hari ni hari penentuan kalau below 100, Mr.Teddy kena admit ward. Tanya dia bila nak pergi amik test. Mr.Teddy cakap tak pe kita raya dulu. Punya lah nak happykan hati isteri dia, bagi can beraya dulu. Tapi sebenarnya dia tak larat sangat. huhuhu. So dalam tengah hari sket kami ke Hospital Klang. Anak-anak tinggal. Dup dap je jantung ni nak tunggu result darah dia. Tapi macam dah ready je in case kena tahan ward. Sebab tengok pattern result darah makin drop je. Bila result dah kuar, memang betul result platlet makin drop and reading yang lain-lain pun tak cun. Kena lah tahan ward di hari raya pertama. huhuhu. Tapi bila fikir balik kitorang try positif je la. Sebab ada orang lain tu yang sama-sama dalam ward, tak sempat pun nak beraya kat umah. Dalam ward kena drip. Pastu dorang monitor kuantiti intake air dengan yang keluar. Setiap bape jam akan kena amik darah. Mr.Teddy cakap dia tak tido malam sangat pun. Sebab baru nak terlelap dah kena kejut.Alololo shian dia tu. Mak saya watkan Mr.Teddy sup ketam. Dapat gak ketam di hari raya kedua. Pastu nak minum jus daun betik kat spital tak boleh rupanya. Mr.Teddy cakap doktor tak bagi. Doktor cakap jus daun betik ni boleh kacau result darah. Tak tau le camne tu. So minum nyorok-nyorok dia. Air isotonik tu memang banyak la dia minum. Alhamdulillah kali ni kena Denggi tak lama dia dalam ward. Hari ketiga dah boleh discharge. Lega rasanya bila dia dah boleh keluar ward. Cumanya after seminggu kena repeat balik test darah.

Tunggu result darah. Kemain ha orang tu serah diri kat spital lengkap berbaju melayu dengan sampin.

Hai la nyamuk. Kenapa awak suka geget abang sayang kite ni eh. huhuhu (Abaikan le budak pipi tembam macam simpan pau tu)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...