Wednesday, August 10, 2016

Kisah raya 2016

Assalamualaikum w.b.t

Semalam dah update pasal cerita basi Mr.Teddy kena demam denggi. Hari ni kita update cerita pasal cerita basi sambutan Aidilfitri 2016 pulak. Tahun ni tahun pertama beraya kat rumah sendiri. Perasaan tu excited gile kot. Nak mood deko-deko kononnye. Macam-macam dah ada dalam plan. Tetiba Mr.Teddy tak sihat pulak. huhuhu. Tak pe lah percaturan Allah. Adalah hikmahnye tu. Kita buat mana yang seadanya je la. Mood raya pun dah tak berapa nak ada bila Mr.Teddy tengah tak sihat.

Rumah kitorang ni banyak nau colour grey kan. Macam tak naik je. Mula-mula tu blur gak nak match kan dengan colour apa especially kat area ruang tamu ni. Saya ni tak pandai sangat bab-bab ni (read : deko). Terus pm Nana (Tuan belog Rahsia Hatiku) kat Telegram minta idea n pandangan. Daripada nak match colour apa, nak beli cushion sampai le ke nak susun perabot kat living hall tanya camne nak wat kat Nana. Thanks a lot Nana. Sudi melayan soalan-soalan daku yang blur ni. hehee. 

Taraaa. Ni le hasilnye. Theme jadi grey purple. 

Plan asalnya cadang nak tido umah mak malam raya tu. Walaupun jarak 15 minit je tetap gak nak tido umah mak. hahaha. Kekonon nak rasa kemeriahan le bila berkumpul reramai tu. Umah mak selalu malam-malam raya havoc sket. Pastu tetiba tuko plan pulak tak jadi tido umah mak sebab banyak bende yang tak settle lagi. Dengan nak kemas umah sket-sket. Packing barang lagi. Sudahnya pagi-pagi raya tu kitorang gerak ke rumah mak. Sib bek umah mak dah dekat. hehehe.

Dua beradik ni dah siap. Main-main dulu berdua.

Tahun ni family kecik kitorang theme baju colour pink. Baju saya sedondon dengan adik beradik, kakak-kakak ipar & anak-anak buah perempuan. Mr.Teddy recycle je time kenduri adik ipar, Tyra. Baju bebudak beli dekat Plaza PKNS Shah Alam. Asalnya nak carik soft pink. Puas carik berapa kali ronda tak jumpe. Dah last minute tu belasah je la pink yang ada. hahaha. Dah le cik abang Afkar refuse nak pakai baju pink hokay. Aduhai anak bujang sorang ni. Pink for girl katenye. Sudahnye pujuk cakap Babah pun pakai pink. Tunjuk le baju pink Babah. Memandangkan Babah idola, so nak le dia pakai. Eh tak pe la cite pun dah agak basi kan. Apa kata tengok je la gambo.

Gambar sekeluarga. Tahun ni semenggah sket. Tak banyak sangat take amik. Masing-masing mood ada baik. Kalau tak tu ya hampun bersilat ajak bergambar.

Dengan bonda tersayang. Tengok le tu si Faris Afkar. 

Family besar saya...Afham, why so serious???

Ada orang kata muka kitorang sama. Sama ke. hehehe. Ni anak buah saya. Anak Alang yang sulung.

Dengan anak-anak buah n adik saya, Wahidah (tudung kuning). Anak-anak buah dah nak sama beso dengan mak cik dorang dah.



Time ni nak g beraya umah Pak Lang kitorang. Posing dulu dalam kete dengan Uda, Kak Cik, Wahidah n si kecik Iman.

Lepas balik daru rumah Pak Lang, kami ke spital pulak nak amik darah Mr.Teddy

Tengok ha. Baju melayu dengan sampin lengkap. Sementara nak tunggu ward. SIb bek tak lama nak tunggu ward.

Dah dapat bed. 

Tu je gambo yang ado. Sebab tak beraya sangat kan. Sampai raya ketiga teman Mr. Teddy kat ward. Lepas tu balik Slim River sampai hari Isnin. Tu pun tak banyak sangat umah kitorang cover sebab Mr.Teddy tak berapa nak sihat sangat lagi. Balik kampung Melaka pun kami tak join, sebab turn balik Slim. Kalau tak plan asal nak balik Slim raya kedua tu. Tahun ni baraan raya umah kengkawan Kedok pun tak dapat join.huhuhu. Tu je la cerita raya yang tak berapa nak raya.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...