Tuesday, August 30, 2016

Bokitta Hijab Kini di ZALORA

Assalamualaikum w.b.t

Siapa yang suka shopping dekat ZALORA Malaysia boleh singgah baca dulu entry ni sampai habis ye. hehehe. Ada produk best yang saya nak share.  Macam semua orang pun tahu ZALORA Malaysia merupakan portal online yang top dan popular di Malaysia. Sekarang kan memang orang ramai lebih suka untuk membeli secara online. Termasuk le orang yang menulis ni. Hehehe. Sebabnya proses pembelian yang amat mudah dan pantas. Click-click je, barang terus sampai depan pintu rumah. Semua di hujung jari. Tak yah dah lagi nak bersesak-sesak kat shopping mall.   Zalora Malaysia menawarkan pelbagai koleksi jenama yang terbaik dan terkini untuk korang membuat pilihan. Antara produk terbaik yang harus korang miliki dan boleh dibeli di Zalora Malaysia adalah Bokitta Hijab.


Sebenarnya jenama Bokitta Hijab bukanlah jenama yang asing lagi dikalangan semua wanita berhijab lebih-lebih lagi mereka yang berada di ibu kota. Sejak diperkenalkan pada beberapa tahun yang lalu sebagai The First Patented Instant Wrapped-Style Hijab, Bokitta mendapat tempat di hati ramai wanita kerana koleksi hijab yang ditawarkan adalah amat praktikal dan versatile. Ia merupakan inovasi yang cukup bijak dan memudahkan sesiapa sahaja yang memakainya. Tak percaya? Tengok cara pemakaian di bawah. Hanya dengan 4 langkah, sap-sap soi dah siap kan. 


Kalau sebelum ini korang menghabiskan masa yang lama apabila ingin mengenakan hijab (termasuk le saya) belit gaya tu tak kena belit gaya ni tak kena. Dengan Bokitta korang hanya memerlukan 10 saat sahaja! Sekejap je kan. So bagi sesiapa yang selalu husband korang tarik muka sebab bersiap lama naw tu, kena beli dan try Bokitta Hijab. Kalau agak-agak terlambat bangun pagi nak ke pejabat tu, dengan Bokitta Hijab dah boleh jimatkan masa untuk pakai hijab. Penyelesaian kepada masalah lambat bersiap tu. hehehe. 

Bokitta Hijab ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian inner (dalam) dan bahagian shawl (luar). Pakaikan bahagian inner terlebih dahulu dan kemudian sarung bahagian shawl pada bahagian luar seperti gambar berikut. Mudah je kan?



Bukan itu sahaja, para pembeli juga diberikan beberapa pilihan rekaan pinless hijab keluaran Bokitta ini. Setiap rekaan yang ditawarkan adalah berbeza dari segi labuh dan panjang lilitan shawl tersebut. Oleh itu pembeli boleh memilih rekaan tudung mengikut citarasa masing-masing. Dari segi labuh Insha ALLAH menepati syariat. Alhamdulillah.

Selain boleh korang miliki secara langsung di Butik Bokitta Hijab dan di stokis-stokis berhampiran, koleksi Bokitta Hijab ini juga boleh korang beli secara online di portal online popular, ZALORA Malaysia. ZALORA menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda serta beberapa kaedah pembayaran yang selamat termasuklah cash on delivery di kawasan-kawasan tertentu. 

Ha semua senang kan. Langkah-langkah nak pakai Bokitta Hijab senang dan mudah, nak shopping di Zalora Malaysia pun senang kan. So, apa tunggu lagi. Jangan berlengah untuk dapatkan koleksi Bokitta Hijab di laman web Zalora Malaysia. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...