Thursday, June 2, 2016

Mr. TEDDY ACCIDENT

Assalamualaikum w.b.t

Bulan 5 ni macam-macam gak dugaan kitorang sefamily. Lepas satu-satu jadi. Thank you Mr. Teddy yang selalu bagi moral support kat saya bila saya down. Rasa calm la jugak bila dia sentiasa bagi kata-kata positif supaya saya tak down. Dalam banyak-banyak tu, yang paling besar bila Mr. Teddy accident. Bila cite ngan orang sume kuar dialog yang sama - accident lagi? Jawapannye ya. Ni kali ke-4 Mr. Teddy accident motor. Huhu. Sejak kije kat Nilai, ni masuk kali ketiga. Bende dah nak jadi kan. 

Pagi tu saya kursus kat KL, so dia decide nak naik motor dari Klang ke Nilai. Saya dah sampai stesen Bank Negara dia call bagitau yang dia accident. Memang time tu rasa down gile. Nak nangis dah dalam train. Adik saya yang tolong handle sementara saya nak balik. Alhamdulillah semua selamat. Jari Mr. Teddy patah n retak. Pastu ada luka sikit-sikit. Cuma badan dia la rasa sakit-sakit. Dapat mc 14 hari.


Tangan Mr. Teddy kena sarung besi tu. tulang yang belah depan jari tu hancur. Ngilu.huhu.

Mr. Teddy accident dekat area Jusco Bukit Tinggi. Berlanggar dengan motor. Budak yang accident sekali katanya teruk jugak luka-luka. Dia call Mr. Teddy bagitau yang dia dapat mc 3 hari. Dia tanya khabar Mr. Teddy. Bagus betul.

Motor yang accident tu sekali dengan Mr.teddy


Keadaan motor Mr. Teddy. Teruk gak. Tak kisah la. Yang penting Mr. Teddy selamat.

Lepas 2 minggu accident pergi follow up balik kat Klinik Orthopedik, HTAR. Doktor sambung lagi mc sebulan sampai middle Jun. Lemau Mr. Teddy mc lama-lama.. Dia kan jenis workaholic. Tak pe la Dy, biar sihat betul-betul. 

Awal-awal Mr. Teddy accident, kelam kabut jugak saya nak urus umah and anak-anak. Ye la selalu kan banyak bende Mr. Teddy tolong sama-sama buat. Bila dia dah camtu tak sampai hati nak suruh. Buat la sendiri. Tapi dia still tolong-tolong gak part mana yang boleh. Skang ni barulah ok sket manage time nak urus umah n anak-anak. Apa-apa pun semoga jari Mr. Teddy cepat sembuh. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...