Tuesday, May 31, 2016

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2016

Assalamualaikum w.b.t

Akhir bulan 4 aritu berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 dekat MAEPS. Selalu dorang wat kat PWTC. Memang dulu time kije kat KL, sokmo le turun. Bila dah transfer ke Putrajaya dah tak ada la dapat pergi lagi. Kebetulan time pergi ni hari Sabtu ada kenduri kat Putrajaya. Bodek-bodek Mr.teddy minta tolong bawak kite g MAEPS. Tujuan utama haruslah nak beli novel. Banyak novel ni dah aim nak beli. Siap buat list dah. Sebab bila bawak anak-anak ni tau la, mana nak dan lama-lama kan. Terus g booth yang nak cari buku. 

Saya turun sorang je. Afkar tidur, Mr. Teddy tunggu anak-anak kat kereta. Memang ekspress la carik novel tu. sian pulak kalau lelama tinggal Mr. Teddy. Tu pun ada drama. Boleh pulak Afham ter'melabur' dalam kete. Dia dah nangis tak selesa. Kebetulan time Mr. Teddy call tu, memang dah nak balik. Tinggal nak bayar buku Afkar. Terus le memecut ke kereta.

Sampai-sampai je terus ke booth Karya Seni. Kebetulan pulak time tu ada pelakon Drama Duda Terlajak Laris. Tak bajet pulak boleh jumpa retis. Dah habis session Zara Zya. Ada Idris Khan je. Pun boleh la nak bergamba n minta sign. Haha.




Dengan hero Duda Terlajak Laris. Tinggi bebeno. Terasa begitu katik saya di situ.

Ha ni hasil tangkapan di PBAKL 2016. Pastu ada lagi buku Afkar yan sempat grab jugak. Novel-novel tu sampai la ni ada yang belum habis baca. Bila nak khatam ntah le.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...