Sunday, May 29, 2016

AFHAM IS TURNING TWO

Assalamualaikum w.b.t

Mak aiii lamanya tak bersiaran. Last entry bulan January. Fuh. Banyak benda nak share tapi tak sempat-sempat nak update blog. Ntah ada ke idok lagi org singgah blog ikan bilis ni. Bukan setakat tak sempat nak update blog. Nak blogwalking pun tak sempat. Rindunye nak baca blog kengkawan.

Dah lama menghilang nak share dulu pasal kisah basi yang dah dekat dua bulan berlalu. 10.4.2016 Afham genap 2 tahun. Makin banyak akal budak kecik sorang ni. Tak ada la wat celebration besar2 pun. Celebrate family kecik kami je. Bawak anak-anak g berjalan ke Aquaria KLCC. Naik train. Kami parking kat KL Sentral, naik lrt dari situ.

Kite Posing dalam train dulu

Abang and birthday boy

Alhamdulillah dorang ok je dalam train. Excited naik lrt kot. Kemain kecoh dua beradik ni dalam lrt. Nak tengok view luar la. Yang adik nak berdiri dengan babah la. Nasib le baik terkawal lagi. So next time Umi n Babah bawak jenjalan lagi naik train.

Tiket Aquria saya beli siap-siap online kat Groupon. So sampai sana tinggal nk redeem je. Crowd time tu ok. Tak rami sangat. Ni 1st experience Afham masuk Aquaria, Afkar pulak 2nd time. Masing-masing dah excited nak masuk tengok fish.

Babah tunjuk fish kat hero-hero. Yang ni kat awal-awal masuk entrance.


Birthday boy kusyuk tengok

Yang ni dah kat tengah sebelum masuk terowong. Saya suka view kat sini. Cantik. Time ni Afkar dah mogok tak nak bergambar. Dah tak sabo nak tengok fish kat dalam.

Abang dah xnak bergambo. Posing dengan Babah jela dik.

Paksa Mr Teddy posing kat sini. Dia pun layankan je la. Hahaha. Budak berdua tu ketakutan tengok gigi shark yang tajan.

Selera pulak shark ni nak telan Babah. Hahaha

Ni dah masuk kat dalam terowong. Kami naik travelator je. Yang ni tempat yang paling dorang excited la. Dapat tengok shark, tengok ikan pari yang besar. Kitorang ter'miss' feeding time. Kalau tak boleh tunjuk kat diorang.

Ikan pari besar lalu atas kepala wooo


Shark pulak kat belakang kite

Birthday boy muka blur

Ni dah nak keluar. Time ni duduk rehat jap minum air. Penat berjalan kat dalam tu. Panas pun ye. Macam tak rasa sangat air cond.

 

Apalah dua beradik ni bercerita

Seahorse la dik

Overall dua beradik ni excited dapat tengok ikan live depan mata. Seronok layan diorang yang kagum masing-masing tengok macam-macam jenis ikan yang ada. Dah settle jenjalan kat dalam Aquaria, kitorang singgah ke Secret Recipe. Belanja birthday boy makan cake.




Mak aii comotnye birthday boy makan. Skang sume nak buat sendiri. Bukan die banginye kite suap dia.


Kemain feel tiup lilin sampai terpejam mata
Happy birthday boy tengok cake. Memang hantu cake ini budak. Nak tiup lilin ni pun drama dua beradik ni. Berebut. Hahaha. Bape kali tiup-nyalakan balik pastu gilir-gilir tiup lilin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...