Thursday, January 28, 2016

Hidung Berbau

Assalamualaikum w.b.t

PERINGATAN!!!Entry ni geli sket sebab ada share gambar. Risau kalau ada yang termuntah.

Arini nak share pasal kisah Afkar yang ada masalah hidung berbau. Selama ni kami duk ingatkan mulut dia yang berbau sebab dia memang ada problem gigi. Dulu-dulu dia mana suka sangat gosok gigi. Lately ni la baru ok bila suruh gosok gigi. Lama dah la jugak bau ni menghantui kitorang. Dekat dua minggu kot. Duk la cakap tak boleh tahan nak bawak Afkar jumpa dentist. Sampai la hari Sabtu baru ni Mr.Teddy sedar yang bau busuk tu bukan datang dari mulut Afkar, TAPI hidung Afkar. Ya ALLAH, panik terus saya dibuatnya sampai berjurai-jurai air mata sebab kerisauan yang amat. Pastu rasa macam bad mom pun ada sebab tak sedar hidung anak tu berbau. Sebab duk set mind bau mulut kan, tak sangka yang bau busuk tu dari hidung. Tapi perasan la gak yang dia selesema agak lama dan sebelah je hidung dia yang berair. Kalau lap hingus dia selama ni tak ada la pulak saya hidu lepas tu. Terus buang je tisu tu.

Dah jadi gitu, hari Ahad tu kan Thaipusam nak bawak g klinik banyak klinik tutup. So kitorang try sedut je dulu hingus guna nasal aspirator. Kitorang bawa Afkar ke klinik hari Isnin tu. Cerita dengan doktor pasal Afkar, doktor pun check rupanya ada something dalam hidung Afkar. Doktor tanya la gak yang sebelum ni Afkar ada tak bersin pagi-pagi atau gosok-gosok hidung. Seingat kitorang memang tak ada. Doktor pun start buat procedure nak keluarkan something tu. Dan hasilnya doktor kuarkan ni dari hidung Afkar.








Lepas dah dicuci soletape rupenye. huhuhu. Bukan test pen tu ye. Test pen tu nak ukur je panjang mana. 

Ahdohai anak. Mana la budak bertuah ni dapat soletape tu. Alhamdulillah tak ada sebarang infection yang serious. Nampaknya lepas ni saya akan lebih alert dengan sebarang bau. huhuhu. 




3 comments:

  1. Kesah afkar ni buat aku teringat kes ank aku reen.... serpihan pemadam dalam telinga.. memang nak kena slalu check segala lubang yang ada dekat badan ank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh mai...pemadam...huhu. budak baya2 ni kan kuat nau explore.

      Delete
  2. ok la tu sebab dah boleh buat keluar. Sepupu Moon plak masa kecik dia sumbat biji jagung ..sampai dah nak kuar akar. Anak Moon plak sumbat kismis. Memang mengelabah kita org duk pikir macam mana nak buat keluar ...nasib la bapak dia kewl n mintak anak blow n keluar sebijik kismis.

    mmg kretip la anak anak ni ...sementara nak tgu besar

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...