Tuesday, September 22, 2015

Port Baru Balik Kampung : ANANG SARI HOMESTAY

Assalamualaikum w.b.t

Dari sehari ke sehari nak update pasal ni. Duk tertangguh je. Raya yang lepas balik kampung Melaka kitorang stay kat port baru. Kitorang ni kan big family so kalau balik memang mudahnya sewa homestay share bayo reramai. Kali ni kitorang stay kat ANANG SARI HOMESTAY. Memang terbaik homestay ni. Credit kat Kak Cik sebab usaha mencari homestay yang best untuk kite sefamily. Kitorang memang puas hati stay kat sini. Next time nak plan untuk family day pulak kot. hehehe.

Homestay ni terletak di ​Kg Tengah, Kuala Sungai Baru. Memang dekat nau-nau dah dengan rumah sedara-sedara. Homestay ni sangat besar dan selesa.  Ada rumah induk yang dilengkapi dengan tv and set sofa. Kira ni ruang tamu la. Rumah utama lak rumah 2 1/2 tingkat. Kat tingkat bawah ada Masterbedroom, bilik no. 2, dry n wet kitchen yang dilengkapi dengan kelengkapan dapur, dining area (complete dengan meja makan) n living hall yang luas, bilik air. Kat tingkat 1 lak ada 4 bilik tidur, 'Family Hall' (ada tv and sofa), 1 bilik air (toilet n shower). Pastu ada loteng yang sangat le luas kat bahagian atas sekali. Jangan confuse lak. Rumah induk n rumah utama ni attach. Ada laluan dari living hall nak ke rumah induk. 

Yang paling bonus sekali sebab ada bilik air yang banyak. So tak yah la nak berebut bilik air. kekeke. Kitorang ni kan ramai. Selalu toilet memang berebut le. hehehe. Pastu ada provide juga kelengkapan dapur untuk memasak (dapur gas, periuk belanga, pinggan mangkuk n so on). So tak yah le susah-susah bawak dari umah. Deep freezer pun ada. Senang nak simpan stok tuk wat BBQ ke. Memang complete semua. Bersih dan semua condition tip top boleh guna. Massage chair pun ada. Memang kena ambil nombor beratur nak guna massage chair ni eh. hahaha. Jarang-jarang jumpa, masing-masing ambil kesempatan la. hehehe. Kat kawasan luar pun ada BBQ Pit, wakaf n meja. So next plan boleh le nak ber'BBQ' pulak ke. Rumah ni betul-betul berhadapan dengan pantai. Jalan kaki je dah boleh mandi laut. Untuk info lanjut boleh la singgah ke laman web : Anangsari Homestay


Yang ni saya ambil dari Facebook:Anangsari Homestay. Time kami pergi keadaan tak banyak berubah dari gambar. Cuma kat meja makan tu lengkap ada kerusi sekali.



 View depan rumah 


Ha ni nampak sederet bilik air. Ada dua row ni. Satu row shower je. Lagi satu tuk toilet sahaja. Puas hati kan. Tak yah berebut-rebut.


Anak-anak buah saya siap port kat luar lagi, study.

Budak-budak ni sempat lagi cari ketam. Dapat le beberapa ekor anak-anak ketam. 


Hasil tangkapan ketam

Si kecik ni tak dapat mandi laut, dapat main pasir pun jadi la

Yang abang tu sakan dah tu main laut. 




Posing dulu. Time ni baru-baru sampai.

Homestay ni sesuai gak untuk family besar macam kitorang ni kalau nak organize family day. Selain luas, selesa n bersih, terdapat kemudahan lengkap yang disediakan. Pastu laman yang luas n dilengkapi dengan kemudahan untuk BBQ. Kalau nak plan aktiviti outdoor macam sukaneka ke atau volleyball sesuai la sangat wat tepi pantai. Memang akan repeat lagi ni tuk next event pulak kat Anangsari Homestay.


Monday, September 21, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Assalamualaikum w.b.t

Cite dah basi ni tapi nak update gak. hehehe. Hari tu time hari Merdeka, tadika Afkar tak ketinggalan ada buat sambutan Hari Kemerdekaan jugak. Budak sorang tu kemain semangat cerita pasal dia buat bendera Malaysia kat school. hehehe. Diorang ada aktiviti wat bendera. Pastu 28hb tu ada perarakan Hari Kemerdekaan lagi. Teacher share gambo, comel-comel belaka semua anak-anak. Bagi saya bagus la gak ada aktiviti macam ni secara tak langsung boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.


Cop tapak tangan nak wat bendera.


Taraa ni le hasilnya. Agak-agak mana satu la tapak tangan Afkar eh.



Beratur untuk perarakan. Kemain ha budak sorang tu. Semangat betul.

Ni berarak keliling taman. Teacher kata mula-mula tu semua semangat pastu hujung-hujung tanya bila nak sampai.


Balik dari school tak habis-habis die cerita pasal aktiviti perarakan ni. Seronok betul dia. Pastu skang asal nampak bendera Malaysia dah kenal n excited tunjuk kat kitorang. Pastu terus nyanyi lagu Merdeka. hahaha. 




Wednesday, September 9, 2015

Redeem Voucher Zalora

Assalamualaikum w.b.t

Last week dah selamat publish entry ni untuk Zalora. Thank you Zalora Malaysia especially Norain yang sudi bagi peluang ni kat saya. Dah lama tak update blog, tup tup dapat offer macam ni Alhamdulillah syukur. Bila dah selesai tugas yang diberi, seperti yang dijanjikan dapatlah kita voucher RM100. Bila dah dapat voucher je x tunggu lagi terus le kite serang website Zalora mengusyar apa yang boleh dibeli.

Fikir punya fikir nak redeem apa. Rasa macam nak jam je. Sebab kebetulan jam lama saya dah abis bateri. Tanya pendapat kengkawan diorang kata ok berbaloi redeem jam. Moh le kite survey jam. Survey punya survey, finally saya pilih jam brand Casio. Sebab before ni pun memang pakai jam Casio yang ni. Jam yang saya pilih ni harganya hanya RM115. Saya kena top up RM15 sahaja. Suka suka suka. hehehe. Bila dah selamat place order, tunggu la parcel kita datang ye. Tak lama pun hari Jumaat tu dah dapat parcel. Tak nyabo-nyabo tunggu balik rumah. Sampai-sampai terus bukak parcel. Excited bebeno kekdahnya dapat jam baru. Jam yang diterima pun as per expectation. Puas hati sangat. Ok dah boleh bergaya dengan jam baru. Chewah.


Taraa...parcel from Zalora


Ni la dia jam yang saya pilih...


Sekali lagi thanks a lot to Zalora Malaysia =)





Tuesday, September 1, 2015

Jenama Terbaru Aleena Tudung

Assalamualaikum w.b.t

Kebelakangan ni semakin banyak jenama tudung kat pasaran lebih-lebih lagi jenama tudung online. Maklumlah, sekarang memang orang ramai lebih suka untuk membeli secara online. Termasuk le orang yang menulis ni. Hehehe. Sebabnya proses pembelian yang amat mudah dan pantas serta kita juga boleh membuat penjimatan yang lebih. Online kan selalu jual pada harga yang berpatutan dan mampu milik. Click-click je sekarang ni. Semua di hujung jari. Masa pun jimat. Tak yah dah lagi nak bersesak-sesak kat shopping mall.   

Salah satu jenama tudung online terbaru yang harus korang miliki adalah jenama Aleena tudung yang juga kini boleh dibeli di laman web ZALORA Malaysia. Mungkin masih belum dikenali ramai, namun jenama tudung ini sudah mempunyai sejumlah penggemar yang tersendiri dengan menawarkan pelbagai koleksi tudung online. Antaranya koleksi instant shawl dan koleksi tudung bawal.



Seperti jenama-jenama tudung online yang lain, Aleena tudung juga turut menawarkan koleksi instant shawl yang cukup mudah dipakai dalam aneka pilihan warna yang menarik. Sekarang ni kan memang tengah trend instant shawl. Sarung je. Sap sap soi dah siap. Bukan setakat tu je, jenis fabrik yang digunakan juga adalah selesa dipakai dan ringan di kepala. Tu antara ciri-ciri penting untuk memilih tudung. Tak ada la si pemakai rasa rimas n panas. Saya pun memang jenis pakai instant shawl je skang ni. Boleh la tambah koleksi instant shawl Aleena dari Zalora.



Selain koleksi tudung instant shawl yang biasa anda temui di pasaran, Aleena juga menawarkan aneka pilihan rekaan instant shawl yang trendi dan pastinya menepati citarasa para pembeli.




Korang juga boleh dapatkan koleksi tudung bawal Aleena yang boleh ditemui dalam pelbagai pilihan corak dan warna menarik. Koleksi tudung bawal Aleena ini juga terdapat dalam beberapa jenis fabrik seperti cotton dan satin. Cantik-cantik kan design tudung bawal Aleena ni. 





Ha tergoda tak tengok koleksi Aleena tudung yang menarik ni. Apa tunggu lagi. Jangan berlengah untuk dapatkan koleksi Aleena tudung di laman web Zalora Malaysia dalam pelbagai pilihan rekaan, corak dan warna menarik. Dan yang paling best sekali, kesemua koleksi tudung ini boleh korang miliki dengan tawaran harga yang cukup berpatutan!!! Cepat g serang laman web Zalora Malaysia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...