Tuesday, June 30, 2015

Penangan Filem Pilot Cafe : Faris Afkar vs. Fahrin Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Skang ni Afkar dah kurang addict  kat TV especially cartoon. Selalu malam wat aktiviti ngan dia, dia dah ngantuk then akan ajak tido. Kadang-kadang dah tak tahan sangat, dia sendiri masuk bilik nak tido. Awal la tido skang ni. So dah tak ada lagi drama 'Batu belah batu bertangkup' gara-gara Umi kempunan nak tengok TV. Dah tak ada gak lagi drama perebutan remote yang sudahnya Afkar menang dan Umi membawa hati yang lara. kekeke. So skang ni boleh le Umi melayan drama Melayu dengan senang hati. hahahaha

Ada satu malam tu, tengah layan final episode Drama Puteri Bukan Nama Sebenar yang scene kat bawah ni, tetiba Afkar kuar dialog "Umi, yang tu Afkar. Yang tu Aqilah". Dia merujuk kepada hero dan heroin. Yang hero tu Afkar, yang heroin tu Aqilah. hahaha. Hamboi sangat awak ni. Terkejut tau mak pak nya ni dengar. Adudu. Tu 1st time la dengar dia cakap camtu. Aqilah tu girl kat school dia. Memang selalu la kitorang dengar dia sebut nama Aqilah kat rumah. Bila tanya teacher, rupanya tu bestfriend dia. Chewah. Selalu main sekali. Kalau girl lain kena kacau dengan Afkar, akan nangis. Yang Aqilah ni, redha je slalunya. Kalau yang boy, dia selalu main dengan Abqary n Izz Ryan. Yang tu jugak le sokmo nama disebutnya kat umah.


Pastu saya whats app la Teacher Afkar cite pasal ni. Pastu Teacher Afkar reply, Afkar pernah tengok video clip lagu Pilot Cafe kat school pastu cakap camtu gak. kekeke. Dia kata Hafiz tu Izz Ryan, Adira tu Auni, Izara Aishah tu Aqilah, Fahrin Ahmad tu Afkar. hahaha. Pandai memilih nak hensem n sado je eh. kekeke. Initial nama F A nak sama dah.

Lepas-lepas tu, bila kat rumah je tertengok video clip lagu Pilot Cafe tu dia duk la cakap Fahrin Ahmad tu dia. Izara Aisyah tu Aqilah.  hahaha. Lawak tul la Afkar ni. Macam-macam hal. Umo pun lom 4 tahun, sunat pun lom ada hati nak jadi hero. hahaha. Ahdoi. Abiskan blajo dulu yer nak. Tapi kalau dapat jadi pilot ok gak. kekeke. Umi pun.


Fahrin Ahmad

vs.

Faris Afkar 

Ni la Aqilah.




Wednesday, June 24, 2015

Tips Penyusuan Susu Ibu di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dah masuk 6 Ramadhan. Selamat menyambut bulan Ramadhan!!! Tahun ni tahun ke-4 merasa pengalaman breastfeeding time bulan puasa. Tahun pertama tu nebes je nak tunggu time Ramadhan. Ye la 1st experience kan time tu. Mau tak nebes. Risau susu drop la, risau tak larat la. Isk macam-macam la dalam kepala otak time tu. Alhamdulillah masuk tahun ke-4 ni dah makin bersedia. Sebelum ni pun saya pernah share tips penyusuan di bulan Ramadhan daripada hasil pembacaan n ada sket-sket pengalaman sendiri. Jom kita tengok balik apa-apa tips yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadhan. Semoga dipermudahkan BF journey kita di bulan Ramadhan yang mulia ni. Aamin.

SIKAP : Sentiasa positif dan gembira selalu. Jangan stress. Time menyusu badan memang sebolehnya elakkan stress. Jangan terlalu risau memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Terlalu risau boleh stress n dropkan susu.

KONSEP ASAS PENYUSUAN (SUPPLY VS. DEMAND) : Kerap kosongkan breast. Susukan bayi atau pam di pejabat sekerap mungkin kerana asas penyusuan adalah penawaran dan permintaan. Selalu mengamalkan power pumping. Walaupun berpuasa, tetap kena pam macam biasa. Sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika bersahur. Sebab pada waktu pagi susu masih banyak.

NIAT : Niat dan yakin dengan rezeki Allah. Setiap kali menyusu, berdoa agar susu sentiasa cukup untuk anak. Setelah semua usaha kita dah buat, berdoa dan tawakal agar susu sentiasa cukup.

PEMAKANAN : Amalkan pemakanan yang boleh perbanyakkan susu ibu seperti lobak putih, kurma, pegaga, habbatus sauda. Banyakkan minum air masak, susu, minuman bermalta atau bercoklat. Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari. Time bersahur pun amalkan makan kurma. Minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Jangan meninggalkan waktu bersahur. Digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. Elakkan minum air bikarbonat dan berkafein. Boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan. 

Sumber : Kak Engku Bidan Bersalin dan Majalah Pa & Ma Ogos 2014





Wednesday, June 3, 2015

Afkar Join School Trip

Assalamulaikum w.b.t

Last week Afkar join school trip g Putrajaya. Pergi Taman Botani, Taman Wetland n Putrajaya Cruise. Amboi Umi pun xpernah sampai tau. Cruise je la pernah naik. Masa mula dapat surat dari teacher tu, fikir-fikir gak nak bagi pergi ke x. Pastu Mr.Teddy cakap bagi je la. Biar dia belajar benda baru. Pastu sehari sebelum pergi tu, Umi dia yang nebes terlampau. haha. Ye la risau kot. First time outing tanpa kitorang. Tahu la Afkar macam mana. Ligat semacam. Pagi time hantar g school, berjela-jela pesanan bagi kat teacher Afkar. hahaha. Annoying je Umi si Afkar ni. kekeke. Teacher ada whats app gambar-gambar time trip. Nampak Afkar ok-ok je n enjoy. So lega la sket. Jom tengok gambar-gambar yang Teacher Afkar ada share.



Dalam Van otw nak ke Putrajaya. Ok la tu ha boleh peace lagi amik gambo.

Beratur depan sekali

Pose wajib. Peace!!!

Semangat budak tu

Ni kat Taman Wetland. Nak naik tram.

Mesti nak duduk sebelah gigirl tau. Sooooo Ejoy.

Cari budak topi kuning.hahaha. Setia betul bersama topi kuning.


Makan time

Buat aktiviti


Dalam Cruise


Ketiduran sudah. hahaha. Penat sangat le tu.

Ambil je dia dari sekolah terus berceloteh cerita Afkar tengok bird la, swan la, naik bot la. Macam-macam la dia berceloteh pasal trip. Enjoy bebeno la tu. Tanya teacher dia ok ke x sepanjang trip. Teacher kata overall ok je dia. Ada nangis-nangis sket time dia dah ngantuk. Yang lain ok je. Alhamdulillah. Next trip InsyaALLAH boleh la join lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...