Saturday, October 24, 2015

Breastfeeding Journey With Afham : Setahun Enam Bulan

Assalamualaikum w.b.t

Hai dah macam biskut la tuan punya blog ni. Sungguh la tak produktif. Sebulan satu entry je. Sob sob sob. Entah ada ke idok lagi orang nak baca blog bilisan kite ni. huhuhu. Sorry la ye. Bz naw naw la kat office skang ni tak sempat nak curik time pun. Ahdoi. Kantoi pulak blogging time kije. Jangan report ye. Dah balik umah lagi ke laut le nak update blog. Tengok hp pun payah bile dah sampai umah. Fokus melayan budak berdua tu. hehehe.

Afham dah  1 tahun 6 Bulan ++. hehehe. Maknanya dah 1 tahun 6 bulan bulan jugak breastfeeding journey saya dengan Afham. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan sehingga ke 2 tahun. Semoga perjalanan penyusuan kami ini dipermudahkan. Amin. Journey dengan Afkar dan Afham memang berbeza. Dua pengalaman yang berbeza. Kalau dengan Afkar dah rasa berliku gak sket-sket dengan Afham ni makin berliku. Chewah. Kemain berliku ayat ko yeee. Bahaha. Dari segi minum sama je pattern 2 beradik ni. Sama jumlah oz dalam umo yang sebaya. Bezanya production susu Umi nya yang tak macam dulu. Kije office sekarang tak macam dulu. Nak mengepam terkejar-kejar sket sebab bz naw naw. My bad sebab tak boleh nak handle time. huhuhu. Struggle sket la sekarang ni. Sebab sehari pam kat office tak cukup tuk bekalan stok esok nya. Kena tambah session mengepam kat rumah. Tambah lagi stok susu dah ilek pochi. Time Afham 1 Tahun 4 Bulan aitu kot tak silap last guna stok. Lepas cite sedih suis deep freezer kena tutup tu. Ha lepas tu la stok pun abis. So bermula episod kais arini makan esok. hehehe. Pam hari ni untuk esok.

In fact sekarang ni pun saya dah stand by susu spare kat rumah pengasuh start minggu ni. Percubaan pertama gagal. Afham buat-buat muntah time minum susu yang dah bancuh. Ahdoi. Runsing ni ha. Reject terus dia. Ahdoi memang penenen tegar ini budak. Sama perangai macam Afkar time nak intro susu lain dulu. Bezanya Afkar time tu intro sebab dah nak dapat adik. Afham pulak sebab susu dah makin drop. Tapi tak pe la. Tu sume naikkan lagi semangat Umi dia tuk mengepam. Chaiyok chaiyok. Alhamdulillah jugak Afham jenis selera makan. Cuma ada la jugak yang duk tego-tego Afham makin susut. Susut sebab makin melasak kot. Ayat sedapkan hati sendiri  

Tu cite pasal production susu yang makin lama makin drop. Belum campur gaya-gaya time menyusu. Kemain freestyle. hahaha. Mesti rindu nanti kalau Afham dah wean off. Eh tetiba sedih pulak. Macam dengan Afkar. Pastu Afkar dia tak ingat tau momen-momen bf. Kecik nau kot nak ingat. hehehe. Macam sekarang kalau tanya nak tak dia cakap tu adik punya. Puas la explain Afkar dulu pun nenen gak. Sampai 2 thn 4 bulan. Boleh pulak dia tak nak ngaku. Amboi tau. Saje nak wat Umi dia ni sentap. Umi dia pun pasal tu pun nak emo. hahaha.

Apa pun nak cakap terima kasih bebanyak kat Mr.Teddy sebab banyak support saya daripada dulu sampai sekarang. Even time saya down hilang semangat bila tengok susu makin drop dia yang keep on bagi semangat tuk teruskan mengepam. Tq banyak-banyak tau Dy. 


Budak nak masuk 1 tahun 7 bulan yang makin banyak akal.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...