Monday, September 21, 2015

Sambutan Hari Kemerdekaan 2015

Assalamualaikum w.b.t

Cite dah basi ni tapi nak update gak. hehehe. Hari tu time hari Merdeka, tadika Afkar tak ketinggalan ada buat sambutan Hari Kemerdekaan jugak. Budak sorang tu kemain semangat cerita pasal dia buat bendera Malaysia kat school. hehehe. Diorang ada aktiviti wat bendera. Pastu 28hb tu ada perarakan Hari Kemerdekaan lagi. Teacher share gambo, comel-comel belaka semua anak-anak. Bagi saya bagus la gak ada aktiviti macam ni secara tak langsung boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.


Cop tapak tangan nak wat bendera.


Taraa ni le hasilnya. Agak-agak mana satu la tapak tangan Afkar eh.



Beratur untuk perarakan. Kemain ha budak sorang tu. Semangat betul.

Ni berarak keliling taman. Teacher kata mula-mula tu semua semangat pastu hujung-hujung tanya bila nak sampai.


Balik dari school tak habis-habis die cerita pasal aktiviti perarakan ni. Seronok betul dia. Pastu skang asal nampak bendera Malaysia dah kenal n excited tunjuk kat kitorang. Pastu terus nyanyi lagu Merdeka. hahaha. 




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...