Tuesday, September 22, 2015

Port Baru Balik Kampung : ANANG SARI HOMESTAY

Assalamualaikum w.b.t

Dari sehari ke sehari nak update pasal ni. Duk tertangguh je. Raya yang lepas balik kampung Melaka kitorang stay kat port baru. Kitorang ni kan big family so kalau balik memang mudahnya sewa homestay share bayo reramai. Kali ni kitorang stay kat ANANG SARI HOMESTAY. Memang terbaik homestay ni. Credit kat Kak Cik sebab usaha mencari homestay yang best untuk kite sefamily. Kitorang memang puas hati stay kat sini. Next time nak plan untuk family day pulak kot. hehehe.

Homestay ni terletak di ​Kg Tengah, Kuala Sungai Baru. Memang dekat nau-nau dah dengan rumah sedara-sedara. Homestay ni sangat besar dan selesa.  Ada rumah induk yang dilengkapi dengan tv and set sofa. Kira ni ruang tamu la. Rumah utama lak rumah 2 1/2 tingkat. Kat tingkat bawah ada Masterbedroom, bilik no. 2, dry n wet kitchen yang dilengkapi dengan kelengkapan dapur, dining area (complete dengan meja makan) n living hall yang luas, bilik air. Kat tingkat 1 lak ada 4 bilik tidur, 'Family Hall' (ada tv and sofa), 1 bilik air (toilet n shower). Pastu ada loteng yang sangat le luas kat bahagian atas sekali. Jangan confuse lak. Rumah induk n rumah utama ni attach. Ada laluan dari living hall nak ke rumah induk. 

Yang paling bonus sekali sebab ada bilik air yang banyak. So tak yah la nak berebut bilik air. kekeke. Kitorang ni kan ramai. Selalu toilet memang berebut le. hehehe. Pastu ada provide juga kelengkapan dapur untuk memasak (dapur gas, periuk belanga, pinggan mangkuk n so on). So tak yah le susah-susah bawak dari umah. Deep freezer pun ada. Senang nak simpan stok tuk wat BBQ ke. Memang complete semua. Bersih dan semua condition tip top boleh guna. Massage chair pun ada. Memang kena ambil nombor beratur nak guna massage chair ni eh. hahaha. Jarang-jarang jumpa, masing-masing ambil kesempatan la. hehehe. Kat kawasan luar pun ada BBQ Pit, wakaf n meja. So next plan boleh le nak ber'BBQ' pulak ke. Rumah ni betul-betul berhadapan dengan pantai. Jalan kaki je dah boleh mandi laut. Untuk info lanjut boleh la singgah ke laman web : Anangsari Homestay


Yang ni saya ambil dari Facebook:Anangsari Homestay. Time kami pergi keadaan tak banyak berubah dari gambar. Cuma kat meja makan tu lengkap ada kerusi sekali.



 View depan rumah 


Ha ni nampak sederet bilik air. Ada dua row ni. Satu row shower je. Lagi satu tuk toilet sahaja. Puas hati kan. Tak yah berebut-rebut.


Anak-anak buah saya siap port kat luar lagi, study.

Budak-budak ni sempat lagi cari ketam. Dapat le beberapa ekor anak-anak ketam. 


Hasil tangkapan ketam

Si kecik ni tak dapat mandi laut, dapat main pasir pun jadi la

Yang abang tu sakan dah tu main laut. 




Posing dulu. Time ni baru-baru sampai.

Homestay ni sesuai gak untuk family besar macam kitorang ni kalau nak organize family day. Selain luas, selesa n bersih, terdapat kemudahan lengkap yang disediakan. Pastu laman yang luas n dilengkapi dengan kemudahan untuk BBQ. Kalau nak plan aktiviti outdoor macam sukaneka ke atau volleyball sesuai la sangat wat tepi pantai. Memang akan repeat lagi ni tuk next event pulak kat Anangsari Homestay.


1 comment:

  1. ALHAMDULILAH.... TERIMA KASIH BANYAK KERANA SUDI MENGINAP DI ANANGSARI HOMESTAY

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...