Monday, July 13, 2015

Tips Menyusukan Anak Ketika Pergi Beraya

Assalamualaikum w.b.t

Time raya kita mesti banyak menziarah rumah sedara-sedara kan. Mesti ada yang risau camne nak nak breastfeeding time g beraya tu kan. Saya dulu pun time 1st tiem raya dengan Afkar pun duk la risau camne nak bf in public time pergi beraya. Baca kat sini ada share tips menyusukan anak di tempat awam. Boleh kita amalkan bersama. Info yang sangat berguna terutama bagi mak-mak yang mengalami 1st experience. Saya sendiri pun amalkan tips yang sama untuk memudahkan breastfeeding.

Untuk raya saya tempah nursing kurung dan nursing blouse. Nursing blouse boleh beli or tempah dekat igshop fynaa.bymumnaila. Tapi nak raya ni tempahan dah tutup la ye. Serious sangat selesa dengan blouse yang saya beli. Kalau nak cari nursing jubah boleh beli dengan igshop: moreena.boutique. Pun best gak. Design-design semua menggoda. Korang search je kat ig. Dua ig ni memang recommend untuk korang beli. Service pun terbaik. Jahitan pun kemas. Yang penting harga berpatutan. Ni pengalaman sendiri pakai ni. Kalau baju yang bukan nursing friendly saya akan pakai inner nursing kat dalam. Shawl pun pakai yang boleh menutup aset. So mudah nak menyusu sambil tu aurat kita pun terjaga. Tapi macam tahun ni ada beberapa baju yang saya tempah kurung moden sebab kain yang jenis siap ada sulam tu kan. Kena stand by nursing cover la nampaknya. 

Fynaa,bymumnaila. Ha menggoda kan design-design. Untuk raya harap maaf owner inform tempahan dah tutup.


Ni pulak ps ig moreena.boutique. Memggoda jugak kan. Lap air liur dulu. hehehe.


Nursing bra memang saya rasa wajib bagi setiap ibu yang menyusu. Sangat mudah. Macam ibu cergas  cakap la senang nak selak, senang nak unlock, senang nak bukak. Pakai sebelah tangan. Kalau bab brand yang elok ikut pengalaman saya sendiri fabulousmom n autumnz. Tapi ada jenis-jenis la yang best. Kalau macam autumnz yang best moulded bra.

Lagi satu tips yang sangat berguna ibu cergas share menyusukan anak sekerap mungkin. Macam saya sendiri, asal naik kete je memang terus sumbat. Macam Afham ni ada peel sket kekadang depan orang ramai dia tak nak minum susu. So bila naik kete je, saya terus directfeed. Bukan setakat time nak beraya je. Kalau nak g shopping ke mana-mana memang macam tu. So jarang sangat saya akan singgah nursing room tuk bagi dia susu. Sebab selalunya dia dah kenyang. Tak ada cranky nak susu kat tempat public. Tapi kekadang datang gak angin nak minum susu tu kat public, as long as pakai baju nursing insyaALLAH mudah je.

Sumber : Ibucergas


1 comment:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thanks :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...