Saturday, July 11, 2015

Persiapan Raya 2015

Assalamualaikum w.b.t

Pejam celik pejam celik dah nak sampai ke hujung Ramadhan. Lebih kurang seminggu lagi nak Syawal. Ala nanti mesti rindu kat bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Alhamdulillah Ramadhan kali ni kami banyak masak kat rumah. Boleh kira berapa kali je pergi bazaar. Selalunya hari Sabtu or Ahad tu kitorang dah duduk discuss menu minggu akan datang. So senang Mr. Teddy nak beli barang. Balik kije terus bersilat kat dapur. Jimat pun jimat. Bazaar Ramadhan skang mahal la. huhuhu. Kalau dapat yang menepati citarasa tu Alhamdulillah. Kalau dapat yang hmmmm (krik...krik...). Dah nak penghujung Ramadhan ni, macam mana pulak persiapan Syawal.

Persiapan mengemas rumah almost done. Tinggal weekend ni nak panggil part time maid datang tolong cuci-cuci. Monday hari tu EL pasal kes deep freezer ter'defrost' tu, terus amik kesempatan kemas rumah. Langsir-langsir sume dah cabut n hantar dobi tuk basuh. Konon nak tukar langsir baru tuk tingkap, tapi memandangkan zaman GST ni tengok harga langsir pun ahdoiyanyepun. Kirim salam je la tukar langsir. Kita hantar dobi je la yang sedia ada. Dua hari dah siap. Bahaha. Habuk-habuk dah buang sket-sket. Nanti nak minta tolong Bibik sambung sket-sket lagi. Furniture yang beberapa kerat pun dah di susun atur semula. Chewah. Siap susun atur koooo. Tak ada la gempak mana pun. kekeke.

Kuih raya pulak tahun ni as usual kita tunjuk je la. Konon nak buat 'topia' (read : popia) nestum. Sebab aitu, kat sekolah Afkar ada wat popia nestum ni. Tu memang favorite Afkar. Balik ke rumah duk la cite "Umi, Afkar wat topia". Topia pun boleh la. kekeke. Tapi masa tak begitu mengizinkan, tak sempat la. Sorry Afkar, next time eh. So dah selamat le mengorder beberapa jenis untuk rumah sendiri, rumah Mak Klang n rumah Mak Slim. Tak lupa untuk Teacher Afkar n Mama Afham. Tahun ni bagi kuih raya je.

Baju-baju raya pun dah settle. Mr,Teddy dah warning no more shopping. Bahek la Menteri Kewangan saya. hahaha. Orang cite pasal Lazada sale ke apa kita terpaksa tutup mata, Walaupun ada beberapa item yang dah add to cart tapi tak check out-check out. kekeke. Bab baju bajan ni lebih ke anak sebenarnya. Baju-baju raya anak dah shopping time Sogo Member's sale aritu before puasa. Gigih mak mencutikan diri. Baju melayu budak-budak pun dah beli kat Bazaar Warta Bangi. Tapi terasa mahal yang hamat. Sebab dulu kat Jalan TAR below RM50 pun dah boleh dapat. huhuhu. Terus terasa lahai untung lak dulu kije KL dekat dengan Jln TAR senang shopping. Banyak pilihan n murah-murah ler gak. Ni nak carik yang below Rm50 nan hado. Mr.Teddy dah malas nak pening suh beli je la. Dah la baju Melayu Afham gedobos kemain. Budak ni kan bam bam so badan dia muat, tapi labuh baju, seluar n lengan baju terlebih-lebih. Nak hantar kat Wawa 'alter'kan. Tahun ni beli sandle je baru tuk budak-budak pakai raya. Tuk Afkar ada kasut Ben 10 yang dah beli. Pakai sekali je time pergi trip aritu. Pakai je la ye nak time raya. Afham lak payah nak carik kasut. Sebab kaki dia tembam. Sandle pun pakai saiz 26. Kasut-kasut abang banyak dia tak dapat nak pakai. Baju Mr.Teddy pun dah settle beli kat Jusco. Baju saya lak ada yang beli online, beli kat kawan office n tempah kat tailor. Yang tempah tu pun kain dari tahun lepas punya. Baru tahun ni hantar kat tailor. Tu pun last minute gak. Sib baik ada tailor yang nak amik tempahan lagi. Tapi lom siap lagi ni. Jangan tak ada baju raya udah la ye.hehehe.

Turn beraya tahun ni, kita balik Slim River. Memandangkan cuti tak banyak, maybe petang raya tu la baru kitorang balik. Sebab after raya tu school Afkar cuti seminggu. Dah kena cuti bergilir dengan Mr.Teddy jaga anak-anak. As usual raya kedua akan balik beraya di Klang pulak. Semoga perjalanan kita semua dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...