Wednesday, July 8, 2015

Bila Stok Frozen EBM Mencair

Assalamualaikum w.b.t

Arini nak share cite sedih. Boleh dikatakan dugaan terbesar la sepanjang breastfeeding journey dengan anak-anak. Before ni saya sangat risau if jadi black out kat rumah. Sebab terbayang-bayang stok susu kat rumah. Pernah la black out tuk beberapa jam, n selalunya Alhamdulillah susu selamat dalam Deep Freezer. Jangan bukak katup freezer kalau tengah black out tu. 

Saya tak pernah terfikir pasal anak yang bijak sorang ni akan main suis deep freezer. Huhu. Sebab suis tu bawah meja. Kira terlindung la. Nak dijadikan cite si bijak ni dah g tutup suis deep freezer. Huwaaa. Apa lagi la yang Umi dia mampu buat. Menangis je la. Afham...afham...


I am sorry Umi. Saya dah buat Umi menangis.

Tak tau la bila Afham buat kije. Tapi memang xde suspect lain. Sebab Afham je yang rajin masuk bawah meja tu nak ambil ball. Dalam nak ambil ball agaknya dia main sekali suis. Alahai anak. Umi anggap tu bukan rezeki kita. So nampaknya Umi kena lebih gigih mengepam lepas ni. Chaiyok...chaiyok...

Saya mula tersedar time nak ambil stok pagi Isnin tu. Selalunya saya akan defrost frozen ebm malamnya. Kebetulan time tu baru balik dari Klang so macam penat-penat sket,saya buat esok paginya. Bila buka Deep Freezer, eh kenapa ice kat dinding Deep Freezer ni sume nye runtuh...Tapi Deep Freezer still sejuk. Saya terus jerit panggil Mr. Teddy, saya ingat Deep Freezer kitorang rosak. Mr. Teddy tengok bawah meja,suis dah kena tutup daa. 

Time tu x check lagi stok yang rosak. Saya terus terduduk, nangis beria. Mengongoi saya nangis. Punya la rasa down. Mr. Teddy duk pujuk-pujuk tetap menangis. Stok memang dah tak banyak sangat macam dulu. Ada dua bungkus plastik. Satu bungkus stok bulan 5,satu bungkus stok bulan 6. Pastu Mr. Teddy check satu-satu stok yang dalam plastik bulan 5. Sebab yang tu kat bah. atas dan saya tengah guna stok yang tu. Mr. Teddy kata "Yang yang ni ok lagi yang. Tak defrost". Terus bersinar balik muka bila dengar Mr. Teddy cakap camtu. Alhamdulillah. Stok bulan 5 selamat. Mr. Teddy kuarkan plastik bulan 5, n tengok yang stok bulan 6 punya. Bulan 6 punya memang tak dapat diselamatkan.Sebab bila ice kat dinding deep freezer tu runtuh n mencair, jadi stok bulan 6 tu terendam dalam ice yang cair. Ada dalam 6 botol je yang still belum defrost. Yang lain abis. Sumenye cair. Ada yang cair byk,ada yg cair sket. Yang yang cair sket tu pun xberani nk guna. Tak tau bila dia start mencair kan. Ebm frozen yang dah dicairkan perlu guna within 24hrs. So 6 botol yang belum defrost tu saya terus guna tuk bekal Afham hari tu.  Mr. Teddy yang settlekan kemas Deep Freezer. Buang ice semua. Saya dah sakit kepala. Nangis beria sangat. Drama betul. Haha.


Punya bersih macam baru beli. Hoho. Sejak beli tak pernah defrost. 


Keadaan deep freezer skang. Ada stok sket je. Huhu. Xpe...xpe. Jangan putus semangat. 


Bila dah jadi macam ni,mula-mula tu rasa down sangat. Selalu kalau susu tumpah sket pun saya dah nangis,ni lebih kurang ada dalam 100 oz kot. Kalau ada yang nak cakap tak banyak mana,bagi saya tetap banyak. Bukan senang nak dapat. Effort kita. Lagila nangis macam kan hape. Mr. Teddy pujuk-pujuk,bagi moral support. Barulah ok sket. Ada hikmahnya la tu dalam apa yang jadi. Pastu teringat time Afkar dulu pun pernah gak saya ada dalam fasa tak de stok. Pam arini untuk esok. InsyaALLAH ada rezeki untuk Afham. Saya kena lebih gigih mengepam lepas ni. Kalau sebelum ni saya tak mengepam kat rumah,ni dah start mengepam.  Semoga ada rezeki yang berterusan untuk Afham. Alhamdulillah juga saya dikelilingi kawan-kawan yang mengepam. Kegigihan diorang bertambah menaikkan semangat saya. Semoga perjalanan penyusuan kita dipermudahkan. Amin.


2 comments:

  1. In, deep freezer tu In beli brape RM eh?
    bile in start beli deep freezer tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qemmal. deep freezer beli aitu harga dalam RM500 kat HLK. Beli time tu dah start kije. Stok x muat nak simpan dalam peti ais. Sebab time tu pakai peti ais satu pintu je.

      Delete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...