Wednesday, June 24, 2015

Tips Penyusuan Susu Ibu di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dah masuk 6 Ramadhan. Selamat menyambut bulan Ramadhan!!! Tahun ni tahun ke-4 merasa pengalaman breastfeeding time bulan puasa. Tahun pertama tu nebes je nak tunggu time Ramadhan. Ye la 1st experience kan time tu. Mau tak nebes. Risau susu drop la, risau tak larat la. Isk macam-macam la dalam kepala otak time tu. Alhamdulillah masuk tahun ke-4 ni dah makin bersedia. Sebelum ni pun saya pernah share tips penyusuan di bulan Ramadhan daripada hasil pembacaan n ada sket-sket pengalaman sendiri. Jom kita tengok balik apa-apa tips yang boleh diamalkan sepanjang bulan Ramadhan. Semoga dipermudahkan BF journey kita di bulan Ramadhan yang mulia ni. Aamin.

SIKAP : Sentiasa positif dan gembira selalu. Jangan stress. Time menyusu badan memang sebolehnya elakkan stress. Jangan terlalu risau memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Terlalu risau boleh stress n dropkan susu.

KONSEP ASAS PENYUSUAN (SUPPLY VS. DEMAND) : Kerap kosongkan breast. Susukan bayi atau pam di pejabat sekerap mungkin kerana asas penyusuan adalah penawaran dan permintaan. Selalu mengamalkan power pumping. Walaupun berpuasa, tetap kena pam macam biasa. Sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika bersahur. Sebab pada waktu pagi susu masih banyak.

NIAT : Niat dan yakin dengan rezeki Allah. Setiap kali menyusu, berdoa agar susu sentiasa cukup untuk anak. Setelah semua usaha kita dah buat, berdoa dan tawakal agar susu sentiasa cukup.

PEMAKANAN : Amalkan pemakanan yang boleh perbanyakkan susu ibu seperti lobak putih, kurma, pegaga, habbatus sauda. Banyakkan minum air masak, susu, minuman bermalta atau bercoklat. Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari. Time bersahur pun amalkan makan kurma. Minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Jangan meninggalkan waktu bersahur. Digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semulajadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. Elakkan minum air bikarbonat dan berkafein. Boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan. 

Sumber : Kak Engku Bidan Bersalin dan Majalah Pa & Ma Ogos 2014





No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...