Tuesday, June 30, 2015

Penangan Filem Pilot Cafe : Faris Afkar vs. Fahrin Ahmad

Assalamualaikum w.b.t

Skang ni Afkar dah kurang addict  kat TV especially cartoon. Selalu malam wat aktiviti ngan dia, dia dah ngantuk then akan ajak tido. Kadang-kadang dah tak tahan sangat, dia sendiri masuk bilik nak tido. Awal la tido skang ni. So dah tak ada lagi drama 'Batu belah batu bertangkup' gara-gara Umi kempunan nak tengok TV. Dah tak ada gak lagi drama perebutan remote yang sudahnya Afkar menang dan Umi membawa hati yang lara. kekeke. So skang ni boleh le Umi melayan drama Melayu dengan senang hati. hahahaha

Ada satu malam tu, tengah layan final episode Drama Puteri Bukan Nama Sebenar yang scene kat bawah ni, tetiba Afkar kuar dialog "Umi, yang tu Afkar. Yang tu Aqilah". Dia merujuk kepada hero dan heroin. Yang hero tu Afkar, yang heroin tu Aqilah. hahaha. Hamboi sangat awak ni. Terkejut tau mak pak nya ni dengar. Adudu. Tu 1st time la dengar dia cakap camtu. Aqilah tu girl kat school dia. Memang selalu la kitorang dengar dia sebut nama Aqilah kat rumah. Bila tanya teacher, rupanya tu bestfriend dia. Chewah. Selalu main sekali. Kalau girl lain kena kacau dengan Afkar, akan nangis. Yang Aqilah ni, redha je slalunya. Kalau yang boy, dia selalu main dengan Abqary n Izz Ryan. Yang tu jugak le sokmo nama disebutnya kat umah.


Pastu saya whats app la Teacher Afkar cite pasal ni. Pastu Teacher Afkar reply, Afkar pernah tengok video clip lagu Pilot Cafe kat school pastu cakap camtu gak. kekeke. Dia kata Hafiz tu Izz Ryan, Adira tu Auni, Izara Aishah tu Aqilah, Fahrin Ahmad tu Afkar. hahaha. Pandai memilih nak hensem n sado je eh. kekeke. Initial nama F A nak sama dah.

Lepas-lepas tu, bila kat rumah je tertengok video clip lagu Pilot Cafe tu dia duk la cakap Fahrin Ahmad tu dia. Izara Aisyah tu Aqilah.  hahaha. Lawak tul la Afkar ni. Macam-macam hal. Umo pun lom 4 tahun, sunat pun lom ada hati nak jadi hero. hahaha. Ahdoi. Abiskan blajo dulu yer nak. Tapi kalau dapat jadi pilot ok gak. kekeke. Umi pun.


Fahrin Ahmad

vs.

Faris Afkar 

Ni la Aqilah.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...