Thursday, May 21, 2015

Aktiviti Sempena Hari Ibu

Assalamualaikum

Time 9 Mei kat tadika Afkar ada wat aktiviti sket sempena Mothers Day. So teacher menjemput ibu-ibu yang free tuk join aktiviti. Mula-mula tu Teacher tanya dulu kat group whats app ramai tak yang free. Kalau dapat sambutan, baru la leh buat. Alhamdulillah dapat sambutan. 

Berkumpul kat tadika pukul 9 sepatutnya, tapi sebab Babah kije so awal la kitorang sampai. Tunggu jap teacher sampai. Kira antara yang terawal le gak sampai. bahaha. Bila dah ramai yang sampai baru la boleh start aktiviti. Afkar boleh lak moody time tu. Nape ntah tak nak buat aktiviti. So omak dia je la yang terlebih excited. kekeke.


                     
Aktiviti 1st carik gula dalam tepung. Kaki ibu n anak kena ikat. Pastu lari kat bekas yang berisi tepung. Disebabkan Afkar ni penggeli benda2 macam ni, memang idokle dia nak buat. So tengok tu, Umi dia yang beria. Dia tukang tengok. Dah terbalik. bahaha. 

Aktiviti kedua pulak ibu tiup belon, pastu anak kena dudukkan belon sampai pecah. Disebabkan selalu kije tiup belon ni Babah yang buat, memang le saya tak reti nak tiup belon. hahaha. Tiup punya tiup belon tak besar besar gak. Adudu. Pastu bila dah boleh tiup belon, Afkar segan silu pulak nak lompat duduk atas belon. Selalu dia la hero. Sebab Umi dia paling last dapat tiup belon, orang lain sume punya belon dah pecah tengok la dia yang tengah nak pecahkan belon. Terus jadi pemalu pulak. 



Yang ni pulak anak kena tutup mata n cari ibu masing-masing tuk bagi card yang diorang dah buat. Yang ni kelako. Afkar sabar je carik saya. Lepas sorang-sorang dia pegang-pegang. Pastu bila teacher duk nyakat-nyakat dia, dia cakap "Janganla. Mana umi ni?". hahaha. Pastu bila dah jumpa tu saya cakap la betul ke Umi ni. Dia terus peluk "Ha...ni Umi". hahaha.


Lepas dah settle semua aktiviti ada potong cake pulak n makan-makan. Sedap cheese cake dia. nyum nyum.

Budak tu as usual la kan. Dia ingat birthday dia kot. Semangat bebeno nak potong cake. Omak dia dasar pemalu, tu yang mak orang lain yang tangan dia. kekeke.

Apapun saya n Afkar enjoy sangat dengan aktiviti hari tu. Tq cikgu-cikgu Afkar organize aktiviti macam ni. Boleh merapatkan ukhuwah dan silaturahim antara satu sama lain gak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...