Monday, April 13, 2015

Setelah hampir 4 bulan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Ni dah masuk bulan April, lebih kurang dah 4 bulan lebih le gak Afkar start sekolah. Ada apa-apa perubahan tak agak-agak sejak dia sekolah. Baaaanyak. Ada yang positif, ada yang negatif.

Antara yang positif Afkar dah boleh buat ayat dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah. Dulu saya punya risau Afkar tak pandai cakap sampai bawa Afkar jumpa speech therapist. Ada kan share kat sini. Dah sekarang ni mulut macam bertih jagung. hahaha. Seronok buat borak. Tapi kena dengar betul-betul sebab dia still pelat. Chocolate jadi 'chonet'. Spender jadi 'sander'. Jenuh gak kekadang tu nak memahamkan. Saya selalu jadi translater. Sebab Babah selalu tak faham. Kalau g kedai, dia akan tawaf satu kedai n tanya kat Babah setiap barang dalam kedai "Bah, what is this?" "Bah, apa ni?" "Bah, ni buku ke?" dah jenuh pulak Babah nak menjawab. Pastu perkataan Bahasa Melayu dia makin bertambah. Dah tak jadi Mat Saleh celop dah. Sampai aritu cousin dia cakap "Eh Afkar dah pandai cakap Melayu". Ye la sebelum ni kan budak-budak ni kena speaking dengan dia. hehee. Bajet celop sangat tau.

Loyar buruk pun dah pandai skang ni. hahaha. Ada sekali tu dia melawak pasal 'Ba ba Black Sheep'. Sekarang ni Afkar tukar panggil Babah jadi Abah. Pastu saya nak betulkan la panggil Babah. "Baaaa Bah"Afkar jawab apa tau."Baa bah. Ha?Baba black sheep ke?"pastu sambung nyanyi "Baba black sheep have u any wool. Yes sir yes sir 3 bags full." Hahaha. Deep tu nak. Memang deep. Terus tergelak. Tau r babah awak memang 'black'. Pastu sambil nyanyi sambil dia jeling-jeling kat Babah nak tengok reaksi Babah dia. Pastu semua benda dia nak buat sendiri. Umi dia yang terlebih protective ni memang menjerit saje la kat dia. Bila kita nak tolong buatkan, dia akan cakap "Jap...jap". Dia nak buat sendiri.

Sejak sekolah, Afkar tidur awal. Pukul 10 dia dah nak tidur. Kekadang lagi awal dah terlelap. Tak ada dah la nak tunggu dia depan TV selagi tak Elmo tak nak tido. Dia pun dah kurang tengok TV sekarang ni. Sebab dah tido awal kan. Dulu kan Afkar ni kira 'addict' la gak dekat HP. Duk main education apps yang ada dalam hp saya. Pastu ada sekali tu sampai dia tahu layan video kat Youtube. Saya punya la risau. Takut Afkar terclick link yang lain-lain je. Mula-mula elok tengok ABC ke apa, pastu dah g tengok video yang Surprise Egg. Selalu jadi bila ada Wifi. Kalau kat umah kitorang, memang saya off data. Sekarang ni Alhamdulillah dah tak lagi. Tapi kan, kalau nak cakap tak elok tu sebenarnya Afkar banyak gak belajar dari education apps yang ada dalam hp tau. So atas masing-masing la kot kan.

Sejak sekolah gak Afkar dah suka berus gigi. Kalau time mandi tu tau je la dia minta berus gigi. Kalau tak dulu bersilat nak suh gosok gigi. Ada sekali tu sampai ngigau-ngigau gosok gigi dalam tido. hahaha. Siang tu dia ada check gigi kat sekolah ngan nurse. Kena ceramah kot gigi teruk sangat. Gigi depan Afkar kan rosak teruk. Pastu malam tu tido dalam pukul 4 pagi gitu kot dia terjaga minta air kat babah nak air. Babah bagi air. Dia buat gaya kumur-kumur pastu dia luahkan atas tilam. Babah tanya "Nape Afkar?" Afkar jawab "Ok dah brush teeth". Pastu sambung tido balik. hahahaha.



Ni time Nurse datang check gigi kat sekolah


Afkar skang ni dah free diapers kecuali waktu malam time nak tido. Lama gak benornya kitorang train. Sebab ada weekend dua hari je. Accident tercicir tu tak payah cakap la. Hangin je Babah dia. hahaha. Dia boleh je cakap tau, tapi kalau dia tengah ralit main or tengok tv memang la accident. Dah tu bila kita duk tanya dia "Afkar nak kencing tak?" Pandai pulak tu marah. Tapi memang zikir je Afkar nak kencing bagitau Umi tau. Pastu kalau dia berjaya kencing kat toilet saya tepuk-tepuk tangan. Bila tetiba dia nak pakai pampers cakap kat dia "Ni pampers Afham. Abang Afkar dah besar kan. Dah tak pakai pampers kan". Pastu saya belikan spender yang ada gambar Thomas Train dengan Cars. Dia suka pakai spender yang ada corak. Terus automatik dia reject pampers. Saya buat je semua tips yang kengkawan share. hehehe. Bila dah lulus kat rumah baru cakap kat teacher dia yang Afkar dah free diapers. So teacher pun sambung train kat sekolah. Kira berterusan la. Dah settle hal potty train, timbul lagi satu masalah. Mula-mula tu dia gayat nak membuang kat toilet bowl. Dah Umi n Babah dia kena jadi IWK kutip najis dia. hohoho. Pastu bila dah ok gayat, ada sekali tu time tengah mandi dia nampak lizard. Dia g jirus lizard masuk dalam toilet bowl. Dah lepas tu nak membuang takut balik cangkung kat toilet bowl. Dia cakap lizard ada dalam tu. hahaha. Sudahnya g sekolah teacher dia pujuk agaknya, skang dah ok balik.

Lagi apa eh?Ha Afkar dah kurang minum susu. Maybe kat sekolah ada jadual kot. So kalau kat rumah pun dia dah sangat jarang minum susu. Selalu time nak tido. Tu pun kekadang dia minta susu, pastu by the time siap bancuh susu dia dah terlelap dulu. Skang dia dah request minum susu guna cawan. Tak nak botol susu. And yang happynya bila dia dah kurang minum susu dia berselera makan nasi. Alhamdulillah. Dia suka makan berulang.

Perangai?Hmmm. Bab tantrum tu ada jugak. Pujuk je la yang boleh. Kekadang tu hangin gak sebab dia nak kita ikut cakap dia je. Mr.Teddy kata penangan gigi atas macam Umi dia. Sabo je la kan. Ada kaitan ke. Yang sebenarnya Afkar ni terlebih manja. Afkar pantang dia kalau nak apa-apa kita cakap NO!!! or TAK BOLEH!!! or "DAH HABIS". Memang amukan tak sudah. So kalau dia nak apa saya try alihkan perhatian dia " Ok kejap lagi eh Umi bagi. Afkar try main yang ni dulu." "Ok. Afkar nak cookies? Kejap lagi Ummi call Babah suruh Babah beli ya."  Kekadang tu makan gak pujuk, kekadang tu hmmmmm urut dada je la. Pastu bab main kasar. Tu pun ada lagi. Tegur gak kalau dah over bebeno dia main tu. Sian kekadang cousins dia. Main terjah je kekadang tu. Tarzan je la mak dia ni. Baru-baru  ni nampak dia dah ok sket bila bermain. Dia akan observe je dulu orang main, bila orang letak tepi baru dia amik toys tu.

Tapi yang paling obvious sekali sejak start sekolah, Afkar makin kuat jeles dengan adik. Kalau dulu dia tak buat adik dia, skang memang kena puk je la adik tu. Adik pun redha je la. Afham tak boleh pegang langsung toys. Memang Afkar amik tak bagi Afham main. Ikut mood dia. kalau datang angin elok, boleh je main sama-sama. Boleh je kiss-kiss adik walaupun kita tak suruh. Tapi kalau datang hangin taufan, memang Afham kena la. huhuhu. Selalu saya tegur dia tak boleh buat adik macam tu. Adik kan small. Afkar dah big. Kadang-kadang tu lepas kena tegur elok la dia main ngan adik. Pastu lama-lama kang buat balik.



Ni time tengah mood baik la tu. Main sama-sama. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...