Friday, April 17, 2015

#havocgambang di Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum w.b.t

Dekat 2 minggu dah balik dari Gambang baru nak update blog pasal g Gambang. Daaaasaaarr. hahaha. Trip g Gambang ni wajib update dalam blog sebab g  berjalan dengan group kesayangan. Chewah. Selalu gathering kitorang kat Kidzoona or birthday party anak-anak, kali ni kita pergi bercuti pulak. Yeah!!! Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lama ni kitorang plan dari awal tahun lagi. Ada 11 family yang join #havocgambang so korang boleh agak la kan camne havocnya. Dengan mak-mak, dengan bapak-bapak, dengan anak-anak. Saya hujung-hujung dah macam tak jadi join sebab Mr.Teddy kena kerja. Dah huwaaa (tears) sedih-sedih tak dapat join. Pastu tetiba eh jadi join pulak. Apalagi jom la kita enjoy!!! Kitorang siap ada tshirt rasmi hokey. Sedap woo kain tshirt ni. Afkar n Mr.Teddy duk ulang pakai kat umah.



Kitorang stay kat Arabian Bay Resort dalam Bukit Gambang Resort City. Yang lain-lain ada yang stay hotel n ada gak yang stay kat Homestay. Hari Sabtu tu lepas sampai Gambang kitorang g isi perut dulu, pastu baru check in hotel. Then masuk bilik jap tukar-tukar baju, terus ke theme park sebab kitorang tak beli tiket lagi. Tiket untuk theme park kitorang beli yang combo Safari + Water park untuk Adult RM 55.00, for child RM 40.00. Tu Harga untuk hotel guest, just tunjuk Room Card time nak beli. Kalau walk in guest harga lain. Afkar kena  charge sebab tinggi lebih 90cm. 

Bila sampai Safari, kitorang masuk dalam dulu. Cadangnya nak tunggu yang lain-lain kat dalam, Sudahnya Afkar Babah sebenarnyabila dah nampak tram tak sabo-sabo nak naik. Kitorang naik tram je nak ke Eagle Station. Bayo RM 1. So tak ada la dapat jenjalan  yang kat area Foreign Village dengan Forest Land. Dari Eagle Station berjalan pulak ke Savannah Station nak naik tram masuk Savannah. Jauh gak tu jalannya. hehehe. Sebab cam berbukit sket. Kitorang saing ngan Etty masuk Savannah. Afkar n Afham boleh belasah tido pulak dalam tram. So Mak Pak je la yang beria dengar explanation dengan menengok haiwan yang nan hado. hahaha. Mr.Teddy tayang muka boring je. kekeke. Sekali dah abis round Savannah selisih lak dengan dorang yang lain-lain. So saya n Etty repeat naik tram masuk Savannah. bahaha. Naik hapal kitorang script yang adik tu explain. Pastu malam pun ada Night Safari, tapi masing-masing dah kepenatan sume tak larat nak masuk.


Posing 3 beranak dulu

Ni repeat kali kedua naik tram masuk Savannah dengan yang lain-lain

Dengan Mak Etty


Gang bapak-bapak



Gang mak-mak

Malam tu aktiviti bebas. Kitorang g lepak kat homestay yang diorang duduk. Ok gak aktiviti santai-santai gitu. Sembang-sembang, makan-makan. Sebab siang tu dah pack kan.

Aktiviti santai di malam hari

Anak-anak berkumpul

Esoknya pas breakfast terus check out dan serang Water Park. Afkar dengan Babah dah jumpa Water Park terus lupa diri. Kemain lagi dua beranak tu. Afkar suka sangat main kat slide yang ada fish besar muntahkan air tu. Saya handle Afham. Yang Afham dah ngantuk tapi Umi dia paksa masuk air, sudahnya terlelap atas pelampung. kahkahkah. Sebenarnya macam-macam gak ada kat Water Park ni, tapi memandangkan berana kecik, so banyak benda tak dapat nak explore. Kitorang banyak lepak kat Coco Beach n pool yang dekat dengan kabana yang diorang sewa. Kabana tu strategik gak kat tempat redup. Sedap anak-anak beradu. Lama gak la berendam masing-masing dalam kolam. Afkar sampai kembung perut, berapa gelen ntah air kolam dia dah telan. Sampai Babah paksa muntah.

Posing reramai


Gotcha!!! Budak tu sampai terlelap ha...




Nah...Close up sket



\
Dua beranak dak jumpa air kemain lagi



Anak-anak ketiduran. Kabana ni redup.

Lepas dah kuar dari Water Park, ada buat tukar-tukar hadiah. Dah tetapkan harga RM50 tuk hadiah. Hadiah best-best gak. Saya dapat pan Tefal daripada Tmah. Dah rasmi pon. Tq Tmah. Saya lak bagi kat Kak Mi 2 tier cake stand. Hope Kak Mi sukalah hadiah yang tak seberapa tu. Chewah.

With Kak Mi

Tq Tmah pan tefal=)

Photo group sebelum balik

Gambo-gambo banyak saya cilok kat Telegram yang diorang share. Tq tau korang. Saya tak banyak dapat amik gambo. huhuhu. Apa pun Saya n family enjoy sangat dengan trip kali ni. Best gak sekali sekala buat. Rapatkan lagi ukhuwah. Daripada mak-mak berkawan, dah bapak-bapak pulak jadi gang. Hopefully berkekalan la sampai bebila. Mr.Teddy pun nampak ok dengan gang bapak-bapak walaupun kat water park tu tak dapat nak join sangat dia kena handle Afkar. Tu dia cakap rugi tu banyak benda dia tak dapat nak explore. Yang saya pulak memang surrender nak handle Afkar dalam air. Terlebih berani budak bertuah sorang tu. Babah dia hilang kejap dengan Ajib, husband Etty dia boleh saja-saja buat tenggelam. Berlari saya gi nak tangkap dia. Tinggal Afham kat Etty. So next trip nak #havoc kat mana pulak. Tungguuuuu. 


2 comments:

  1. rinduuuuuuuuuuu.....pasni insyallah jadi jugak

    bini ajib cun malas log in

    ReplyDelete
  2. weee!rindu airen!next pulak!hihih

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...