Friday, April 10, 2015

Drama Adaptasi Novel

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni memang dah jadi trend kan drama adaptasi novel. Kalau nak ikutkan dah tersangat la lama saya tak layan drama. Last drama rasanya yang memang follow bebetul drama Ariana Rose. Pun adaptasi novel gak. Ye la dulu kan kena berebut TV dengan Afkar. hehe. Sekarang ni dia dah kurang tengok TV so, boleh la Ummi dia layan drama pulak. Tapi Babah dia pulak bising sebab selalu Magrib lewat. huhu. Tu r drama best wat time-time maghrib.

Setelah sekian lama meninggalkan era gila drama, so baru-baru ni terjebak balik layan drama. hahaha. Semuanya penangan Asam Pedas Untuk Dia. Cair kot dengan Ziyad. Bahaha. Kemain gigih melayan balik episod yang dah tertinggal. Pastu carik pulak novel. Dari kedai buku kat Bangi sampai ke Nilai carik Novel. Sume kedai sold out hokey. huhuhu. Sudahnya beli online je. Dengan Mr.Teddy sekali terjebak. Yang kelakor masa nak last episode tu kan Mr.Teddy tanya "Yang bila last episode?" Saya cakap next week kot. Dia terus jadi stress tau sebab next week nya kitorang tak ada kat umah. Kitorang g berjalan ke Bukit Gambang. Macam mana nak tengok last episode. hahaha. Sekali rupanya episode tu la yang last. Terus dia lega. Ntah apa-apa ntah.



Dah lepas terjebak dengan Asam Pedas untuk Dia, start pulak Drama Teman Lelaki Upahan. Dah angau pulak dengan EL. Kahkahkah. Slumber je dia berlakon. Memang terkekek-kekek gelak menengoknya. Mr. Teddy pun layan gak TLU ni. Dah layan drama, Novel nak kena carik. Sebab tak sabau nak tunggu ending. Dasarrr. Bila layan novel memang terbaik la kan. Siap meleleh-leleh air mata hokey baca novel. hahaha.

Pastu layan gak Suami Sebelah Rumah. Yang ni nak carik novel dah kena sound dengan Mr.Teddy. Bahaha. Kemain sangat katanya setiap drama nak carik novel. kekeke. Semua drama kat atas ni dah abis pon. Skang ni sibuk melayan Isteri Separuh Masa n Hati Perempuan. Hati Perempuan tu mula-mula macam x bape nak layan sebab macam skema je. Pastu budak-budak ni cakap best, layan le gak. Tapi Mr.Teddy tak minat. So layan sensorang la. Isteri Separuh Masa lak memang saya ada dah novel dia, novel memang best. Mesti la layan kan dramanya.

Korang lak tengah layan drama apa sekarang ni? Jom share.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...