Saturday, April 11, 2015

Breastfeeding Journey with Afham : 1 Year

Assalamualaikum w.b.t

10 April 2015 genap Afham setahun. Alhamdulillah maknanya dah setahun jugak breastfeeding journey saya dengan Afham.. Semoga dipanjangkan sehingga ke dua tahun. Semoga perjalanan penyusuan kami ini dipermudahkan. Amin. Journey dengan Afkar dan Afham memang berbeza. Dua pengalaman yang berbeza. Afkar kalau dia kena kepit bagi susu akan terus terlelap. Afham tak macam tu. Dah kepit beria, pastu gaya memang dah khayal habis, Dalam split second dia akan segar bugar dan terus memanjat katil. hahaha. Sabo je la. Afkar dulu suka nau buat gaya freestyle. Afham behave. Still menyusu duduk elok-elok atas riba atau baring kat sebelah. Dari segi rezeki, mungkin zaman Afkar lebih meriah. Tapi tak kisah meriah ke tak, just doa semoga rezeki terus ada untuk Afham sampai 2 tahun. Amin. 

Afham bab mengasah gigi lebih hardcore. Sampai wat luka berdarah cik N umi, Aww sakit. Time-time ngepam tetiba kuar darah kooo. Panik terus. Pastu kengkawan suggest sapu air susu n stop pam dulu. Alhamdulillah tips air susu tu memang berkesan. Pastu saya buat pam sebelah-sebelah. Selalu wat double pam. Time luka tu wat single pumping.

Setelah setahun perjalanan penyusuan ni stok susu adalah naik turunnya. Daripada 3x pam sehari kat office sekarang dah jadi 2x je. huhuhu. Kat office sekarang ni adalah jugak kena outstationn . Hari tu 1st time tinggalkan budak-budak ni dengan Mr.Teddy. Saya outstation ke Pahang. Tak boleh nak day trip sebab ada dua hari site visit. So cubaan pertama adalah gagal. Camno la kalau lepas-lepas ni kena outstation yang perlu stay. Kalau day trip insyaALLAH xde masalah. Pastu bila dah outstation tu memang ke laut la jadual mengepam. huhuhu. Kat office pun kije berlambak. Terkejar-kejar nak ngepam. Zaman Afkar dulu bilik sorang no problem, tutup pintu je. Boss paham n boss yang suruh gitu. Masa office before tempat skang duduk kat partition ok lagi. Slumber je pam. So sambil pam sambil kerja jalan. Skang ni bilik berdua dengan budak lelaki lak tu, so nak pam kena pergi surau. Tu yang kekadang malas tu. huhuhu. Teruk tol perangai. Stok pun dah makin susut. Dok guna tak ada stock in. huhuhu. Sehari Afham minum dekat 18-20 oz. Saya pam dapat dalam 14oz ke 16oz. Tak kisah, tetap bersyukur la jugak ada lagi rezeki tu. Alhamdulillah. Skang ni tengah gigih wat power pumping nak ok kan balik production. Mudah-mudahan berkesan. Selain tu cuba amalkan tips yang pernah saya share kat sini.

Apa pun nak cakap terima kasih bebanyak kepada Mr.Teddy yang terus bagi sokongan dekat saya samada dari segi moral dan juga fizikal. Alhamdulillah dengan rezeki yang masih ada untuk Afham. Tak banyak sikit pun dah bersyukur sangat. Semoga rezeki ini akan berterusan sehingga Afham dua tahun dan juga terus dilimpahkan untuk rezeki anak-anak yang lain juga. Semoga segala urusan saya dipermudahkan. Amin.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...