Sunday, February 15, 2015

Pengorbanan Seorang Ayah

Baru ni Mr.Teddy tag saya kat fb satu video ni. Oh maiii. Sedih gila. Terus mata masuk habuk pas tengok tau. Mana aci saya nangis sensorang kan. Moh le join sekali kite menangis depan pc...



Rindu Arwah Ayah. sob sob sob. Hampir 4 tahun Arwah Ayah meninggalkan kitorang. Arwah Ayah dulu pun macam Ayah dalam video ni. Buat kerja macam-macam untuk menyara kitorang sekeluarga. Kitorang bukan family yang senang. Teringat zaman-zaman Arwah Ayah berniaga surat khabar. Pagi-pagi sebelum subuh dah bangun. Ambil surat khabar kat pengedar. Balik rumah solat. Hantar surat khabar ke gerai. Susun-susun surat khabar dalam motor ikut alamat pembeli surat khabar. Hantar surat khabar dari rumah ke rumah. Dah settle, balik ke gerai surat khabar pulak, jaga gerai. Selalu kalau Arwah Ayah kerja shift malam or pagi kelam kabut sket la. Tapi Along ada selalu tolong cover Arwah Ayah hantar surat khabar n jaga gerai. Merasa la gak tolong Arwah Ayah kat gerai. Selalu time-time pembantu Arwah Ayah tak ada. Sementara Arwah Ayah hantar surat khabar kat rumah-rumah, saya tolong jaga gerai.

Arwah Ayah selalu cakap tak penat, padahal kita tahu dia penat. Arwah Ayah selalu cakap dia larat padahal kita tahu dia tak larat. Arwah Ayah selalu cakap dia sihat, padahal kita tahu time tu dia tengah demam sampai berselubung menggigil. Arwah Ayah selalu bagi je duit bila kita minta, padahal time tu kita tengah berjimat. Dalam penat, dalam tak larat, dalam demam tetap pergi mencari rezeki demi keluarga. Pengorbanan seorang Ayah. Al-Fatihah buat Arwah Haji Othman Bin Rus. Semoga roh Arwah ditempatkan di kalangan golongan beriman. Buat kengkawan yang masih ada Ayah g angkat telefon, call ayah masing-masing - tanya khabar. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...