Thursday, February 5, 2015

Nak Masuk 10 Bulan Sudah Si Bujang Kecik

Assalamualaikum w.b.t

Hye tuan belog ni dah macam biskut chipsmore pulak. Kejap ada kejap tak ada. hahaha. Ampun la ye. Bz bebenor. Tak kira kat office atau kat rumah. Tak dan nak bukak blog. Bukan takat nak update entry je, nak blogwalking pun tak dan. Ni dah free sket moh lelaju update blog. Entah ada ke idok orang nak baca. hehehe. Hari ni nak cite pasal si bujang kecik Afham la. Jarang bebeno saya share pasal Afham kat blog kan. Zaman Afkar tetiap bulan nak update perkembangan. hohoho. Jangan majuk yer Afham kalau one day awak dah besar esok, kalau blog Ummi wujud lagi (hahaha) awak baca banyak kisah abang Afkar je. Ummi sayang kamu berdua sama rata je tau. hehee.

Pejam celik pejak celik, 10hb ni Afham nak masuk 10bulan dah. Alhamdulillah. Time 9 bulan aitu timbang, berat Afham dah 11kg. Baby Michelin sangat ni. hehehe. La ni tak tau le dah bape kg. Afham sangat suka makan. Suka bebenor tengok time dia makan. Kekadang tak nyabo-nyabo nak tunggu orang suap, dia nak capai sendiri. Setakat ni apa yang kita bagi dia makan je. Alhamdulillah. Mudah-mudahan sampai ke besar la ye sayang. Paling favorite kalau ada kurma. Susu lak minum 4 oz per feeding, 6 botol. Total sehari 24oz. Gigih le mengepam ni ha Ummi awak. Alhamdulillah ada le lagi rezeki tu. Tak de la melimpah ruah. Memadai mencukupi tuk Afham. Tapi haritu ada satu masa tu Afham reject frozen EBM. Time Afham nak masuk 9bulan. Tak sihat, lama mengempeng ngan Ummi agaknya. Bila dah start hantar balik rumah Mama, tetiba dia tak nak minum susu sangat. Susah hati betul time tu. Pastu dalam seminggu tu ok balik minum frozen EBM. 

Bila dah ok minum ebm cam biasa, terpaksa stop pulak. Afham lately ni agak kerap batuk. Tu pun susah hati gak. Kekadang tu selang 2 minggu sekali batuk. Ada yang cakap sebab Afham tak boleh minum frozen ebm, puree n stok ayam yang saya dah prepare. Saya terpaksa masak weekend buat stok makanan. Bukan sesaja, sebab kalau hari kerja nak steam, blend n masak bubur segala memang tak sempat. huhuhu. Cop cop...ni bukan merungut tau. huhuhu.Tapi bila dah orang cakap gitu, saya pun stop la bagi frozen. Hopefully semuanya kembali as usual. Kalau tak, expired susu sayang pulak. Nangis kang. Penat ngepam. Sudahnya skang memang saya masak pagi-pagi atau malam dalam slow cooker. Kebetulan Afham memang dah tak perlu nak blend buah/sayur skang ni. Sempat le nak prepare. Tapi yang perasan Afham ni jenis tak tahan air cond kereta n habuk. Sebab kalau travel naik kete lelama balik kampung, mesti pastu start batuk. Habuk pun yer gak. Memang kena mengelap sokmo la rumah. Datang si abang Afkar pulak kaki sepah. Ahdoi. Dah duduk dalam kepungan, x leh nak explore tempat lain. Tak larat nak kejo. Laju benor menjulur ke serata rumah. Bawah meja bawah kerusi nak masuk. Lagi satu nak pakai pampers memang leh wat gaduh. hahaha. Sebab suka sangat bergolek. 

Nak masuk 10 bulan ni, gigi Afham dah ada tujuh batang. Empat atas, tiga bawah. Ada lagi satu bawah nak kuar. Nampak dah bayang tu. Gigi 1st tumbuh time 7 bulan aitu. Pas yang dia kuar ward tu tumbuh gigi. Dua batang sekaligus time tu. Sekarang memang tengah sedap mengigit orang ni. Ahdoi. Sume jadi mangsa dah. Saya, Babah termasuk Abang Afkar. huhuhu. Dah la gigi kemain beso. Gigi kapak ikut Ummi, Babah dia cakap. hahaha. Time kecik-kecik, awak kena gigit. Dah beso sket ni dia pulak gigit orang. Dah la style gigit, pastu tarik. Omak aii. Memang sakit. Kekadang Afham ni kan,  dia slalu bangun tido senyap-senyap tau. Dia kejut mak pak dia dengan gigitan. Babah sampai ingat tengah mimpi kena gigit dengan apa-apa ntah. Rupenye si debot Afham yang menggigit. hahaha. Kalau time nyusu risau gak dia menggigit. Memang stand by picit hidung la. Rasakan. Bese tu nak gigit-gigit orang.

Ni time baru-baru tumbuh aitu. La ni dah semakin beso gigi. hahaha.Kije menggigit orang je. Ahdoi.

Baik ada makna tu. Mula-mula sengih-sengih tengok sepupu dia, Anisah. Tau-tau terus nak ngap. hohoho.

Merangkak lom lagi. Tapi pasang kekuda tu dah. Kemain beria angkat montot pasang kekuda, tapi tak gerak-gerak. Comel je nengoknya tau. Pastu sangat le suka berdiri sekarang ni. Pantang ada tempat berpaut. Babah buat pagar guna paip abs tak nak bagi dia merayap satu rumah, ni dia buat tempat berpaut untuk berdiri. Ok la tu Afham, bagi kaki kuat sikit. hehehe. Kalau naik kereta pun suka berdiri paut kat tepi tingkap kete, nak tengok luar. Kalau main toys selalu jatuhkan, pastu carik toys yang dah jatuh tu n tunjuk dengan jari telunjuk nak suh amikkan. Kalau main ball dengan Afham, kita tolak kat dia, dia tolak balik kat kita. Lagu favorite pok amai-amai. Hahaha. Kita nyanyi je lagu pok amai-amai dia tepuk tangan. Kalau kita wat 'wa wa tu bulan', dia bawak tangan dia sua kat mulut kita. Tak pun tarik tangan kita wa wa kat mulut dia. Jari '1 Malaysia' (jari telunjuk) tunjuk kat atas. hahaha. Aitu Babah main cak-cak dengan dia. Pastu Babah dah penat, dia pulak amik kain tu cak-cak kat Babah. Kalau balik dari umah Mama, dah pandai babai. Tapi sekarang ni pantang lepa benda-benda atas lantai. Suma dia nak belek n buat ketuk-ketuk kat lantai. Kekadang nak bawak masuk mulut. Toys yang size kecik Abang Afkar punya semua dah sorok. Kalau bagi makan biskut baby, nak pegang sendiri n genggam biskut tu, suap dalam mulut. Pastu sangat kuat nyakat Abang Afkar. Lawak gila kalau tengok diorang berdua main. Percaya tak yang Afkar kan lagi kuat nangis kena nyakat ngan adik. Sebab Afham suka lanyak Afkar. Afkar nak buat balik, tak boleh. Nangis je la yang mampu. hahaha. Kang dengar la dia cakap kat Afham "Adik tepi la". Kadang-kadang tu dengar je Afkar jerit "Ummi, help". hahaha. Kekadang gelak dulu baru g datang tolong. Duduk betul pun belum boleh lagi. Duduk menyeget je Afham sambil ampu sebelah tangan. Nampaknya macam ikut jejak Abang Afkar je lambat ni.

Pasang kekuda je. Tapi tak gerak-gerak.hehehe.


pok amai-amai



Go Afham go. Usaha tangga kejayaan.


Kemain gumbira muka dapat berdiri. hehehe

Abang tu makan sorang je Mi. Bukan nak share ngan kita.

Wefie dengan uncle Dong dia. 

Sejak dua tiga menjak ni dah mula kenal orang. Payah sket le nak tinggal. Aitu time balik umah mak, tinggalkan jap nak g tempah baju. Time tu Afham ngah tido. Dia bangun tido, tengok saya tak ada kemain nangis sampai bengkak-bengkak mata. Alahai manja nau. Pastu nak buat kije pun payah dah nak tinggal skang. Nak ada orang depan dia. Padahal kekadang tu dia main sendiri je, tapi nak ada jugak orang meneman. Ada sekali tinggal tiga beranak kat rumah. Datang pulak 'seruan alam'. Suruh Afkar nanyi apa-apa lagu untuk Afham sementara Ummi g settle 'urusan'. Nyanyi le si abang lagu ABC la, twinkle twinkle little star la. Dah settle 'urusan' jengah dua beradik, yang si abang tengah nyanyi sambil joget-joget, yang adik tengah terkekek-kekek gelak. hahaha. 

Afham setakat ni jenis tak banyak ragam. Alhamdulillah. Kalau agah-agah terkekek-kekek le dia gelak. Bangun tido, kita bagi salam, tersengih-sengih dia senyum. Datang ragam dia bila tak sihat ataupun nak tidur. Payah ni nak tidur siang. Pastu dah tido, kejap-kejap je. Memang kalau siang tak jadi kije lain. Kalau malam, ok pas maghrib dia tido kang bangun tengah malam beberapa kali menyusu pastu sambung tido. Dah kepit tu, tak sedo bapa kali dia bangun. hehehe. Mulut pun senyap. Tak banyak bebel-bebel cam Afkar dulu. Afkar kemain riuh.Sampai skang ni ha riuh. Tapi Afham jenis wat kije dalam diam. Senyap-senyap je dia wat projek kekadang tu. Kang nak tau dia wat kije, dengar je la abang dia menjerit. "Ummi, tengok adik" Tu adalah projek dia. Tengah memanjat ke apa ke.

Bila tengok keletah anak-anak ni memang terhibur. Kelakar. Kadang-kadang tergelak je kitorang laki bini. Dengan Afham si cheeky boy yang kuat nyakat Abang. Yang abang kuat merajuk tak boleh terusik sket. Makin beso makin manja. Tapi bila masing-masing wat perangai memang terus hilang kelakar. Terus bertukar raksasa gorgon mak pak dia. huhuhu.

Bergumpal dua beradik. Afham si penyakat abang. Afkar si penjaga adik. hehehe


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...