Saturday, February 14, 2015

Kisah Si Bujang Potong Rambut

Assalamualaikum w.b.t

Afkar dari kecik payah bebeno nak potong rambut. Mesti ada je drama dia. Nak bagi dia senyap bagi layan hp. Senyap la kejap. So Babah lagi suka suh botak je. Sekali jalan sap sap soi dah siap. Tak yahh nak style-style sangat. Ummi dia je yang lebih-lebih nak suh rambut anak tu ada style sket. hahaha.

Weekend baru ni bawak le g potong rambut. Dah lama saya tak follow g kedai rambut sejak ada Afham. Selalu Mr.Teddy pergi berdua je dengan Afkar. Bila kereta parking je depan kedai dia dah excited "Yeah...yeah dah sampai". Dia ingat Babah nak bawak dia g kedai beli 'air green' (vitagen) tu yang excited kemain. Tipah tertipu rupanya.

Turun-turun kereta, rupanya Babah bawak g kedai potong rambut. Tak nak masuk kedai.Dia tarik tangan Babah nak g tempat lain. Dapat pulak Barber muka garang lagi takut dia. hahaha. Letak atas seat tu nak terjun. Ahdoi lawak betul la awak ni Afkar. Pastu upah hp. Dah dapat hp dia boleh selfie pulak. Terus hilang takut tu. hahaha. Nampak sangat drama kan. Bujang dah anak Ummi sorang ni. Eh tetiba emo pulak. sob sob sob.


"Ane kasi potong rambut, slop tepi belakang"




Layan selfie pulak bujang sorang ni. Hamboi kemain. 


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...