Friday, January 9, 2015

Ragam Afkar masuk Tadika

Assalamulaikum w.b.t

Sebelum kehilangan ingatan pasal kisah Afkar masuk tadika Isnin baru ni, moh le kita lelaju update blog. hehehe =D. 1st day ni Alhamdulillah senang bangun tido n ajak mandi pagi. Benda yang paling kitorang risau. Sebab kalau pepagi mood dia dah swing, kang takut ngamuk lak nak g school. Kemain dah macam putera raja nak bersiram, Babah siap sediakan air suam tuk mandi. Mood ceria je. Bila Babah dah hantar adik, dia tanya "adik mana?" Ah sudah. Bila naik kereta, dia tanya pulak "Mama mana?Afkar nak g Mama house" dup dap jantung ummi. Pujuk lek lok cakap Afkar kena g school arini. Bila sampai school muka cuak je tengok orang yang tak kenal. Pastu teacher pujuk, tunjuk toys, terus jadi ok balik. Alhamdulillah, Lega ummi tuk 1st day x ada drama air mata. Balik dari school, kitorang bawak g rumah Mama, nak ambil Afham. Hamboi kemain melepas kerinduan ngan Mama.. Siap peluk-peluk Mama dia. Ye la kan dari baby duduk dengan Mama, tup tup kena berpisah. Mau tak kerinduan.



Day 1 : muka ceria


Day 2 : Semangat nak g school

Hari kedua dan ketiga pun berjalan lancar. Alhamdulillah. Cumanya setiap hari pun dia akan tanya Adik n Mama dia. Hari keempat Afkar dah start drama tak nak g school. Dia nak g rumah Mama. Ahdoi.  Pujuk-pujuk ok balik. Dah sampai school nangis balik pulak. Dah kena berdukung. huhuhu. Teacher amik ok senyap. Lega Ummi n Babah g kerja. Hari kelima bertambah drama tak nak g school. Afkar tak nak pakai school uniform. huhuhu. Merayu-rayu nak g rumah Mama dia. huhuhu. Sedih pulak rasa. Dia siap nak jalan kaki sendiri g rumah Mama, sib bek hari hujan. Pastu pujuk cakap kena naik car nak g school. Dia naik kereta tengok tak ikut jalan g rumah Mama sambung nangis dalam kereta. Pancing pulak dengan bekal Honey Star n Kismis. Sampai ke sekolah drama air mata. Ahdoinya. Risaunya la hai. Sib bek la makan gak pujuk. Kalau amukan yang tahap tak leh pujuk memang pening kitroang. Bila kitorang tanya ngan teacher cmna dia kat school, teacher kata ok je.  Hari 1st tu kemain excited nak g school. Rasanya Afkar ni dia rindu kat Mama n kengkawan. Dia dah la manja dengan Mama. Bila borak-borak dengan kenkawan kat office dorang kata tu biasa. Sebab baru belajar nak sesuaikan diri. So, kitorang nak bagi masa lagi kat Afkar tuk adapt dengan persekitaran baru. Semoga dipermudahkan semuanya.

Patut la ada salah satu Tadika yang kitorang visit before ni suggest tuk Afkar masuk separuh hari. Sebab dia tak biasa dengan suasana sekolah. So maybe akan ambil masa nak sesuaikan diri. Tapi memikirkan siapa pulak nak amik time Afkar balik sekolah, tu yang tak jadi hantar situ. Teacher kat situ suggest naik van. Hmmmmm tak yakin la. 4 tahun pon belum Afkar ni. Risau terlebih.

Kita tengok minggu depan camne. Semoga Afkar ok hendaknya.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...