Tuesday, January 6, 2015

PERSEDIAAN BILA ANAK MASUK TADIKA



Assalamualaikum w.b.t

Semalam kebanyakan tadika dah start. Ramai yang update ig ragam 1st day anak kat Tadika. Termasuklah saya. hehehe.Tahun ni Afkar dah start sekolah. Sebelum dia start sekolah, Ummi dia yang blur ni nak buat persediaan apa. Kebetulan pulak dalam Majalah Pa & Ma Genius Edisi Oktober 2014 ada share persediaan akhir ibu bapa. Memang berguna sangat la nak membantu kitorang sebagai panduan nak start dari mana.



Sumber : Majalah Pa & Ma Genius Edisi Oktober 2014



Sebulan sebelum:

1. Perlu latih rutin tidur dan bangun awal pagi untuk biasakan diri.
2. Cerita pasal bestnya sekolah. Jumpa kawan baru n wat macam-macam aktiviti yang best.
3. Start pisahkan anak dengan botol susu. Ajar minum dalam cawan.
4. Pisahkan dengan barang kesayangan seperti bantal busuk atau anak patung.
5. Potty training.
6. Ajar anak informasi diri: Nama, alamat penuh n nombor telefon untuk contact.

2 - 3 minggu sebelum:

1. Beli stationery. Check ngan pihak sekolah keperluan lain yang diperlukan. Tanda nama pada barang-barang.
2. Bawak anak melawat tadika, jumpa teacher and tengok persekitaran sekolah.
3. Update rekod kesihatan anak dan maklumkan kat sekolah.
4. Rancang untuk kongsi kereta kalau ada anak-anak kawan yang sekolah sekali.

1 atau 2 hari sebelum:

1. Pilih pakaian yang sesuai.
2. Pastikan beg ke tadika telah dikemas.
3. Sediakan brekfast kegemaran supaya lebih bersemangat nak ke Tadika.
4. Rancang cuti untuk hantar anak ke tadika

Hari Pertama ke Tadika:

1. Cuti untuk hantar anak ke Tadika.
2. Puji and bagi semangat supaya tidak meragam.
3. Tunggu sekejap sehingga anak boleh sesuaikan diri.
4. Bagitahu kat anak yang akan jemput lepas habis tadika.
5. Jika anak menangis dan tidak bagi kita tinggalkan, minta nasihat pihak tadika. Mungkin pihak tadika akan cuba pujuk atau benarkan kita teman anak.

*********************************************************************************

Senarai kat atas ni ada yang sempat kitorang buat, ada yang tak sempat nak buat.

Bab rutin tidur tu, tak sempat nak train. Kitorang agak risau gak bab ni. Sebab Afkar ni bukan jenis morning person. Pastu selalu kalau g rumah Mama tak yah kena mandi pagi-pagi, ni nak g tadika mesti kena mandi siap-siap. Achaner la tu. Minum guna cawan pun tak sempat nak train. Tapi Afkar sejak dah besar ni memang kurang dah minum susu. Mungkin proses nak ajar tu mudah sikit la harapnya. Potty train pulak, saya amik cuti 2 minggu konon-konon nak ajar Afkar potty train. Ha camne hasilnya? Mula-mula berjaya. Dah selamat boleh gtau bila dia dah kencing, nak berak. Accident tu adalah jugak sekali dua. Pastu dia tak sihat, bergilir-gilir dengan Babah n Afham. Dia ikut Atuk balik kampung. Balik rumah Bangi ber'pampers' balik. Hangin rasanya. Give up pun ada. huhuhu. Beria Ummi ko sampai cuti bagai. Dah kena start balik. Terus saya amukan ablasa bila dia terkucil. Geram kot. Dah elok-elok kan reti bagitau semua tetiba jadi berat mulut tu dah kenapa. So dah berpampers balik. Grrrrrrrrr. Tapi dia boleh gtau bila nak berak n kecing, so kitorang pun start la ajar balik tak pakai pampers. Ni kiranya dalam proses nak pt semula.

Bila kitorang dah start daftarkan dia sekolah, kitorang asyiklah bercerita pasal sekolah. Bagitau dia yang dia nak g school. Walaupun kekadang tu bila tanya nak g school tak dia akan jawab " No." huhuhu. Afkar tak ada bantal busuk atau teddy bear, so tak ada prob bab tu. Bab info diri tak ajar pulak. Afkar tau nama sendiri je la kot. hehehe.

Beberapa minggu sebelum start sekolah, saya ada wasap kat teacher keperluan apa yang perlu bawa. Almaklum la 1st experience. Tak tau nak bawak apa. Teacher reply just bawak baju, susu n towel je. Yang lain memang tadika ada provide. Saya bekalkan sekali botol air. Budak kecik ni bukan boleh kurang minum air,kang dedor je la badan.  Saya wasap lak Uda tanya nak bawak baju yang macam mana. Uda cakap bawak baju t-shirt n seluar ala2 jeans. Saya pun follow je la. Lagi sepasang saya bekalkan baju biasa untuk dia pakai time nap. Pastu labelkan barang-barang dengan nama Afkar. Saya jenjalan kat Giant Nilai, jumpa sticker yang boleh tulis nama.  Waterproof. Guna yang tu je. RM 7/60pcs. Lekat kat barang-barang. Mana yang tak leh lekat sticker, saya tulis pakai marker je. Nak g tempah sulam nama tak sempat dah.



Sticker nama

Kitorang tak ada lak bawak Afkar g tadika sebelum dia start masuk. Time amik uniform pun Teacher dia ada cakap "Mana Faris ni. Tak pernah jumpa lagi". Nanti next entry saya share reaksi dia ke Tadika camne eh. Bab hantar ke sekolah, memang Mr.Teddy yang akan hantar sendiri naik kereta atau motor. Afkar dah ada helmet sendiri. hehehe.


Kemain ha. Safety 1st please.


Bag nak g tadika bape hari sebelum baru kitorang sempat carik. haha. Kebetulan dorang kat umah ni pas baton tak sihat, tu yang kelam kabut sket. Malam sebelum g Tadika siap-siap kemas, tak ada kelam kabut nak kemas pagi-pagi. Buat masa ni tak sempat lagi nak sediakan bekal breakfast tuk AFkar. InsyaALLAH akan cuba usahakan. hehehe.

Bag sekolah Afkar

Hari 1st day dia sekolah, saya cuti. Ha camne pulak kisah Afkar 1st day. nanti sambung next entry ok.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...