Tuesday, January 13, 2015

Nickname

Assalamualaikum w.b.t

Gila ke laut skang hapdet blog. Tandus idea nak tulih apa. Padahal rasa macam banyak benda je nak share, pastu kang tetiba dah terlupa. Mana taknya kadang idea datang time tengah selesaikan 'tuntutan alam', pastu nak type dah lupa. hahaha. Ko dah kenapa? Time tu pulak nak datangnya idea. kekeke.

Harini kita share pasal nickname la erk. Saya ni kan time carik nama anak-anak dulu seboleh mungkin nak carik nama yang tak boleh nak di 'nickname' kan. Berpeluh. Tak tau la kenapa. hehe. Suka panggil nama penuh paling tak pun satu perkataan. Kalau panggil nama penuh ikut surat beranak tu tandanya tengah marah la. hahaha. Tak ada hal pon nak panggil nickname, cuma jangan la panggil yang tak elok. Dulu zaman sekolah budak-budak lelaki selalu ada nickname yang pelik-pelik. 

Saya sendiri ada banyak nickname. Family panggil saya Aien. Mak kalau bercerita dengan jenjiran bahasakan diri saya Erin. Kengkawan zaman sekolah ada yang panggil Airen ada yang panggil In. Kengkawan UTM panggil In. Bila dah kije guna nama Airen. Ada gak yang panggil Airenz. Sebab nama fb saya gitu, hehehe. Ha banyak kan nickname saya. 

Setakat ni Afkar dah ada nickname. Afkar lebih glamer dengan nama Kaka dalam family Mr.Teddy. Afham pulak sil saya panggil Pampam. hahaha. Comel je bunyik. Mak saya panggil Am. Sebab mak tak boleh nak sebut Afham. hehehe. Abang saya Uteh lak panggil Afham : Patahbam. Kitorang kekadang panggil Afham : Adik. Tapi bila guna nickname ni nampak mesra sikit kan. Macam manja-manja gitu. hehehe

Pastu gelaran adik beradik lak, kalau leh saya nak anak-anak guna gelaran Along, Angah ha camtu. Macam dalam family saya. Sekarang ni kitorang guna Abang n Adik je. Nanti la bila masing-masing dah besar sket kot baru nak tukar.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda=) Next time singgah la lagi k...::Puan Ungu::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...