Monday, November 16, 2015

MAJLIS GRADUASI 2015 & KONSERT P RAMLEE - KENANGAN MENGUSIK JIWA

Assalamualaikum w.b.t

1 November lepas berlangsung Majlis Graduasi 2015 & Konsert P.Ramlee -  Kenangan Mengusik Jiwa yang dianjurkan Tadika Vonad bertempat di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya. Kemain meriah lagi sambutan. Ni first experience kitorang, so excited terlebih la. Yang tak sabar nak tunggunya turn Afkar buat performance. hehehe. Sampai je kat dewan, register dulu then hantar Afkar ke bilik persalinan. Dia nak kena bersiap dulu. Amboi time ni debo je tunggu camna la ghope nye dah bersiap. Kitorang masuk dewan dulu. Majlis ni combine sekali dengan Cawangan P15-12A. Pastu ada sambung petang pulak untuk cawangan yang lain-lain.


Majlis start pukul 8.30 pagi dengan persembahan Nasyid Hambamu oleh Kumpulan Addin yang disertai anak-anak daripada Cawangan Presint P15-12A. Diikuti dengan Bacaan Doa oleh Adik Aqil dari Cawangan P15-12A, Hafazan Surah Taha ayat 1-5 daripada anak-anak 6 tahun Cawangan Seksyen 7 dan Bacaan Ayat Suci Al-quran Surah Yassin Ayat 1-20 oleh adik Khalisha dari Cawangan P15-12A. Alhamdulillah. Kagum dengan kebolehan anak-anak kecil ni. Hopefully next year Afkar dapat peluang macam ni.



Sementara nak tunggu start tu ada tayangan video


Kita posing dulu...

Si cheeky boy

Persembahan Nasyid Hambamu oleh Kumpulan Addin


Anak-anak 6 tahun Cawangan Seksyen 7 tengah get ready untuk Hafazan Surah Taha ayat 1-5



video
Bacaan Ayat Suci Al-quran Surah Yassin Ayat 1-20 oleh adik Khalisha

Majlis diteruskan dengan perarakan masuk Pelajar-pelajar 6 Tahun yang akan tamat sesi pembelajaran. Diikuti dengan Ucapan daripada Pengarah Urusan Vonad (M) Sdn. Bhd., ucapan wakil pelajar 6 tahun daripada Cawangan P15-12A dan Cawangan Seksyen 7.  Lepas tu ada acara Penyampaian Sijil Tamat Tadika dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang bagi setiap kelas.


video
Perarakan masuk Pelajar-pelajar 6 Tahun

Ucapan daripada Pengarah Urusan Vonad (M) Sdn. Bhd

Ucapan wakil pelajar 6 tahun daripada Cawangan P15-12A



Anak-anak 6 tahun yang akan tamat sesi pembelajaran


Dah selesai acara penyampaian hadiah, bermulalah acara yang paling ditunggu-tunggu. Persembahan daripada anak-anak. Persembahan bertemakan semua filem-filem Tan Sri P.Ramlee. Menarik la gak ada tema macam ni. Setiap kelas ada buat persembahan. Kelas Afkar buat persembahan Tarian Bunyi Gitar. Berbulan koooo practise. hahaha. Sebab selalu dia tunjuk sket-sket je tau kat umah, tu yang tak sabo nak tengok yang sebenarnya macam mana. Pastu saya berdebar gak kalau dia tetiba kaku kat atas stage bila tengok ramai orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kemain sakan dia berjoget atas pentas. hehehe. Partner pulak dengan best friend, Aqilah. Tengok je la ye video kat bawah ni.




Persembahan Afkar dan kengkawan - Tarian Bunyi Gitar

Selain daripada persembahan Tarian Bunyi Gitar oleh kelas Afkar, ada gak persembahan lain. Antaranya Tarian Ai Ai Twist, Tarian Cik Cik Keboom, Tarian Pesta Muda-mudi, Nyanyian Hore-hore, kombinasi sketsa dan tarian Ketipang Payung, Tarian Joget Tari Lenggang, Tarian Joget Si Pinang Muda, Kombinasi Sketsa Apek dan Marjinah serta nyanyian Aiya Cik Siti dan Nyanyian Pok Pok Bujang Lapok. Persembahan penutup oleh anak-anak 5 dan 6 tahun Cawangan P15-12A dan Seksyen 7 nyanyian lagu Terima Kasih Cikgu dan Wish Upon A Star.


Persembahan dari kelas lain


Persembahan penutup


Budak tu dah habis persembahan. Yang lagi sorang budak kecik tu dah ketiduran.


Majlis habis dalam pukul 11.30pagi. Tengok persembahan anak-anak ada macam-macam keletah. Ada yang lincah, ada gak yang keras atas pentas. Tapi mostly semua buat yang terbaik. Overall kitorang enjoy sangat. Terhibur dengan persembahan anak-anak. Comel-comel belaka.













Wednesday, October 28, 2015

Cuti-cuti Malaysia : Genting Highlands

Assalamualaikum w.b.t


Bulan 10 ni bulan birthday tuan punya blog. Tapi dah tua-tua ni tak dan dah nak wat entry time birthday. kekeke. Poyo tol ayat. Macam biasa la bila birthday tu tetiap tahun wajibul ghunnah cuti. Mr.Teddy pun cuti. Dating la berdua. Jangan kecam saya. Saya tak kuad. hahaha. Pastu tak ada la plan ke mana pun holiday. Tapi tetiba rasa nak berjalan lak. Ngada kan. Sebab dah tuko series umo tu Mr.Teddy layankan jela peel bini dia. hahaha. Fikir punya fikir nak g ke mana musim-musim jerebu ni. Nak g dekat-dekat je kalau boleh. So suggest antara Cameron or Genting. Saya pilih Genting. Umi punya birthday tetap la fikirkan tempat yang anak-anak boleh enjoy. hehehe. Tak pe la dah lama tak bawak diorang jenjalan. Ingat nak stay kat atas je, tapi hotel semua fully booked. Kebetulan jumpa promo kat website Resort World Genting terus je la grab.



Promo Manic Monday kat website Resort World Genting. Setiap Isnin dari pukul 12.00 pm - 5.00pm

Berbaloi-baloi tau promo ni. Aritu kitorang bayar dalam RM 300++ dapat : Stay kat Awana Hotel (include breakfast) + Tiket Indoor Theme Park termasuk Tiket Ripley's Believe It or Not + Tiket Snow World. Untuk Indoor Theme Park untuk Afham kitorang tak belikan tiket sebab still free untuk naik Family Rides. Snow World belikan tiket sekali untuk Afham sebab kena charge. So beli online siap-siap. Nanti akan dapat email yang ada segala details booking. Boleh print siap-siap. Tapi kalau jadi macam saya yang dah print tetiba tertinggal pulak kat umah, jangan panik. hahaha. Tunjuk je details dalam hp korang tu. Yang ni jadi kes gak. Time nak check in, Mr.Teddy yang handle. Dia cari-cari dalam bag tak jumpe kertas yang saya dah print details. Puas geledah hand bag. Yang saya pulak confident cakap ada dalam hand bag. Kahkahkah. Ghope-ghopenye tertinggal daaaaaa. Panik kejap. Mati la aku ni kena bebel dengan Mr.Teddy. Dia dah la particular bab-bab ni. Pastu dia yang tenangkan. Suh tunjuk yang dalam hp. Bahaha. Bila panik apa pun tak boleh. Nak fikir secara rasional. Padahal small matter je tu. Sebenornya panik sebab takut kena bebel. hahaha.

Kitorang gerak hari Sabtu petang. Plan asal nak relax-relax je kat hotel bila dah sampai. Tapi disebabkan ada kesilapan teknikal sikit akibat kesengalan saya time beli tiket, kitorang kena naik atas gak hari Sabtu. Sebabnya untuk Snow World tu kena pilih tarikh dan masa untuk kita masuk. Saya yang sengal ni boleh tak tukar tarikh. Padahal tiket yang lain elok je tukar tarikh. huhu. Call Snow World, person in charge cakap tak boleh tukar date, boleh tukar masa je. Nak tak nak kena ler gak kitorang naik atas petang tu. Kitorang naik atas petang tu dengan Genting Skyway a.k.a cable car. Yang ni tak masuk dalam tiket yang dah beli awal. Pelu bayar RM 38.40 pergi balik. Afham tak kena charge. Dari Awana ada provide bus untuk ke Skyway Station, Gohtong Jaya. Parking je kereta kat hotel, naik bas g station. Afkar punya la excited naik bas. Kebetulan hari Jumaat before tu dia baru je g trip sekolah naik bas gak. Alhamdulillah semua baik-baik je naik cable car. Umi dia yang keras kat atas tu. Bahaha. Gayat weyh. Saya pernah naik cable car g Genting sekali je before ni. G ngan kengkawan sekolah. Boleh pulak tak ingat dari Skyway Station nak ke Indoor Theme Park punya la jauh nak menapak. Dengan Escalator lagi. hahaha. Dulu rasa macam tak jauh sangat. Cheh ayat cover. Padahal nak tutup rasa bersalah tu sebab bagi idea naik Cable Car. Memang cemberut je la muka Mr.Teddy. Tapi sebab nak belanja bini punya pasal dia layankan je. kekeke. 


Time dalam bas. Tengok budak excited tu.



View dari dalam cable car

Sefamily dalam cable car

Petang tu kitorang masuk Snow World je. Sampai-sampai terus redeem tiket kat kaunter. Tapi kelam kabut sket sebab dia bagi masa nak masuk dalam tu 40 minit. Yang kitorang ni tak tahu le proses nak kena bersiap ambil boot, jacket n glove bagai tu take times gak termasuk dalam masa 40 minit tu. hahaha. Sebab boleh tahan ramai gak orang time tu. G berlengah-lengah kat luar. Pastu dah time boleh masuk baru nak queue tu yang kelam kabut sket. kekeke. So korang kalau nak g Snow World stand by siap-siap ye kat kaunter tu. Dia bukak je boleh terus g beratur. Kat dalam Snow World tu boleh la tahan. Ada slide pastu kena naik macam pelampung turun ke bawah. Pastu ada tempat duduk yang boleh tarik-tarik tu. Pastu ada la disediakan props untuk bergambo. Tu jela pun. hahaha. Tak boleh nak bawak camera kat dalam. Ada la photographer yang follow untuk amik gambo. Tapi rege pun boleh la tahan. Kitorang beli sekeping je gambar yang saiz besar sket harga RM 50.00. Afkar le enjoy. Afham keras dalam tu. Tak mo jalan dia. Nak berdukung. Sejuk sangat kot. Kitorang kejap je kot dalam tu. Lom abis masa dah kuar. Sebab sejuk sangat la. Muka masing-masing dah merah. Dah settle kat Snow World isi perut siap-siap pastu terus chalo balik hotel. Dah g naik cable car, balik pun kena la naik cable car. Sampai kat Skyway Station, Gohtong Jaya bas balik Awana baru je lepas. So kitorang naik cab je la. Kena charge RM 15 ke Awana. Masing-masing macam dah kepenatan malas nak tunggu lagi dah. Afkar boleh pulak tetiba demam malam tu. Ahdoi. Terus lap-lap la dia dengan air suam. Risau gak kalau melarat kan.


                           
Gambar kat dalam Snow World.



Hari Ahad pagi bagi budak-budak main swimming pool dulu lepas breakfast. Afkar je la yang sakannya. Alhamdulillah dah ok demam dia. Afham penakut sket dengan air. Berkepit je dengan Babah. Dah puas bagi berkubang, bagi rehat dulu sebelum siap-siap nak check out dan naik atas. Afkar demam balik pulak. Bagi Afkar makan ubat, kebetulan memang ada stand by ubat. Lepas tu bagi rehat dua-dua budak ni kang nak pulun jalan kat atas. Dua-dua ketiduran penat berkubang dalam swimming pool agaknya. Alhamdulillah pas bangun tido Afkar pun dah kebah demam. Proceed la kami naik ke atas. Naik dengan kereta pulak. Sebab lepas tu terus nak balik.

                            

                           
Budak ni suke bebeno dapat main swimming pool. Dapat tau je ada pool duk la berzikir nak mandi pool.


OOTD... bahaha

Abang pun nak posing gak

Sampai je terus ke Indoor Theme Park kat First World Plaza. Dah naik kereta tak yah la menapak jauh sebab dah memang parking kat First World Hotel. Kena redeem tiket kat kaunter dulu. Pastu kena redeem wrist band pulak kat kaunter berasingan. Dah dapat wrist band boleh la g main. Kitorang terus g main Family Rides. Ada Rio Float, Reindeer Cruiser dan Mini Train. Afham memang free untuk Family Rides. Relax je budak kecik sorang tu. Macam biasa Umi dia la yang keras. hahaha. Amende ntah nak gayatnya. Untuk Afkar yang dah beli tiket so dia boleh naik yang Children Rides jugak. Aritu kitorang bagi Afkar naik Busy Bugs dengan Circus Ride je. Tu pun 2-3 kali gak dia duk ulang main. Kalau nak bagi Afham naik gak kena beli berasingan tiket. Tengok games pun macam tak bape nak sesuai untuk Afham, tak ada lah kitorang bagi dia naik. Dalam banyak-banyak yang jadi favorite Babah diorang satu je, Ripley's Believe It or Not. hahaha. Tapi Afkar memang sepesen dengan Umi dia, tak minat tempat-tempat macam tu. Bosan dia dalam tu. Duk la tanya lepas ni kita nak main apa Umi. hahaha. Pastu lalu depan bowling sibuk ajak main bowling. huhu.


Reindeer Cruiser. Budak kecik tu relax je ha dia duk depan.




Mini train




Ripley's Believe It or Not


Busy Bugs 






video

Circus Ride




Rio Float

Tu je la kisah short gateway kami anak beranak ke Genting Highlands yang dirancang last minute. Alhamdulillah anak-anak enjoy. Happy la diorang Umi n Babah bawak main terutama Afkar. Duk la ulang cakap TQ Babah, TQ Babah. Pastu tak abis cerita berhari-hari yang dia g main macam-macam. kekeke. Afham pun ok-ok je. Relax je dia naik rides semua. Ok boleh repeat lagi. hehehe.


Saturday, October 24, 2015

Breastfeeding Journey With Afham : Setahun Enam Bulan

Assalamualaikum w.b.t

Hai dah macam biskut la tuan punya blog ni. Sungguh la tak produktif. Sebulan satu entry je. Sob sob sob. Entah ada ke idok lagi orang nak baca blog bilisan kite ni. huhuhu. Sorry la ye. Bz naw naw la kat office skang ni tak sempat nak curik time pun. Ahdoi. Kantoi pulak blogging time kije. Jangan report ye. Dah balik umah lagi ke laut le nak update blog. Tengok hp pun payah bile dah sampai umah. Fokus melayan budak berdua tu. hehehe.

Afham dah  1 tahun 6 Bulan ++. hehehe. Maknanya dah 1 tahun 6 bulan bulan jugak breastfeeding journey saya dengan Afham. Alhamdulillah. Semoga dipanjangkan sehingga ke 2 tahun. Semoga perjalanan penyusuan kami ini dipermudahkan. Amin. Journey dengan Afkar dan Afham memang berbeza. Dua pengalaman yang berbeza. Kalau dengan Afkar dah rasa berliku gak sket-sket dengan Afham ni makin berliku. Chewah. Kemain berliku ayat ko yeee. Bahaha. Dari segi minum sama je pattern 2 beradik ni. Sama jumlah oz dalam umo yang sebaya. Bezanya production susu Umi nya yang tak macam dulu. Kije office sekarang tak macam dulu. Nak mengepam terkejar-kejar sket sebab bz naw naw. My bad sebab tak boleh nak handle time. huhuhu. Struggle sket la sekarang ni. Sebab sehari pam kat office tak cukup tuk bekalan stok esok nya. Kena tambah session mengepam kat rumah. Tambah lagi stok susu dah ilek pochi. Time Afham 1 Tahun 4 Bulan aitu kot tak silap last guna stok. Lepas cite sedih suis deep freezer kena tutup tu. Ha lepas tu la stok pun abis. So bermula episod kais arini makan esok. hehehe. Pam hari ni untuk esok.

In fact sekarang ni pun saya dah stand by susu spare kat rumah pengasuh start minggu ni. Percubaan pertama gagal. Afham buat-buat muntah time minum susu yang dah bancuh. Ahdoi. Runsing ni ha. Reject terus dia. Ahdoi memang penenen tegar ini budak. Sama perangai macam Afkar time nak intro susu lain dulu. Bezanya Afkar time tu intro sebab dah nak dapat adik. Afham pulak sebab susu dah makin drop. Tapi tak pe la. Tu sume naikkan lagi semangat Umi dia tuk mengepam. Chaiyok chaiyok. Alhamdulillah jugak Afham jenis selera makan. Cuma ada la jugak yang duk tego-tego Afham makin susut. Susut sebab makin melasak kot. Ayat sedapkan hati sendiri  

Tu cite pasal production susu yang makin lama makin drop. Belum campur gaya-gaya time menyusu. Kemain freestyle. hahaha. Mesti rindu nanti kalau Afham dah wean off. Eh tetiba sedih pulak. Macam dengan Afkar. Pastu Afkar dia tak ingat tau momen-momen bf. Kecik nau kot nak ingat. hehehe. Macam sekarang kalau tanya nak tak dia cakap tu adik punya. Puas la explain Afkar dulu pun nenen gak. Sampai 2 thn 4 bulan. Boleh pulak dia tak nak ngaku. Amboi tau. Saje nak wat Umi dia ni sentap. Umi dia pun pasal tu pun nak emo. hahaha.

Apa pun nak cakap terima kasih bebanyak kat Mr.Teddy sebab banyak support saya daripada dulu sampai sekarang. Even time saya down hilang semangat bila tengok susu makin drop dia yang keep on bagi semangat tuk teruskan mengepam. Tq banyak-banyak tau Dy. 


Budak nak masuk 1 tahun 7 bulan yang makin banyak akal.


Tuesday, September 22, 2015

Port Baru Balik Kampung : ANANG SARI HOMESTAY

Assalamualaikum w.b.t

Dari sehari ke sehari nak update pasal ni. Duk tertangguh je. Raya yang lepas balik kampung Melaka kitorang stay kat port baru. Kitorang ni kan big family so kalau balik memang mudahnya sewa homestay share bayo reramai. Kali ni kitorang stay kat ANANG SARI HOMESTAY. Memang terbaik homestay ni. Credit kat Kak Cik sebab usaha mencari homestay yang best untuk kite sefamily. Kitorang memang puas hati stay kat sini. Next time nak plan untuk family day pulak kot. hehehe.

Homestay ni terletak di ​Kg Tengah, Kuala Sungai Baru. Memang dekat nau-nau dah dengan rumah sedara-sedara. Homestay ni sangat besar dan selesa.  Ada rumah induk yang dilengkapi dengan tv and set sofa. Kira ni ruang tamu la. Rumah utama lak rumah 2 1/2 tingkat. Kat tingkat bawah ada Masterbedroom, bilik no. 2, dry n wet kitchen yang dilengkapi dengan kelengkapan dapur, dining area (complete dengan meja makan) n living hall yang luas, bilik air. Kat tingkat 1 lak ada 4 bilik tidur, 'Family Hall' (ada tv and sofa), 1 bilik air (toilet n shower). Pastu ada loteng yang sangat le luas kat bahagian atas sekali. Jangan confuse lak. Rumah induk n rumah utama ni attach. Ada laluan dari living hall nak ke rumah induk. 

Yang paling bonus sekali sebab ada bilik air yang banyak. So tak yah la nak berebut bilik air. kekeke. Kitorang ni kan ramai. Selalu toilet memang berebut le. hehehe. Pastu ada provide juga kelengkapan dapur untuk memasak (dapur gas, periuk belanga, pinggan mangkuk n so on). So tak yah le susah-susah bawak dari umah. Deep freezer pun ada. Senang nak simpan stok tuk wat BBQ ke. Memang complete semua. Bersih dan semua condition tip top boleh guna. Massage chair pun ada. Memang kena ambil nombor beratur nak guna massage chair ni eh. hahaha. Jarang-jarang jumpa, masing-masing ambil kesempatan la. hehehe. Kat kawasan luar pun ada BBQ Pit, wakaf n meja. So next plan boleh le nak ber'BBQ' pulak ke. Rumah ni betul-betul berhadapan dengan pantai. Jalan kaki je dah boleh mandi laut. Untuk info lanjut boleh la singgah ke laman web : Anangsari Homestay


Yang ni saya ambil dari Facebook:Anangsari Homestay. Time kami pergi keadaan tak banyak berubah dari gambar. Cuma kat meja makan tu lengkap ada kerusi sekali.



 View depan rumah 


Ha ni nampak sederet bilik air. Ada dua row ni. Satu row shower je. Lagi satu tuk toilet sahaja. Puas hati kan. Tak yah berebut-rebut.


Anak-anak buah saya siap port kat luar lagi, study.

Budak-budak ni sempat lagi cari ketam. Dapat le beberapa ekor anak-anak ketam. 


Hasil tangkapan ketam

Si kecik ni tak dapat mandi laut, dapat main pasir pun jadi la

Yang abang tu sakan dah tu main laut. 




Posing dulu. Time ni baru-baru sampai.

Homestay ni sesuai gak untuk family besar macam kitorang ni kalau nak organize family day. Selain luas, selesa n bersih, terdapat kemudahan lengkap yang disediakan. Pastu laman yang luas n dilengkapi dengan kemudahan untuk BBQ. Kalau nak plan aktiviti outdoor macam sukaneka ke atau volleyball sesuai la sangat wat tepi pantai. Memang akan repeat lagi ni tuk next event pulak kat Anangsari Homestay.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...