Sunday, November 16, 2014

Bila Anak-anak Tak Sihat Serentak

Assalamualaikum w.b.t

Sambung dari entry sebelum ni. Saya berhenti kat part Afham tak sihat. Ambil Afham dari rumah pengasuh time petang Selasa badan dia dah start dedar-dedar n dah batuk-batuk. Check temperature time tu xdemam lagi.

Rabu

Tengah-tengah pagi nak ke subuh tu tetiba panas betul badan Afham. Terus basahkan kain dengan air suam, lap-lap badan terutama kat celah-celah ketiak, leher, kat pelipat-pelipat. Pastu cakap kat Mr. Teddy saya EL la jaga Afham. Mr. Teddy watkan garlic oil tuk batuk Afham. Sapu kat dada,belakang n tapak kaki. Petang sket bawa Afham g klinik. Sian dia. Nampak monyok je muka. Ni 1st time dia demam. Huhu.


Si debot monyok

Khamis

Still tak kebah demam Afham. Risau gak hati. Sebab kalau time Afkar, selalu hari kedua dah kebah. Bertambah risau bila tiap kali pas minum susu Afham akan batuk-batuk dan muntah susu. Petang tu amik Afkar dari rumah Mama, Afkar pulak dah start demam. Bertambah susah hati bila dua-dua tak sihat.

Jumaat

The whole day hari Jumaat, Afham nampak dah ok sket. Lega sket tapi Afkar pulak temperature tinggi waktu siangnya. Dia start tak nak makan n minum. Kalau minum muntah balik. Malam tu nampak dua-dua dah ok. Diorang ni selalu temperature naik time pagi-pagi nAk ke subuh tu. Memang kena siap sedia. Tidur-tidur ayam je. Takut tak sedo.

Sabtu

Betul jangkaan, pagi Sabtu tu naik balik temperature dua-dua orang. Terus bawak g emergency KPMC since budak-budak ni memang check up kat KPMC. Check darah. Afham tak dapat nak check darah sebab tak jumpa urat. Sian Afham. Sampai 3 tempat kena cucuk. Tangan dua-dua belah,kaki sebelah. Afkar dapat amik darah. Result darah ok. Afham banyak kahak, Afkar tekak bengkak. Tak dapat refer pakar sebab result darah ok. Doktor tanya nak admit ke tak. Mr. Teddy cakap tak pe nak balik rumah. Dapat new set ubat baru. Hmmm... Kemain banyak ubat. Huhu. Afham start tak nak df. Bertambah runsing. Kitorang ada gak try natural remedies mandi dengan air yang campur dengan apple cider. Lap badan dengan air suam tu memang sentiasa la kan. Temperature turun kejap pastu naik balik. Bila malam nampak diorang dah ok. Afham dah start nak main-main macam biasa. Kalau tak monyok je dia. Df pun ok balik.

Ahad

Pagi Ahad diorang demam balik. Bila still tak kebah demam budak-budak ni, kitorang decide nak bawak g emergency Hospital Serdang. Masa tu bibir Afham dah start kering. Tanda dehydrate. Kat sini sekali lagi kena cucuk amik darah. Sib bek tuk Afham 1st try terus jumpe. Pastu MA tu terus hantar Afham g masuk Yellow zone sebab Afham nak kena drip terus nampak dah kering betul. So berpisah la kitorang sekejap. Saya handle Afham, Mr. Teddy handle Afkar. Macam-macam prosedur la kitorang kena lalui. Detail check up. Siap x-ray sekali.

Result darah Alhamdulillah ok. Tapi Doktor decide dua-dua kena admit sebab risau dehydrate. Afham admit sebab acute bronchiolitis. Afkar admit sebab thonsilitis. Nak tunggu ward tu memang berejam la. Sebab ward penuh. Pastu dorang nak arrange budak-budak ni sebelah-sebelah. Hargai sangat usaha tu tuk mudahkan kitorang gak uruskan anak-anak. So bermula kisah kami anak beranak berkampung kat Hospital Serdang.

Berbaloi penantian dekat 12 jam sebab dapat bilik yang selesa. Budak berdua ni je dalam bilik tu. Saya tidur dengan Afham dalam baby cot hospital. Sib bek Ummi korang ni kecik. Bahaha. Beso gak baby cotnye tu yang muat. Mr. Teddy tido kat sofa bed. Ewah kemain selesa dia eh. Sepanjang kat hospital treatment tuk Afkar, just drip n pcm bila demam. Tak ada on antibiotik . Tuk Afham lak drip, oksigen n neb. Pcm bila demam. Pon sama tak ada on antibiotik. Doktor cakap tak perlu antibiotik and ubat-ubat lain. Lega sangat. Fuh.


Dua-dua kena drip. Time ni Afham still on oksigen.

Kena neb.huhu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dalam ward budak-budak tak ada demam. Afham ada batuk-batuk n muntah kahak. Hari 1st dalam ward Afham kena pakai tiub oksigen. Allahuakbar. Tak sampai hati tengok. Tapi kena kuat demi anak-anak. Bila 1st time neb dengar Afham melolong dengan saya sekali nak join melolong. Huhu. Lepas-lepas tu dia pun serah diri je tuk kena neb. Sian anak Ummi ni. Nampak progress semakin baik budak berdua tu. Afkar dah start nak makan n minum. Afham pun dah tak ada muntah. Paru-paru pun clear dari kahak. Bila doktor check semua dah ok boleh la discharge. Petang Rabu tu kitorang discharge.


Dua-dua tak sabo nak dicharge

Budak ni kuat nyakat orang



Manis senyum tu dik oiii. Berapa hari monyok muka susah hati Ummi.

Terima kasih tak terhingga untuk semua Nurse and Doktor kat ward kanak-kanak 5B Hospital Serdang. Semua baik-baik belaka n n bagi layanan terbaik untuk kami sekeluarga.

Friday, November 14, 2014

Tiup Habuk

Assalamualaikum w.b.t

Fuh....fuh...fuh...koh koh koh...tiup habuk sampai terbatuk-batuk. Punya la bersawang blog. Lebih sebulan hoi terabai. Lama gila. Ada yang rindu tak ni. Bahaha. 

Mana menghilang ni sebenornya? Bz bebenor dengan kije office, sampai nak blogwalking pun xsempat. Korang pekabor?Sorry la ye,tak sempat nak baca blog korang. Balik rumah dah cite lain pulak dengan anak-anak.

Mula2 tu bz dengan satu task ni kat office. Sampai tak boleh nak wat bende lain dah. Perlukan kefokusan yang tinggi nak siapkan. Chewah. Seyes weyh sampai bawak kije balik umah. Mr. Teddy naik berbulu tengok saya bz sangat ngan kije office.huhu. Sorry ye Mr. Teddy n anak-anak. Stress kije office sampai bawak ke rumah. Huhu. Not good not good. 

Pastu bila dah nak settle, kebetulan saya dapat surat arahan pertukaran. Dah bz pindah office pulak. Ye saya dah jadi orang Putrajaya skang yaw. Cerita pasal kisah transfer ni. Alhamdulillah rezeki saya dapat pindah Putrajaya. Suka bebeno. Nak lompat bintang je rasa. Dekat kot ngan umah mau tak happy. Tak ada dah kena kuar umah gelap2, ambil anak-anak lambat. Kisahnya ada sorang kawan saya dapat transfer ke Putrajaya. Dia duduk kat Gombak. Susah le pulak dia nak urus anak-anak yang dah sekolah. So dia pun tanya nak tak tukar suka sama suka dengan dia. Macam-macam la halangan nak dapat tu, alhamdulillah berkat usaha Kak Zam lulus gak permohonan kitorang. Secara rasminya awal Nov aritu saya dah start kije di office baru. Semangat ko nak g kije. Office cantik. Haha.

Dua hari masuk office baru,tup tup Afham pulak demam. Dah EL. Anak tak sihat kan. Nak wat camne. Ha kisah anak tak sihat paanjaaang nak cite sambung entry lain. 

Ok bye. Tu je kisah yang konon bz bebenor. Haha. Jumpa next entry k.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...