Monday, October 13, 2014

POLITIKUS


Tak reti main politik. Tak pandai TAICHI read: mengelak kerja, menolak kerja. Hanya Saya Yang Menurut Perintah - SYMP. Bukan jenis gebang ko lah manusia paling sibuk di muka bumi ini sampaikan orang lain kena ambil alih kerja ko. Ambil sikit-sikit lama-lama amik terus. Bukan jenis aku dah nak pindah, aku tak leh buat kerja dah. Selagi belum ada hitam putih, berkhidmat sehingga ke hari terakhir. Bukan jenis hilang (read :MC,EL) time ada benda urgent. Itu 'KAMI' yang makan gaji dengan Kerajaan Malaysia.

Selama ni pegang prinsip kalau kita tolong orang dalam kerja, InsyaALLAH orang akan tolong kita balik. Seseorang pernah berpesan "Kalau u tolong orang dengan ikhlas, InsyaALLAH ALLAH akan permudahkan u untuk tolong orang tu" . Selama ni, sehabis daya ikhlaskan diri untuk tolong orang lain punya kerja. Tak pernah merungut, tak pernah tolak, tak pernah mengelak. Selagi boleh tolong, akan diusahakan untuk tolong. Dan cuba laksanakan sehabis baik kerja yang diamanahkan. Bukan harapkan penghargaan, cuma berbalik pada prinsip : Kita tolong orang hari ni, esok orang tolong kita balik. 

TAPI...TAPI...

Boleh jadi tak ikhlas bila orang yang ditolong ambil kesempatan. hmmm. Mula-mula kita tolong, lama-lama serah terus. Boleh jadi tak ikhlas bila dipertikaikan pertolongan tu. Boleh jadi tak ikhlas bila dikatakan jadikan pertolongan tu sebagai helah untuk elak buat benda lain. Rasa demoralize. Rasa down.

ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK

Biarlah apa orang nak kata, abaikan apa orang nak cakap. Hanya kita dan ALLAH yang tahu. Kembali ikhlaskan diri. Buat sehabis baik. Cuba selagi mampu.

notakaki: bercerita secara random. Sekadar nukilan hasil perkongsian dengan sahabat-sahabat. ok bye.


Friday, October 10, 2014

Anak Bapak

Assalamulaikum w.b.t

Ni kisah anak beranak baru-baru ni.

Si Babah buat-buat pengsan. Afkar tengok Babah dia pengsan, dia bagitau saya "Babah sakit". Pastu kelam kabut dia tengok Babah dia pengsan. Cepat-cepat dia kejut Babah. Lari-lari ke dapur ambil air, bagi Babah minum. Tunggu Babah, sampai Babah habis minum air. Alahai terasa dah big boy sangat. Touching je tengok.

Ummi pun konon-konon nak merasa gak. Buat-buat la pengsan. Babah cakap kat Afkar "Ummi sakit". Afkar panggil "Ummi...ummi". Ummi meneruskan lakonan pengsan. Afkar datang dekat, dia korek nya mata Ummi.

ok bye!!!

hashtagsentapngananaksendiri
hastaganakbapaklahsangat


Thursday, October 9, 2014

Kebakaran Time Birthday???

Assalamualaikum w.b.t

Lama sket menyepi. Seperti biasa kalau dapat task yang 'satu' ni memang x dan nak buat benda lain. Mengadap je la nak siapkan. Tapi memandangkan birthday tuan tanah kedaung baru je lepas moh le amik kesempatan update blog gak.

Di hari kejadian, birthday girl cuti. Mr.Teddy pun cuti. Mr. Teddy ajak g Jusco Cheras Selatan. Saya lak nak g Alamanda. Dengan itu birthday girl menang. Ke Alamanda la kitorang nak raikan si birthday girl. Sampai kat Alamnda terus g beli tiket wayang. Memandangkan cite kat wayang pun tak bape best, saya follow je Mr.Teddy pilih cite apa pun. Banyak nau cite hantu skang ni. Mana la den ni melayan cite hantu. Kang daripada elok-elok nak bergumbira time birthday terus melolong ketakutan pulak kang. Haru...haru. 

Time beli tiket kitorang dah dengar bunyi fire alarm, ingatkan ada rosak ke hape. Wat derk je la. Pastu bila kuar dari tempat wayang tu nampak macam ramai yang turun ke bawah. Kan skang kat Alamanda punye wayang dah kena ikut luar dari foodcourt RASA tu. Ada renovation. Pastu ada announcement kena kosongkan Bangunan Alamanda. Eh...eh nape ni. Terpinga-pinga kitorang. Pastu kitorang nampak ada dua orang abang sado tak sado sangat bomba tengah round-round. Ah sudah ada kebakaran ke. Pastu berkumpul la semua orang kat bawah. Mr.Teddy siap cakap "Yang, sekali jap g ramai-ramai nyanyi lagu Birthday tuk u." hahaha. Ye la tu. Mr.Teddy wat cool je. Saya yang bebel-bebel risau. Time tu la teringat kereta tengah parking. hahaha. Dalam setengah jam gitu la kitorang tersadai kat bawah. Pastu dibenarkan masuk dalam Alamanda. Sudahnya tak tau la apa yang jadi samada memang ada kebakaran ke atau sekadar fire drill atau false alarm.

Ni dah bersurai.

Hahaha. Macam-macam hal nak jadi. Lawak le pulak bila ingat balik. kekeke. Ok la tak mo cite pepanjang, layan je la gambar yerk. 

Sementara nak tunggu wayang start, Mr.Teddy belanja saya makan Baskin Robbin. Pergh lama gila tak makan ice cream BR.


Birthday girl tengah sodap melantak ice cream BR.

Tukang belanja tengah menikmati ice cream.


Mr.Teddy belanja makan kat The Manhattan Fish Market. Eh last year pun kat sini gak. hahaha.


Malam celeb birthday dengan anak-anak lak. Budak sorang tu memang tiap kali birthday orang jadi birthday die gak. Berebut nak tiup lilin. hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...