Friday, September 26, 2014

Bekalan EBM to Nursery/Pengasuh

Kat sini dulu pernah share time BF Journey Afkar. Time Afham ni cara yang sama saya buat.

Sekarang ni Afham minum 3oz per feeding. Saya bekalkan 6 botol EBM kepada pengasuh. Total sehari minum dekat rumah pengasuh 18oz. Saya labelkan mengikut nombor 1-6 seperti berikut:-

Botol 1: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di dalam cooler box, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller peti ais di rumah)
Botol 2: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di dalam cooler box, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller peti ais di rumah)
Botol 3: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 4: Thawed EBM (frozen EBM, direndam di dalam sebekas air yang disimpan di dalam bah.chiller untuk tujuan pencairan)
Botol 5: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di dalam cooler box, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller peti ais di rumah)
Botol 6: Chilled EBM (perah di pejabat, simpan di dalam cooler box, bawa balik ke rumah guna cooler bag, pindahkan ke bah. chiller peti ais di rumah)

Botol ke-3&4 frozen yang telah siap-siap dicairkan. Tinggal panaskan sahaja dalam warmer. Tak letak sebagai nombor akhir sebab frozen EBM yang telah dicairkan perlu digunakan dalam tempoh 24 jam dan tak boleh dibekukan semula. Botol 5&6 chilled EBM. Kalau tak habis, baki EBM salin masuk plastic storage n simpan dalam deep freezer untuk dibekukan. Tapi jarang la ada balance.

Thawed EBM - Frozen EBM yang telah dicairkan.



Botol dah siap label. Selekeh omak eh pakai masking tape je wat label. hahaha.

Thursday, September 25, 2014

Cara Pemyimpanan EBM yang Jimat Ruang

Assalamualaikum w.b.t

Zaman awal-awal BF journey Afkar dulu still pakai peti ais satu pintu. Pastu bila stok bertambah tak muat ruang nak simpan. Mula pening camno nak buat. Pastu saya  request beli peti ais lain ngan Mr.Teddy. Memandangkan time tu budget agak ketat, saya yang sengal ni g pilih mini bar (peti ais kecik). Sebab tu yang paling sesuai ngan bajet. Hari 1st guna nak frozenkan susu cari freezer alahai secoek je. Mana muat ni. Bahaha. Sengal tak agak-agak. Pastu Mr.Teddy offer nak belikan deep freezer (DF). Yeah. Apa lagi. Peluang keemasan la tu. kekeke. Dah tu nak wat pe dengan mini bar tu ha. Kitorang iklan kat Mudah mini bar tu. Ada la buyer yang nak beli. Sib bek. Kalau tak memang bertahun-tahun kang Mr.Teddy tak abis cite. hahaha.

Banyak jasa DF ni. 

Mula-mula tu storage pakai plastic BPA Free - Autumnz, Jingle jungle, Fiffy. Pastu tukar pakai bekas dadih. PP n murah. Satu bekas dadih tu muat 5 oz. 100 bekas dadih tu baru bape ringgit je. Senang nak susun gak dalam DF. Saya susun ikut bulan, masuk dalam satu plastik. Tapi agak tak jimat ruang gak guna bekas dadih. Makan space. Tapi bila stok bergerak tu tak adalah penuh sangat DF. Still muat lagi.

Time Afham ni pulak saya request kat Mr.Teddy saya nak guna plastic storage  boleh tak. Since saya pun memang jual barangan Autumnz so haruslah pakai kan plastic storage Autumnz. hehehe. Pastu saya gitau yang jimat ruang sket bila pakai plastik. Mr. Teddy pun setuju. Kena minta approval Mr.Teddy sebab dia Menteri Kewangan saya. hahaha. So sekarang ni saya pakai plastic storage Autumnz. Nak beli saya ada jual eh. hehehe. Sempat ko promote lagi eh.

PRE ORDER

Autumnz - Double ZipLock Breastmilk Storage Bag (25 bags) *7oz & 12oz*
Retail Price : RM 12.90

Our Price : RM 11.00 (exclude postage)



Our Combo Price :

Buy 5 box - Only RM 50.00 (exclude postage)

Buy 12 box - Only RM 114.00 (exclude postage

Bila pakai plastic storage ni, time nak frozenkan tu saya baringkan dulu. Pastu kumpulkan dalam satu bekas tuk bulan tu. Bila dah sampai hujung bulan baru saya alihkan dalam plastik besar. Susun macam gambar kat bawah ni. Pastu susun stok bulan yang paling lama dalam DF kat bahagian atas. Senang nak buat konsep First In First Out (FIFO).


Monday, September 22, 2014

Penyelesaian Botol Cepat Penuh Time Mengepam

Assalamualaikum

Standard storage botol 5 oz je kan. Alhamdulillah kekadang saya pam tu dapat la penuh 5 oz. Selalunya sesi pagi la. Pastu selalunya tengah-tengah  LDR tu la botol nak penuh. Kena stop lak nak tukar botol. Dah nak kena start balik. Bila start balik dah tak LDR la time tu.Nak LDR tu kena la tunggu lagi. Dua tiga kali jadi gitu. Ahdoyainye pun.

Penyelesaiannya saya tukar guna botol susu yang 9oz. Yang fit dengan pam Medela Swing. So selesai masalah.hehee. Dah tak yah tukar-tukar botol lagi time mengepam.


Sunday, September 21, 2014

Bonding Time Abang & Adik





Afham ni fasa bergolek-golek skang ni. Kekadang sampai ke rak tv die bergolek. Alahai anak. Tapi bergolek kat abang adalah favorite die. Haha. Abang Afkar kan idola dia. kekeke. Yang abang tu pun kekadang dalam tak sedar kaki die g dakap adik. Haha. 

Saturday, September 20, 2014

Baby Koma Jatuh Fake Ergo

Assalamualaikum w.b.t

Baru cite pasal SSC ni kan. Pagi ni baca kat MBW pasal gambar kat bawah ni. Allahuakbar. Nauzubillah. Semoga keluarga baby tabah dan baby sihat seperti sediakala.

Sumber : MBW. 


Ada yang cakap nak beli SSC yang branded ni HARGA MAHAL. Setuju la jugak. Tapi kan kalau baca dalam MBW banyak lagi jenis babywearing lain - yang selamat, yang ergonomik boleh dapat pada harga berpatutan dan mampu milik. Kengkawan saya ramai je yang babywearing tak guna SSC pun. Mak Etty nampak sungguh cool babywearing dengan kain batik kendong Maira. Sha nampak stylo babywearing dengan kain ring sling (rs) yang dia buat sendiri. Ika pun dah terjebak dengan babywearing. Kagum dengan dorang. Teror rs. Saya tak pandai nak guna rs. huhuhu. SSC Brand dari Malaysia pun banyak yang harga mampu milik. SSC branded yang orang jual preloved pun banyak. Kena pandai-pandai survey n study ikut kemampuan yang kita ada. 

Saya bab-bab melibatkan safety ni risau sikit. Apapun kaedah babywearing yang kita guna, utamakan keselamatan k. Kan saya cite sampai skang saya dukung Afham dengan orbit, saya still tak confident nak free hand. Mesti ampu Afham. Paling tak pun sebelah tangan. Berhati-hati sentiasa. Pastu selalu check sebelum guna. Kat buckle, kat jahitan. Apapun pilihan kat tangan masing-masing kan. Sume nak yang terbaik untuk anak masing-masing.



Friday, September 19, 2014

ORBIT CARRIER JUMPSAC BOWWOW RAINBOW PILIHAN HATIKU

Assalamualaikum

Ok sambung cite pasal SSC daripada entry sebelum ni. Before nak beli SSC lama gak saya nak buat keputusan beli brand apa. Saya banyak refer kengkawan yang memang dah experience guna SSC.

Saya kalau boleh nak SSC yang boleh pakai untuk long term. Memandangkan anak-anak saya pulak jenis bam bam, so saya nak SSC yang body panel besar. Saya shorlist kan Stork by Snugbaby n Orbit Carrier by Jumpsac. Saya tak pernah try Stork. Orbit saya pernah pinjam kawan saya punya time try bawak Afkar dulu. Lepas dah consider macam-macam faktor saya akhirnya pilih Orbit. Saya berkenan betul dengan design Orbit Carrier BowWow Rainbow. Tapi rege die boleh tahan telan airliuq. Huhuhu. Geser-geser (read:pujuk) Mr.Teddy, dia approve bagi beli. Yeah. Lompat bintang. 

Bila dah beli, tup tup saya masuk kije, kengkawan office bagi saya hadiah yang sama. OMG. Apa nak buat dengan SSC lagi satu ni. Saya jual SSC yang saya dah beli tu. Alhamdulillah kejap je dah ada buyer. hehee. Tu r kengkawan saya cakap SSC ni memang kalau jual as pre loved item pun memang akan ada orang yang nak beli.


Kemain lebar senyum dapat hadiah =)

Taraaaa...Ni la SSC saya...Orbit Carrier BowWow Rainbow

Setakat hari ni pengalaman ber'SSC' sangat best. Kalau dukung Afham yang bam bam ni memang selesa. Badan tak sakit. Afham kalau duduk dalam SSC memang selalunya akan tertido. Sodap kena dakap. SSC gak carrier yang ergonomik. Pastu mudahkan pergerakan bila dah beranak dua ni. Nak-nak lagi kalau kejadian dua beradik berduet meragam time mak pak beli barang. hehehe. Tapi kan sampai skang kalau guna SSC ni saya still ampu badan Afham, tak confident lagi kalau tak ampu. Saya nak cite lebih-lebih pun bukan expert sangat. Baru belajar gak ni. hehehe. Tak ada lak gambo pakai orbit nak share kat sini. Nanti kalau pakai saya suh Mr.Teddy tangkap n share. 

Thursday, September 18, 2014

Kisah Soft Structure Carrier (SSC)

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share cite pasal SSC. Dorang borak-borak kat group Telegram tup tup dapat idea.hehee. Tq korang. Time Afkar dulu, saya tak pernah ber'babywearing'. Pakai stroller je ke mana pun.  Nak nak pulak Afkar jenis boleh duduk dalam stroller. Shopping barang dapur ke jenjalan kat mall ke pergi cuti-cuti Malaysia memang stroller je la jadi pilihan hati. Sebab saya rasa senang n selesa guna stroller. Pastu kalau berdukung pun, Babah yang dukung Afkar. Ummi lenggang-lenggang kangkung je. hehehe. So macam tak amik port sangat la. Pernah try SSC (pinjam kawan saya punya) tapi time tu Afkar dah agak besar, dia pun tak nak duduk dalam tu.

Ada kejadian yang buat saya tetiba berubah hati nak 'babywearing':

Kejadian 1:
Time 1st outing kami berempat kecoh oiii. Nak beli barang dapur. Afham kitorang letak dalam stroller, Afkar duduk dalam trolley sebab senang nak control kononnye. Tapi boleh pulak dua beradik ni wat pakatan meragam secara berduet. Dua-dua nak berdukung serentak. Dah sape nak tolak stroller dengan trolley tu anak-anak oii. Pastu camno Babah nak pilih barang dapur lak. hoho.

Kejadian 2:
Kejadian kat Manjaku. Tak leh nak pakai stroller sebab kawasan agak sempit. Saya kena dukung Afham sebab Babah nak g pilih barang dengan melayan Afkar. Afham boleh tahan semangat kan badan dia. Menggigil-gigil ko tangan ni ha mendukung Afham yang tengah tido. Dapat kerusi tuk duduk rasa nikmat gile. hahaha.

Lepas tu cakap kat Mr.Teddy tak boleh jadi ni, nak kena beli SSC gak. Dah anak dua ni rasanya memang perlu kot. Lebih mudah nak control anak-anak. Sambil dukung Afham boleh pilih barang, boleh layan Afkar. Multitasking. Saya pun mulakan study pasal SSC kat Group FB Malaysia Babywearers. Dah lama saya join. Group ni memang sangat-sangat membantu. Banyak info berguna pasal babywearing. Rajin-rajin la baca. Saya sebenarnya wat silap gak. Kurang (read : malas) membaca. huhuhu. Not good...not good...Sebab saya tak study pon pasal kaedah babywearing yang lain. Saya terus decide nak beli SSC time tu tapi tak sure nak beli brand apa. Kat group MBW tu sangat banyak info berguna yang dikongsikan. Tinggal lagi nak godek file n baca.So kawan-kawan sila study la dulu kaedah babywearing yang lain sebelum wat keputusan nak beli tau. Sebab bila dah beli SSC rupanya baru tau yang SSC hanya sesuai digunakan untuk baby 4 bulan ke atas. Dekat group MBW ada dorang share.

Dah tersadai SSC yang saya beli kat umah. Mr. Teddy dah duk perli-perli bila nak guna sebab beli dah mahal. Tapi saya cheghelat sikit Afham 3 bulan saya dah start guna SSC. Mula-mula tu try guna dalam rumah je tuk tidokan dia. Guna kaedah 'cinch base'. Sebab time tu fasa dia tak nak berletak. Nak tido berdakap. Masuk buai pon tak jalan. Sudahnya masuk dalam SSC, Afham lena tido dalam tu. Dah Ummi bergoyang sambil dakap dia kan mana tak selesa.

Eh rasa dah panjang lak cite. Nanti r sambung next entry cite pasal SSC lagi. Ok bye.

Thursday, September 11, 2014

Tips Banyakkan Susu




Tips yang semua mommy share dalam Majalah Pa & Ma edisi bulan Ogos ni adalah pengalaman sendiri untuk meningkatkan susu ibu. Bolehlah cuba diamalkan. Tengok keserasian yang mana ok. Dalam hal ni kena try n error. Serasi kat orang lain tak semestinya kat kita pun serasi. Selamat mencuba yer kengkawan. Kat bawah ni saya ringkaskan:

  • PEMAKANAN : Amalkan pemakanan yang boleh perbanyakkan susu ibu seperti lobak putih, kurma, pegaga, habbatus sauda. Banyakkan minum air masak, susu, minuman bermalta atau bercoklat. Untuk saya sendiri serasi dengan buah kurma, cheese & air horlicks untuk banyakkan susu. Minum air masak/mineral sehari memang kena banyak.
  • KONSEP ASAS PENYUSUAN (SUPPLY VS. DEMAND) : Susukan bayi atau pam di pejabat sekerap mungkin kerana asas penyusuan adalah penawaran dan permintaan. Selalu mengamalkan power pumping. Bangun awal pagi untuk pam susu kerana aliran susu pada waktu pagi lebih banyak berbanding waktu lain. Kalau kat rumah pagi-pagi saya tak pam sebabnya subuh-subuh tu Afham akan menyusu dengan saya. Kalau kat office lak saya pam 3 kali sehari. Selang 3 atau 4 jam. Sehari Afham minum 18 oz (3oz x 6botol). Saya target untuk dapatkan hasil pam sehari 18 oz atau lebih daripada tu. Kalau tak dapat, saya tambahkan sesi mengepam. Balance daripada 18oz tu boleh dijadikan stok. Bila susu tetiba drop saya amalkan power pumping sampai production susu jadi macam biasa. Power pumping ni boleh membantu untuk kilang susu setkan balik keperluan susu. Camna nak buat? Untuk pam single, pam sebelah kiri 10 minit. Stop. Sambung sebelah kanan 10 minit. Untuk double pump, pam serentak kedua-dua belah 10 minit. Stop 10 minit. Sambung balik pam kedua-dua belah 10 minit. Buat ulang-ulang sehingga 30 minit atau satu jam. 
  • SIKAP : Sentiasa positif dan gembira selalu. Jangan stress. Time menyusu badan memang sebolehnya elakkan stress. Kekadang akan bagi kesan dropkan susu. 
  • Niat dan yakin dengan rezeki Allah. Setiap kali menyusu, berdoa agar susu sentiasa cukup untuk anak. Setelah semua usaha kita dah buat, berdoa dan tawakal agar susu sentiasa cukup.

Sumber : Majalah Pa & Ma.










Wednesday, September 10, 2014

Afham 5 bulan

Assalamualaikum w.b.t

Saya jarang share pasal Afham kan kat blog. Gambo Afham pon tak banyak dalam blog ni. Zaman Afkar kemain setiap bulan nak update perkembangan kat blog. Ahdoi omak eh excited terlebih. So arini Afham genap 5 bulan moh ler kite share sket pasal si debot saya sorang ni. 

Afham ni mudah tersenyum. Kalau bangun pagi-pagi kita bagi salam dia senyum je. Kalau Babah agah memang la mengekek gelak. Ada sket bunyik jeles di situ dengan Babah. huhuhu. Abang dia memang dah jadi idola la. Abang joget hi-5, dia tengok je. Pastu sengih sensorang. hehe. Alhamdulillah setakat ni tak banyak meragam. Senang nak jaga. Kalau nak buat kerja lain tu aci la gak tinggal kejap-kejap. Kalau lama-lama nangis gak suh angkat. Mudah-mudahan berkekalan la ye Afham sampai bebila. Anak nombor dua kot eh. Kan orang cakap anak no. 2 ni senang sket jaga. Kembang la Mr.Teddy tu. Dia kan anak no.2. Cumanya time nak tido siang la payah sket kekadang tu. Nak tidur berbuai. Kalau tak ada buai, silalah dukung sambil bergoyang ye. Time-time ni lah Soft Structure Carrier  (SSC) memang sangat-sangat membantu.  Berat 9.3 kg memang kalau dukung tu boleh naik le gak muscle. Kalau malam lak, pas maghrib Afham dah tido. Bangun minum susu, pastu sambung lena balik. Dengan Ummi join sekaki lena. Eh? Memang skang ni dah jarang la kuar malam ke mana-mana kitorang ni.


 Saya murah dengan senyuman 


Kena gigit hidung maintain senyum



Mengekek gelak kena agah dengan babah 


Skang ni kuat menyembur air liur. Abis rambut Ummi tau. Eh ada kaitan ke. Ntah le orang cakap budak kuat main air liur wat rambut mak gugur. Kebetulan rambut saya memang tengah keguguran yang melampau skang ni. Walaupun belum start makan tapi dah kena pakai bib, sebab bila Afham mula menyembur memang lencun baju dia. 

Tersangat le suka menghisap tangan. Sepenumbuk kalau boleh nak masuk dalam mulut. Kekadang ngan tangan-tangan kita dia nak hisap. Tu yang ada orang ingat Afham dah nak makan. Belum lagi eh Afham. Tunggu bulan depan ok. Dah boleh nak genggam/pegang jari kita, rattle, teether. Semua pon nak bawak masuk ke mulut.

Jari kita sedap dihisap...nom nom...


Afham start meniarap masa 4 bulan seminggu hari tu. Kepala tegak bila meniarap. Sebelum-sebelum tu dia dah try nak meniarap tapi tak lepas-lepas. Montot berat Afham. hehehe. Pastu tunjuk skill kat rumah Mama. Ngan Ummi tak nak tunjuk. Tak lama pastu barulah dia tunjuk skill ngan kitorang. Dah tu memang kije tunjuk skill je la tapi tak reti nak telentang balik. Dah nangis minta tolong telentangkan bila dah penat meniarap. Pastu kalau pegang dia, dia tak suka baring terlentang. Kena dukung sambil tegakkan sket badan dia. Kekadang tu dia suka tolak badan dia ke depan. Rasa cam dah beso sangat ler tu agaknya. 



Berat Afham time 4 bulan aitu 9.3kg. Ni dah masuk 5 bulan, belum timbang lagi. Saya n Mr.Teddy selalu main teka-teka berat Afham tiap kali bawak g check up. Skang minum susu 3oz per feeding. Saya bekalkan 6 botol. Boleh tahan kan banyak Afham minum. Ummi pun kena lebih gigih mengepam. Setakat ni stok susu adalah dekat 500oz dalam deep freezer. Walau tak banyak mana pun tetap bersyukur. Alhamdulillah. Semoga terus dilimpahkan rezeki ini dan dipermudahkan perjalanan kami. Amin. 

Tuesday, September 9, 2014

Waktu yang Sesuai untuk Baby Makan

Assalamualaikum w.b.t

Time Afkar genap 6 bulan saya baru start intro solid food. As suggestion pakar kanak-kanak. Afham insyaALLAH pon sama la kot. Mudah-mudahan. Tak lama dah tu. Lebih kurang sebulan je lagi. Kenapa eh sebelum baby 6 bulan tidak boleh bagi solid food? Pastu bila nak start tu, apa yang perlu dibuat? Apa yang boleh dan tak boleh bagi ikut umur?

Makanan pejal tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:

  • Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan
  • Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.
  • Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
  • Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
  • Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.
Kaedah-kaedah Memperkenalkan Makanan Pejal
  • Mulakan dengan satu atau dua sudu makanan. Selepas beberapa hari, makanan pejal boleh diberikan dua, dan seterusnya tiga kali sehari. 
  • Jangan tambahkan makanan pejal ke dalam botol susu.
  • Jangan tambahkan garam atau gula kepada makanan bayi.
  • Makanan pejal boleh dicampurkan dengan sedikit susu badan atau air masak.
  • Mulakan makanan baru satu demi satu supaya dapat mengenalpasti apa-apa alahan makanan. (Apply 4 days rules)
  • Sekiranya bayi tidak mahu makan sesuatu makanan baru, cuba berikan makanan itu sekali lagi, selepas beberapa hari. Kadangkala bayi akan mengambil makanan tersebut setelah mencuba beberapa kali dan telah membiasakan dirinya dengan rasa baru
Makanan yang perlu dielakkan pada peringkat awal

  • Jangan berikan madu lebah kepada bayi di bawah umur 1 tahun, kerana madu kadangkala mengandungi kuman, yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya dalam bayi (‘infant botulism’).
  • Telur tidak patut diberikan sebelum umur 6 bulan. Selepas itu, bayi boleh diberikan telur yang perlu dimasak penuh, sehingga putih dan kuning telur menjadi keras, untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Kacang keras tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 5 tahun, kerana bahaya tersumbat dalam salur pernafasan. Kacang yang dikisar atau ditumbuk halus boleh diberikan selepas 6 bulan.
  • Makanan rendah-lemak, rendah-kalori dan serat-tinggi tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan tenaga yang tinggi untuk tumbesaran dan memerlukan makanan yang berlemak, dengan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi.
  • Bayi perlu diperhatikan dengan teliti ketika makan, untuk memastikan bayi tidak tercekik. Kita boleh meningkatkan minat bayi dengan membenarkan bayi untuk cuba makan dengan sendiri, menggunakan tangan atau sudu.
Sumber  : Doktor Budak

Tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk makan:
  • Boleh menegakkan kepalanya sendiri
  • Hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. 
  • Mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya. 
SUmber: Babycenter



Sumber : Group FB Solid Food For My Baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...