Thursday, August 28, 2014

Bila motor merajuk

Assalamualaikum w.b.t

Ada orang pernah cakap yang kereta atau motor ni kena jaga gak perasaan. Maksudnya kalau rasa nak tukar yang baru, jangan cerita depan yang lama. Nanti kang yang lama merajuk. Saya macam erksss. Betul ke???

Tapi lepas dah dua kali terkena ni macam "eh eh betul la" hohoho. Sekali tu time nak tukar kete lama kitorang MyVi. Mr.Teddy duk cerita-cerita pasal nak tukar kete baru. Tak lama pastu tup tup tersadai kitorang kat Highway Mahameru. Pernah cerita kat sini. 

Yang terbaru lagi terkini pulak motor. Kebetulan motor Mr.Teddy guna skang ni baru je abis bayo installment. So dia adalah ura-ura nak tuko motor. Taaaaapi bukan la sekarang nak tukarnya. Kena tunggu kitorang pindah Klang dulu baru la cadangnya nak tukar. Banyak tahun lagi tu nak pindah Klang. Kunci pon lom dapat. Agaknya cik adik motor ni dah terdengar yang tuan dia ada hati nak tuko motor, terus merajuk. Buat hal!!! Time Mr.Teddy tengah bawak tetiba rosak tengah jalan.


Caption Mr.Teddy penuh syahdu. hahaha. Tu la lain kali simpan niat dalam hati je. 


Saturday, August 23, 2014

Tips Ajar Bayi Botol Susu

Assalamualaikum w.b.t

Afham saya start ajar hisap EBM guna botol susu lagi 2 minggu nak start kerja. Time nak ajar tu nebes gak. Takut dah terlewat nak start ajar. Doa je banyak-banyak time tu. Mudah-mudahan Afham nak botol susu. Pastu tanya gang wasap kedok, dorang share camne nak mula ajar. Kira ni macam 1st experience gak la. Sebab Afkar dulu memang awal-awal dah belajar guna botol. Bila time malam Afkar mertua yang jaga, sementara saya rehat so bagi EBM dalam botol time tu. Guna botol bese je. Pureen yang kecik tu kot tak silap. Bila dah duduk rumah pengasuh baru tukar botol MAM. Kiranya tak adalah pengalaman sendiri ajar Afkar botol. Tu yang nebes semacam kot.

Time yang belanja mak n Mr.Teddy makan kat Shang Ri La hotel aritu, 1st time intro botol kat Afham. Bagi EBM. Guna botol Fiffy. Ditolaknya mentah-mentah botol. Ahdoiyai Afham. Dah dup dap ni. Ye la sekian lama hanya isap susu cap gantung tetiba Ummi suh isap botol. Memang nehi nehi la jawabnya. 

Pastu suh Mr.Teddy beli botol MAM. Siap cakap kat Mr.Teddy kalau Afham tak nak gak botol MAM minta tolong Mr.Teddy lak yang ajar. Kot-kot dia bau saya dia tak nak botol . Macam Abang Afkar. Afkar kalau ada saya memang dia tak nak botol. Pandang sepi je botol susu kalau ada yang 'original'.

1st day ajar, bagi sekali je yang sesi pukul 8 pagi tu dia minum guna botol. Mula-mula dia tolak-tolak gak tau, pastu slowly pujuk. Dia cam tak reti sangat kot nak hisap guna puting botol. Saya sumbat Cik N, pastu tarik Cik N perlahan-lahan sumbat lak botol. Saya letakkan puting botol kat tepi mulut, pastu bila Afham buka mulut je, terus sumbat puting n dia start hisap.Ok settle la 2 oz sekali minum tu. Esoknya jadikan 2 sesi lak minum. Pastu makin meningkat. Alhamdulillah dia ok la minum EBM dalam botol susu. Lega Ummi. Dengan cara ni gak boleh tahu sekali minum bape oz n bape kali sehari. Senang nak estimate bila naik kije nanti.

Mula-mula hantar kat rumah Mama, saya bekalkan 2oz x 6 botol. Dalam mingggu kedua tu Mama cakap Afham minum 2oz sekejapan dah licin. So naikkan jadi 3 oz. So sampai hari ni dah 4 bulan lebih, Afham minum 3 oz x 6 botol. Total 18 oz.


Friday, August 22, 2014

MH17:Negara Bertafakur Selama Satu Minit

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni 22hb Ogos 2014 satu lakaran sejarah buat Malaysia tercipta. 20 jenazah penumpang dan anak kapal nahas #MH17 yang telah dikenal pasti identiti dibawa pulang ke Malaysia. Saya tak nak ketinggalan tengok siaran langsung kat TV1 tadi. Tu je channel yang clear kat office ni. Ok je la pun. Kitorang satu office berkumpul tadi tengok. Sedih je masing-masing. Penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dilaksanakan dengan penuh istiadat.



Tengok siaran langsung kat TV1

Satu demi satu keranda di bawa turun. Sepi je sume orang, masing-masing khusyuk melayan TV. Bila penyampai tu baca profile setiap jenazah yang dibawa pulang saya paling tersentuh jenazah Arwah Hakimi, pembantu juruterbang. Arwah ada anak kecik 9 bulan. Semoga isteri Arwah, Asmaa tabah hadapi dugaan. Saya kenal Asmaa time Matrix dulu. Tapi tak adalah rapat sangat.

Bergenang air mata. Membayangkan diri sendiri di tempat isteri Arwah. (tears) Macam mana pulak keadaan anak-anak sekiranya saya atau Mr Teddy pergi dulu. Ya Allah,semoga kami terus diberi kesempatan melihat anak-anak membesar. Semoga dikekalkan pinjaman-Mu ini hingga ke akhir hayat kami.

Dekat office saya ada pengumuman untuk minta semua memberhentikan kerja masing-masing dan bertafakur sebentar dengan membaca Al-Fatihah buat jenazah. Damailah kalian di sana. Semoga  roh dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan beriman. Takziah buat semua keluarga mangsa yang terlibat.


Monday, August 18, 2014

Anak Bapak



Tahun 1985 vs 2011 vs 2014. Mr.Teddy vs. Afkar vs. Afham. Sebijik tak muka dorang bertiga. Masa Afkar lahir sume pon cakap Afkar ikut muka Mr.Teddy. Bila Afham lahir pon sama. hahaha. Memang sume pon muka Babah. Tak pe tak amik ati pon. Babah dorang kan. Kite tunggu next kot-kot girl la ikut muka Ummi. Eh? Amin kan yer. hehee.

Afkar bila makin besar ada la sikit ikut muka saya. Ok baru lah adil dan saksama. hehehe. Budak-budak ni memang anak Babah (read: anak bapa) pon. Terutama Afkar la. BFF sangat dengan Babah dia. Ngan Ummi asik nak ajak gaduh je. Ahdoi. Dah tu time adik dia nak tidur la, nak nyusu time-time tu la ada perangai nak dibuat. Afham kalau dengan Babah pun kemain tau. Babah agah kemain besor gelak.


Tengok!!! Kemain besor gelak sampai mata jadi sepet. hahaha. Babah ajar Afham selfie.


BFF bertiga... Ummi tukang amik gambo je la. Sob sob sob.




Friday, August 15, 2014

Kisah Puting

Assalamualaikum w.b.t

Si Abang Afkar ni kan ada satu perangai SUKA GIGIT PUTING botol susu. Gigit sampai berlubang. Dia ingat mak pak dia ada share kot. Ohoi la anak. 2pcs puting yang bese Afkar guna rege dalam RM25. Kalau tuk sebulan sekali or 3 bln sekali tuko berpatutan ler tu. Tapi kalau dah tetiap minggu nak kena tuko puting berlubang dengan poket mak paknye berlubang sekali. Mak #bajetketat katenye.

Dah pening mak pak memikiorkan camne nak buat. Dari baby memang dia hisap susu guna puting brand tu. Pastu jenjalan kat Manjaku jumpa puting wide neck Pureen. RM6.90 2pcs. Ha ni nak gigit sampai berlobang tetiap minggu pon sila kan lah yer nak.  Rasa nak tuko. Afkar pun dah beso time tu. Tapi xtau dia nak ke tak. Pastu xsure lak fit ke tak puting dengan botol. Klu tanya orang Manjaku memang dia jawab tak fit...prffttt...Try je la beli. Beli satu botol pureen wide neck. Kang agak-agak tak muat puting tu kat botol bese guna kite pakai kat botol pureen je la. Puting pureen wide neck ada size sampai XL.

Try puting pureen tu kat botol yang dia selalu guna eh eh muat la. Yeah selesai masalah. Afkar pun nak minum susu guna puting tu. Ni cadangan je la ye tuk mak-mak yang ada masalah cam saya. Kalau tak ada masalah teruskan je la dengan apa yang dah dipilih. Pilihan di tangan kita as parent. 

Tuesday, August 12, 2014

#Throwback Hari Raya

Nak join r wat #throwback hari raya gak. hehee

2011 - Slim River. Raya pertama berdua. Afkar ngah wat peace dalam perut. haha.
2012 - Klang. Tahun pertama bertiga.
2013 - Slim River. Masih bertiga.
2014 - Klang. Dah berempat.

2012 - 9 bulan kot tak silap
2013 - setahun 8 bulan
2014 - 2 tahun 8 bulan


Nota Pengendalian Susu Ibu untuk Nursery/Pengasuh

Assalamualaikum w.b.t

Afham saya hantar kat pengasuh yang sama dengan Afkar. Memang dah sedia maklum yang Kak Emy biasa handle susu ibu. Tapi saya still provide Nota panduan pengendalian susu ibu untuk K.Emy. Sebab saya sendiri pun banyak dah lupa.

Susu-susu Afham saya masukkan dalam cooler box polysterene yang warna putih tu. Beli kat Giant RM 8. Tapi tak tahan sangat tau. Ice pack akan cair. Kak Emy akan transferkan susu-susu Afham dalam peti ais rumah kak Emy. Kalau nak tahan beli cooler box yang macam orang memancing tu. Aitu survey kat Giant harga dalam RM 70 ++. Sementara #bajetketat ni kita guna dulu apa yang ada.

Dekat box ni saya tampal note cara pengendalian susu ibu. Laminate sendiri je kat umah. Guna iron. Tu yang berkerekot sket.

Close up sikit notes.

Kalau ada yang nak copy, leh copy kat bawah ni. Print pastu potong lek lok, laminate n tampal kat box. 

CARA-CARA PENGENDALIAN SUSU IBU.

1. AMBIL BOTOL MENGIKUT TURUTAN NOMBOR (CONTOH : 1-6). GUNAKAN BOTOL YANG PALING AWAL TERLEBIH DAHULU. 

2. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU TERLALU KUAT KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DALAM SUSU IBU. GONCANG PERLAHAN SAHAJA BAGI SEBATIKAN LEMAK-LEMAK YANG TERPISAH.

3. MASUKKAN BOTOL SUSU KE DALAM WARMER YANG BERISI AIR (PASTIKAN SUHU ADALAH 40 DARJAH CELCIUS) ATAU BEKAS YANG BERISI AIR SUAM (NISBAH 1 AIR PANAS DIDIH : ½ AIR SEJUK) TIDAK LEBIH DARI 15 MINIT. JANGAN PANASKAN SUSU DENGAN SUHU YANG LEBIH PANAS (DI ATAS API DAPUR ATAU MICROWAVE). SELALU PERIKSA SUHU SUSU SEBELUM BERIKAN KEPADA BAYI. 

4. TUANG SUSU DARI 'STORAGE BOTTLE' KE DALAM BOTOL SUSU YANG DISEDIAKAN UNTUK BAYI MINUM.

5. SUSU IBU YANG DAH MINUM PERLU DIHABISKAN 1 - 2 JAM. SELEPAS 1 - 2 JAM, BAKI SUSU HARUSLAH DIBUANG. SUSU YANG BELUM MINUM, TAPI TELAH DIKELUARKAN DARI PETI AIS PERLU DIHABISKAN 3 - 4 JAM. 

6. JANGAN BIARKAN BAYI MINUM SUSU DENGAN SENDIRI BAGI MENGELAKKAN TERCEKIK/TERSEDAK SUSU. SENDAWAKAN/TEPUK BELAKANG BAYI DENGAN PERLAHAN SETIAP KALI SELEPAS PENYUSUAN.

7. JANGAN BERI BAYI AIR MASAK ATAU MAKANAN TAMBAHAN LAIN. HANYA SUSU IBU SAHAJA SEHINGGA BAYI BERUSIA 6 BULAN.

*******************************************************

Monday, August 11, 2014

Majalah Pa&Ma Ogos 2014 : Edisi Khas Penyusuan

Assalamualaikum w.b.t

Citer ni dah agak basi. Tapi nak share gak. Majalah Pa & Ma bulan Ogos pun dah habis jual kot kat kedai. Kisahnya i ols masuk magazine Pa & Ma. Tapi bukan la front page ye. 

Time ni tengah cuti maternity lagi. Bulan 6 kot tak silap. Tapi dah abis pantang la. Yana #kedokian #morenian up kat wasap group, sape nak join photoshoot magazine Pa & Ma, keutamaan tuk bf mom. Sebab edisi berkenaan dengan penyusuan. Terus lelaju angkat tangan. hahaha. Pastu tanya Mr.Teddy dia pun bagi green light.

Pada hari kejadian sepatutnya Mr.Teddy yang teman. Tapi boleh lak dia ada meeting. Hoiiii kecewa hati ku ini. Pastu macam dah give up la tak nak join dah tak ada orang nak teman. Manja tak. Pang sedas. Tergerak lak tanye akak-akak dulu boleh teman tak. K.cik sudi nak teman kite. Yeah. Terubat balik kekecewaan hati. Nampak nau gile glam. Keke. 

Photoshoot in group. Nasib baik. Kalau tak mau keras kejung sensorang. Ai is shy shy cat. Tapi gile glam. Ha achaner tu. Buat in two group sebab ramai gak. Kitorang sampai awal, pastu Afham tidoq pulak. Kite join group lagi satu. Moh le tengok 'behind the scene' photoshoot Pa & Ma.

~Kecik-kecik dah masuk magazine eh si debot ni

Sementara tak ramai moh kite posing berdua dulu Afham. Afham dah ngantuk balik time ni.

Hari tu split dua group session. Yang ni group lagi satu. 


Yang ni group saya

Sempat posing dengan Aunty Mimy & Abam Fayel ensem. Afham dah nangis.


Bila dah keluar majalah hasilnya:


Jangan carik Afham kat sini. Sampai esok tak jumpa. Ni cover Pa & Ma Bulan Ogos 2014


Ni lah dia page nye. Ngeee. Cer carik tuan belog kat mana

Close up sket

Korang jangan lepaskan peluang dapatkan Majalah Pa & Ma Ogos 2014 ni kat pasaran tau. Edisi Ogos 2014 ni ada panduan lengkap berkenaan penyusuan susu ibu. Serious berguna tuk bakal-bakal ibu & ibu-ibu yang breastfeeding.




Saturday, August 9, 2014

Raya 2014 : Slim River

Ok sambung cite semalam. Raya kedua tu kitorang balik Slim River. Perjalanan Alhamdulillah smooth je. Tak jem. Selalu kalau balik Slim ni biasanya akan duduk rumah je. Sebab mak, ayah n family lain dah jalan beraya time raya 1st tu. Mr.Teddy ni penyegan sket nak beraya sendiri-sendiri. Tahun ni saya zikir kat telinga minta dia bawak kitorang anak-beranak pergi beraya. So beraya la gak kitorang g rumah sedara-sedara kat Slim. Gambo nan ado. Tak sempat!!!


Orang ajak beraya. Dia sibuk main kolam ikan lak. Grrrrr.

Afham dengan Shazad Imran. Anak cousin Mr.Teddy. Afham tua sebulan dari Shazad.

Tahun ni gak kitorang berjaya amik gambo sekeluarga kat studio. Akhirnya!!! Dari zaman berdua, dah jadi bertiga sampai dah berempat setiap kali raya ajak Mr.Teddy ambil gambo studio. Duk nanti-nanti, balik Bangi la sudahnya memang tak ada. Geram je. Tahun ni dah tahu trick dia tu kan ajak la gak bergambo kat Tanjung Malim. Sekarang gambo studio dah lain eh. Dulu kan pakai canvas kan as background. Tapi studio yang kitorang pergi ni background dia hijau je. Ala macam orang wat filem guna CGI tu. Pastu nanti dia edit kemudian ikut background mana yang kita nak. Dia ada provide satu album background untuk kita pilih. Gambo lom siap. Ramai katanya yang amik gambo studio. 2 minggu baru siap. Nanti saya share kendian.

Posing dengan Afham otw nak g Studio

Kat Slim, sesi bermaafan n posing-posing dengan family kitorang buat before balik Bangi. OTW balik Bangi tu nak singgah Rawang jap g umah Mak De n Achu Mr.Teddy dengan In Law. Dah alang-alang Mak n Ayah dah siap-siap tu jomlah kita berposing.

Ni je gambo family yang ok sket. #bertabahla. Payah nau nak ajak Afkar bergambo skang ni

Udah le kalau tak nak bergambo tu. Kita bergambo je la bertiga

Tengok AFkar tu!!!!APTB

Dengan ibu mertua ku

Ibu Di dengan Afham debot

Afham dengan Atuk n Opah

Feeling putera raja la tu konon makan bersuap atas buai.






Friday, August 8, 2014

Raya 2014 : Klang

Assalamualaikum w.b.t

Ohoiiiiii. Mana tuan belog ni menghilang dekat sebulan tak update blog ha. Dah nak terbatuk-batuk meniup habuk. Fuh fuh fuh. I ols busy la u ols. Masuk-masuk kije pas cuti bersalin terus kena start Gear 5. Tercungap-cungap makcik nak settlekan kije. huhuhu. Pastu sambung cuti beraya pulak. Banyak gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee benda nak share, tapi tak sempat (nangis tepi PC). Ok sementara ada free ni time moh le lelaju update blog. Kang dah abis raya baru nak up cite raya apa kes. Kuih pun dah tinggal serbuk je ha. Sebelum terlambat nak wish dulu:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Sekiranya terlanjur tulisan, terlajak perbuatan, terguris perasaan yang membaca. Kosong-kosong eh

Ok jom sambung cerita raya. Tahun ni turn beraya kat Klang. Belah saya. Yeah. Lompat bintang sket. Memandangkan dah memang ada sistem giliran so tak adalah drama air mata berebut turn balik kampung laki bini. Tak adalah baling-baling dadu ke main osom ke. hehe. Kita ikut je la giliran sedia ada. Berapa bulan nak raya dah ingatkan kat Mr.Teddy "TAHUN NI RAYA UMAH KITA TAU!!!" Jangan nak wat-wat lupa pulak eh. 

Raya tahun ni lebih bermakna. Dah tambah hulubalang lagi sorang nak kena siapkan. Walaupun semua tiga hulubalang mengelilingi permaisuri sorang ni, tapi permaisuri menggunakan kuasa vetonya menetapkan warna tema tahun ni adalah PINK!!! hahaha. Lantak kan Mr.Teddy kena pakai warna pink. Terpaksa rela kawan tu. Bab warna ni sebenarnya tak dirancang. Saya ni kan cuti bersalin. Pastu tetiba dah abis pantang tinggal tak lama dah nak raya. Boleh ko tak perasan. Persiapan raya satu hape tak buat lagi time tu. Tailor pun tak nak amik dah tempahan. Sob sob sob. Pastu time cuti bersalin tu adalah saya ni shopping online sikit-sikit ye ke sikit. hahaha. Hari-hari courier datang umah dah naik cam dah budak tu Pastu banyak-banyak tu macam dress warna Pink je berkenan nak pakai di pagi raya. Jadilah warna tema kita tahun ni Pink. Boleh la eh Dy sambil kenyit-kenyit mata Persiapan pun ala kadar. Baju banyak repeat yang ada je. Untuk anak-anak la extra sikit pun.

Pagi-pagi raya pertama bersilat dulu nak siapkan dua hulubalang. Hulubalang lagi sorang dah besar gedang boleh siapkan diri sendiri. Yang dua hulubalang kecik tu nak kena siapkan. Dengan yang hulubalang sulung wat perangai tak nak berbaju di pagi raya. Ko jangan nak drama sangat yer nak. Omak ko ni kang bertukar jadi hijau. 

Tengok ha tuan blog baru sempat nak isi perut. Menu wajib ketupat, rendang yaw. Baru raya. hehee

Eh Makan lagi. Saya mak anak dua harap faham. hehee

Lepas semua orang dah balik sembahyang raya, moh le kita mulakan acara tahunan bermaafan salam kaut untuk budak-budak. Makin besar family saya. Kemain panjang beratur tunggu turn nak bersalam. Sampai ke belakang tu. hehehe. Dah settle bermaaf-maafan, berposing pulak. Bergambar keluarga. Lepas tu baru pergi keluar beraya ke rumah jiran-jiran dan rumah Pak Lang yang dekat dengan rumah. Petang diorang ziarah kubur arwah Ayah, saya tak follow. Jaga anak-anak kat rumah yang kebetulan tengah tidur time tu. Malam nya kitorang g KL. Patut ada dua rumah. Tapi Mok Teh saya balik kampung. Kitorang beraya umah Busu je kat Ampang. Tahun ni gak kitorang tak balik Melaka sebab anak-anak buah ada yang nak exam SPM n UPSR. Tengok je la gambar banyak-banyak ni.

~Makin besar family saya~

~Budak tak ada mood di pagi raya~

~Mak pak jadi bujang sebab anak-anak abang saya tolong pegangkan~

~Bermaafan dengan bonda tercinta~

~Beratur-beratur tunggu duit raya Cik In dengan Cik Joy~

~Tahun ni hulubalang sulung ni nak pegang duit raya sendiri. Penuh poket dia. Kemain excited dia bersalam nak duit raya punya pasal.~

~Family kecil saya dengan bonda tercinta.~

~Ladies of the family~

~Family besar. Meriah!!!~

~G beraya rumah Tuk Alang boleh lak dia jumpa beskal ni. Mula-mula elok naik main loceng~

Pastu nak jadi pomen lak.

Sr. n Jr. Ramai cakap Afkar adalah Jr. si Luqman ni. Anak sedara saya. Perangai diorang time kecik-kecik sama. Muka pun lebih kurang. Nampaknya kena la Ummi awak ni menuntut dengan Mak Ngah camne Mak Ngah handle Abang Luqman

~Korang tengok duduk sebelah Luqman. Amboi nak, kemain duduk tu. Like a boss sangat. G beraya rumah orang ni.

Si debot Ummi ni. Saya pakai baju 1-2 tahun. Sebab baju saya dah tak muat.

Raya kedua saya dah balik Slim River. Ni dah siap-siap nak balik Slim. Bagi can Mr.Teddy lak senyum sampai telinga. hehee.

 Tengok ni apa pesen nak melanyak Ummi ntah.

Sesi memujuk

Selamanya si Manja Ummi

Si Adik dah nak mula nangis, Si Abang dah sibuk minta HP, Si Ummi yang maintain control cun. bahaha.

Raya Slim saya sambung next entry. Ok Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...