Friday, July 11, 2014

Kembali Bekerja!!!

Assalamualaikum w.b.t

Amboi kemain rajin lak update blog nih. Saya dah naik keje 9 Julai aritu. Setelah bercuti 3 bulan. Lemau koooo 1st day kije. Dah r bulan pose kan. Tapi banyak keje dah menanti ni. Ha punya la cuti lama sangat kan sampai boleh lupa office sendiri tingkat berapa. AHdoi. Banyak nau ke urat putus ni time beranak. Lama termenung depan lift nak ingat-ingat balik. Kronik tak agak-agak. Tu pun ada hati nak extend cuti sampai pas raya.


Nasib le x lupe camne naik lrt.


Ramai tegur i oll kurus. Ehem ehem. Kembang tak kuncup-kuncup dah ni. Tolong jangan terpedaya ye. Ni adalah pandangan semasa bulan puasa sahaja. Selepas puasa, siap ko!!! Membesar bagaikan juara balik r jawabnya.  Nak share gambo ke. Malu ler i oll. Hehe.

Benda 1st yang dibuat bila masuk kije adalah APPLY CUTI RAYA. hahaha. Baru naik kije dah pikior nak cuti. Dapat email kena apply cuti sebelum 15hb, moh le apply cepat-cepat sebelum terlupa.

Apply cuti raya jom

Dah puas cuti 3 bulan kan, moh le kembali membanting tulang. Melaksanakan tugas Saya Yang Menurut Perintah. Ok udah..udah. Pergi sambung buat kije. Eh nak g pam kejap ah. Rutin kembali seperti biasa. Rindunye. Berehat tuk beberapa bulan. Kembali mengusung pam & cooler bag.



Thursday, July 10, 2014

Mak Beranak Dua

Assalamualaikum w.b.t

Lamanya tak update blog. Bz i ol anak dua katanya. Dah tercicir-cicir sume bende pon. hahaha. Tu pon sib baik si Abang Afkar hantar macam biasa kat rumah Mama dia. Kalau tak, mau Babah diorang balik umah tak cam Umi kang. Bini ke Hantu K.Limah ni. Ahdoi. Merasa sebulan lebih duduk umah berdua dengan Afham => Penat oiii rupenye jadi surirumah. Tabik spring kat semua fulltime housewife. Tapi bila muhasabah diri balik, bayangkan orang lain berada dalam situasi sama. Kengkawan yang bersalin lebih kurang. Dengar ada yang cite tak sempat nak g toilet bagai melayan ragam anak, tapi still sempat siapkan keje rumah dengan jayanya. Sempat memasak, sempat layan dua-dua anak. Korang memang inspirasi daku. Terus tak jadi stress n positif balik. U can do it Airen!

Afham Alhamdulillah jenis jarang meragam. Tapi bila dia dah meragam, ha amik ko!!! Kuat merajuk ni kalau lambat bagi susu. Memang payah le nak pujuk. Afham susah tido siang, kekadang berbuai berejam pun belum tentu dia nak lelap. Kekadang dah lelap dalam buai, dah terkejut-kejut pulak. Sudahnya dukung dalam SSC. Baru lena. Awak selesa, Ummi pun selesa. Tu yang kekadang kalau siang, kelam kelibut buat kerja rumah. Tengah memasak kat dapur, dengar anak menangis berlari lak ke dalam bilik. Sib bek tak ada kes lauk hangit. Tengah jemur baju, berlari lagi bila anak menangis. Berlari saja. Kurusnye idok jugak. Kalau mood dia tengah elok, tak ada hal tinggal dia main sensorang. Time tu kalu, ha memang macam lipas kudung la buat kerja sebelum mood dia berubah. Tapi kalau mood tak baik, nak kita mengadap dia je. Macam-macam ragam anak ni. Lain anak lain ragam.


Lena dalam ssc

Malam Alhamdulillah setakat hari ni Afham tido ok. Bangun menyusu, tido balik. Tak ada lah merasa jadi burung hantu lagi. Hopefully berkekalan la ye nak. Afkar pun sama. Dia minum susu sebelum tidur, pastu tidur sampai ke pagi. So tak ada dah la drama kuis-kuis kaki masing-masing (Umi n Babah) atau osom sape nak bangun bancuh susu anak. hehehe. Bila malam Afkar dah ada kat rumah bersilat cara lain lak. Melayan dia. Makin lama makin banyak akal. Afkar ni dengan adik setakat ni Alhamdulillah ok. Tak ada lagi adegan wrestling ke hape dengan adik. Dia buat hal dia je. Taaaaaaaaaaaaaapi dia punya suara MasyaALLAH. Cair taik telinga dibuatnya. Nakkan perhatian mak pak eh gitu la. Dah r tido lambat hari-hari. Melayan tv. Babah yang teman. Umi kedaung dah tido. Bila Umi dah start kije, Babah paksa dia tidur awal. Eh eh macam Afkar lak yang nak kena g kije ye. 

Bulan Ramadhan ni, time berbuka tu selalu dua beradik ni memang berjaga. So letak Afham dalam rocker letak kat tepi meja makan. Dia asal nampak muka mak pak dah senyum sampai telinga dah. Dia nak ada orang depan dia. Kadang-kadang abang kalau mood baik tolong layan adik. Agah-agah adik tu. Kang adik tersengih-sengih meleret macam kan paham. hehehe. Suka tengok bonding time dorang berdua. Matik kena kutuk puji anak sendiri nih. Kadang-kadang pulak Afkar dia nak join makan sekali. Pastu minum air kalahkan orang yang puasa ni. Kejap-kejap nak air. Haus sangat yer nak. Kalau time sahur, memang dua-dua tidur lagi. Relax-relax je la mak pak bersahur.

Tolong layan adik time Umi n Babah tengah berbuka

Start last week saya dah train Afham g rumah Mama (pengasuh anak-anak). Tempat yang sama dengan Afkar. Babah malas nak hantar banyak-banyak tempat. Sekali jalan je katanya. Hari 1st hantar, Umi yang meleleh beria. Sama je perasaan cam hantar Afkar 1st day. Tapi ni tak boleh nak ulang tengok sangat. Sebab kang si Abang nak ikut balik umah. So call-call n message la tanya khabar dua beradik tu. Semoga anak-anak Umi sentiasa dipelihara kesihatan, dilindungi keselamatan dan kesejahteraan. Duduk umah Mama baik-baik ok. Abang tolong jaga adik ok kat rumah Mama.


Bag anak-anak

Dua cinta hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...