Saturday, June 28, 2014

Menghilangkan Ruam Panas pada Bayi

Assalamualaikum w.b.t

Afham haritu kena ruam kat bahagian leher, kat pelipat-pelipat tangan pun ada jugak. Banyak gak dia kena. Mak saya pesan kalau dah kena ruam kena jaga betul-betul takut melarat. Nanti baby mudah rasa tak selesa dan akan meragam.

Mula-mula tu nak bagi hilang, sapu lotion tapi lotion tak serasi dengan Afham kat bahagian leher. Yang kat tangan ok. Pastu mak saya try tepung ubi lak. Tepung ubi tu sangaikan atas dapur (goreng tanpa minyak), buat macam bedak. Pun tak serasi dengan Afham.

Saya pun tanya la kat group wasap camna nak bagi hilang ruam. Bagus kan ada group wasap ni. Hehe. Tanya je memang sepantas kilat dapat jawapan. Sha suggest Minyak Kelapa Dara. Saya try pulak guna Minyak Kelapa Dara. Alhamdulillah serasi dengan Afham. Baju saya bagi Afham pakai baju lubang-lubang atau romper. Sejuk sikit kan . Kalau panas sangat macam cuaca skang ni memang duduk dalam bilik pasang air cond.


Ni saya baca dari Babycenter:

Apa itu ruam panas?

Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas.

Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.

Bagaimana saya harus merawat ruam panas?
  • Elakkan persekitaran panas dan lembap
  • Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang
  • Pastikan badannya sentiasa sejuk
  • Gunakan losyen kalamin
  • Gunakan krim hidrokortison (1/2 peratus)-atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.


Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?

Pastikan anak anda sejuk selesa dengan memakaikannya pakaian benang yang ringan, terutama sekali semasa cuaca panas.

Semasa cuaca panas, jangan biarkan anak anda keluar rumah atau carikan dia tempat yang sejuk, teduh atau berangin untuk dia duduk dan bermain ketika di luar. 

Pastikan anak anda minum banyak cecair supaya dia tidak menjadi nyahhidrat.

Sumber : BABYCENTER

Thursday, June 26, 2014

Oh my English dengan Atuk

Last week balik Slim River. Tiba turn Atuk lak ada sesi #Ohmyenglish dengan Afkar. Afkar ajak Atuk tengok fish kat Kolam Atuk.

Afkar : Atuk, fish (sambil tunjuk kat kolam ikan atuk)

Atuk : (sambil dukung Afkar) Kuncila Afkar grill ni. Kunci mana kunci.

Afkar : Atuk key... Lock...Atuk key...

Atuk : ooo dia tak sebut kunci. Dia sebut key.



Belanja sekeping gambar budak banyak cakap ni.


Wednesday, June 25, 2014

Application For Android : Kid Mode

Arini nak share satu application ni. Untuk android user. Siapa yang ada prob macam saya boleh la install yer dari play store.

Afkar ni kan makin lama makin advance bila dah pegang hp. Huhuhu. Tu bukan good news yer. Tu boleh mengundang kerisauan. Abis gallery, video player, voice recorder, camera n macam-macam lagi yang dia godek. Takut kang terdelete je file.

Bila tak bagi hp dah pandai ngamuk. Ahdoi satu lagi masalah. Huwaa. Sampaikan satu tahap tu kitorang laki bini dah rasa nak belikan dia tab yang budak-budak punya tu. Tapi risau dia mengadap tu je pulak. Macam skang ni kitorang limitkan dia pegang hp.

Sampai la saya google² pastu jumpa recommendation application Kid Mode ni. Try install. Best la pulak. App ni boleh block budak² dari guna app yang tak sepatutnya. Ada parent dashboard, kat situ boleh add app yang kita nak allow sahaja. So, anak-anak boleh access app yang kita allow tu je la. Kalau nak exit dari app ni dia akan minta tahun lahir parent. Boleh limit kan time gak, tapi perlu upgrade ke premium. Guna yang free ni pun dah ok. Selesai dah la prob kitorang. Masa penggunaan hp Afkar pun jadi lebih singkat, sebab dia boring banyak benda tak boleh. Haha.

Kid mode

Boleh access app yang kat sini je. 



Tuesday, June 24, 2014

Rezeki Anak

Assalamualaikum w.b.t

Time awal-awal dapat berita yang saya pregnant anak kedua ada juga yang bertanya kami dah ready ke nak menerima orang baru. Ada juga yang kesian kat Afkar dah nak jadi abang. Lom puas manja katanya. Time dapat tau saya pregnant Afkar baru setahun 8 bln. Saya gelak-gelak je jawab,Alhamdulillah dah rezeki. Orang kata jawapan tu klise. Hmmm...(krik...krik...krik...)

Walaupun orang kata jawapan saya tu klise, saya pegang gak kat satu benda ni yang anak tu rezeki. Dan setiap anak ada rezeki masing-masing. Saya tak nak ambil contoh orang lain, ambil contoh diri sendiri je la. Tiap kali pun nak sambut orang baru kitorang laki bini ada la nervous gak. Ye la dulu perbelanjaan untuk laki bini je pastu dah ada anak mesti ada pertambahan belanja untuk anak. Upah pengasuh, pampers, susu dan juga keperluan lain. Bila tambah anak, tambah la jugak perbelanjaan. Dari segi logik fikir gitu la kan. 

Alhamdulillah rezeki anak-anak, setiap kali saya nak bersalin ada rezeki lebih untuk kami sekeluarga. Contoh nya saya dapat duit kutu ke, ada kenaikan gaji ke, Mr. Teddy dapat better offer. Ha gitu la. Rata-rata yang saya tanya dan borak-borak cerita, kebiasaannya akan ada rezeki tambahan bila nak sambut orang baru dari segi untung bisnes ke, naik pangkat ke, naik gaji ke. Orang pun selalu cakap "Rezeki anak la tu". Sebab tu saya percaya yang setiap anak ada rezeki masing-masing. Yang penting usaha dan tawakal kena seiring. InsyaALLAH dipermudahkan.

Bab sian kat Afkar lak. Saya mengaku yang saya sangat-sangat risau memikirkan Afkar nak jadi abang. Ummi yang stress lebih. Dia relax² je. Mau tak risau manja bebenor si Afkar tu. Nak jadi abang lagi extra manja. Sampai buat emak dia ni bertukar jadi hijau selalu. Pastu jelez kemain bila saya pegang baby lain. Dengan belum 'wean off' nye time tu. Tu yang jadi drama air mata memikirkan dia nak jadi abang punya pasal. Ummi dia la yang emo. Haha. 

Alhamdulillah bila Afham lahir, nampak sedikit demi sedikit perubahan Afkar jadi lebih 'big boy'. Manja tu tetap manja. Setakat ni Alhamdulillah, belum lagi ada adegan melanyak adik. Dia pun dah nak cium adik dia. Agah-agah adik. Tapi part mencari perhatian Ummi dan Babah dengan Afkar memang tak dapat dipisahkan. Haha. Ada je la benda dia buat nak bagi mak pak dia menempik "Afkarrrrrrr!!!!" Setakat tumpahkan air dengan susu tu dah perkara biasa. Bukak peti ais amik telur, amik botol ubat la, amik botol sos la tu dah jadi hobi. Aitu dah pecah sebijik botol sos. Pastu suara halilintar time adik tido pun dah biasa. Terkujat² adik dibuatnye. Kalau time mood adik elok, lantak la ko bang. Tido lagi baik. Tapi time mood adik tak baik terjaga gak. Time tu kalu ha memang Ummi lak halilintar balik kat Afkar. Haha.


Muahx. Kiss adik


Tido berhimpit-himpit.

Tuesday, June 17, 2014

Birthday Mr. Teddy

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni birthday encik suami kesayanganku, Mr. Teddy yang ke dot dot. Sila teka. Haha. Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki. Terima kasih Dy selalu jadi 'super babah' tuk I dan anak-anak.



Sabtu aritu kitorang celebrate in advance birthday Mr. Teddy kat Palm Hill Cafe, Shangri-La Putrajaya. BBQ buffet. Saya beli voucher kat Groupon. Not bad la gak. Tapi yang BBQ tu cepat nau abis. Tiap kali top up pun sepantas kilat licin. Belanja Mak sekali dah jaga saya time pantang. Banyak gile saya makan. Haha. Sampai rasa nak meletop perut.


Birthday boy!!!


si manja nenek

Nenek dan cucu menjamu selera


Alhamdulillah...selera makan


Kite tak boleh makan...kite posing je la...

Bertiga...afham dah tdoq...

Hadiah mr.teddy

Saturday, June 14, 2014

Si Botak

Assalamualaikum w.b.t

Cite pasal Afham dah jadi budak botak lak. Sehari pas kenduri Akikah dia, atuk terus cukur rambut Afham. No more rambut lebat, tinggal la si gondol Ummi. Hehe

Sebelum botak. Tido yer dik. Afham tido time cukur. Pastu bangun jap hisap susu, sambung tido. Atuk sambung cukur. Barber 1st class ko. Hahaha.


Saya dah botak. Bila dah botak sebijik abang dia. Hehe.



Thursday, June 12, 2014

KENDURI AKIKAH AFHAM

Assalamualaikum w.b.t

1 Jun 2014 haritu dah selamat buat kenduri Akikah untuk Afham. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kitorang buat kat rumah mertua, Slim River. Buat sekali Majlis Cukur Jambul n Naik Buai. Semua pun mertua yang uruskan.

Saya sempat ler tempah Yassin n sticker nak tampal kat goodies. Tak dapat nak DIY, umah ilek pochi pc or laptop. Tempah ngan Dida Zenal. Ok puas hati. Saya just cakap warna tema apa pastu Cuda design. Cuda bagi beberapa option tuk pilih. Rambang mata nak pilih, sebab sume cantik-cantik. Akhirnya saya pilih design kat bawah ni. Dalam goodies yang saya prepare tu ada Yassin, muffin n bunga telur. Tu pun last minute siapkan. Adik-adik ipar tolong pack. Mil saya ada gak buat bunga telur n goodies. Kemain Afham sampai nak dua goodies. Haha. Beria betul. Buai adik ipar saya DIY sendiri.


YASSIN


goodies. Adik ipar tolong pack.

Kambing petang Sabtu tu Mr. Teddy g pilih. Beli kat tempat yang sama time Akikah Afkar. Kitorang kemain semangat balik awal kononnye kena sampai before pukul 5. Sekali nando. Orang tu ada hal amende ntah, pukul 5 lebih baru Mr. Teddy g pilih. Orang tu siap sembelih bersihkan semua pastu terus hantar kat catering untuk masak. Senang gitu.

Majlis start dalam pukul 10. Marhaban dulu, pastu cukur jambul, pastu naik buai. Lepas tu ada bacaan Yassin. Team marhaban yang sama time Afkar dulu. Sedap dengar dorang marhaban. Hari sebelum majlis tu, fil cakap akan ada 40 orang marhaban. Terkejut den. Ramainye. Sebab ada dua team ke cmna ntah. Sekali time majlis yang ada tak sampai 15 orang. Aikkk.  Rupanya ketua team yang lagi satu tu g Umrah. Sudahnya tak datang la yang lain pun. Sian fil menunggu-nunggu orang tak datang. Nak datang camno dah g umrah orang nye. Huhu.

Pengantin belum naik buai dah tertido

Ganbo family. Kemain payah nak pilih. Bila anak-anak ok, mak pak tak ok. Bila mak pak ok, anak lak tak ok. Sudahnya pilih gambo mak paling ok. Haha.

Cukur jambul

Apapun Alhamdulillah semua dah selesai. Si pengantin pun Alhamdulillah behave je. Tido je time majlis. Lepas majlis baru dia buat konsert nak tido punya pasal. Abang pengantin hmmm kemain sibuk lagi die. Ke hulu ke hilir. Pastu sedap melantak air oren ngan buah tembikai. Mentang-mentang Ummi sibuk dengan adik dia tak leh nak marah. Pastu ramai lak tukang back up. Malam-malam dah tak boleh tido. Batuk-batuk. Sape yang dia carik Ummi gak. Time minum kemain sedap sket tak ingat Ummi yer. Kalau carik Ummi time minum, boleh tumpang sekaki. Haha. Sedap woo air oren sejuk-sejuk. Ala meleleh lak ailiuq. Tak leh minum lagi ice. Huhu.


Abang practise vocal. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...