Wednesday, April 30, 2014

Kisah 'Wean-off' Afkar

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum ni saya pernah cerita kan betapa susahnye nak 'wean off' Afkar. Sebenarnya lebih kepada saya sendiri yang tak cukup cekal nak 'berpisah'. Saya sendiri tak berusaha keras ke arah itu. Maksudnye tak ada la try letak apa-apa supaya Afkar menolak. Dah tu jangan la nak bising kan bila anak tak nak 'wean off'. Dah omaknye sendiri tak rela. Tu ayat Mr. Teddy tuk saya. Huhuhu. Sakit, pedih, perit tahan je la jebat. Sambil-sambil tu duk tanye kengkawan yang ada pengalaman. Pastu bile ade yang share dorang tandem, tetiba teringin nak tandem. Dah tak jadi pulak nak wean off. Ahdoyai tak tetap pendirian betul. Choii.

Tapi bile makin sarat mengandung Afham n Afkar dah pun 2 tahun, saya cuba la elak-elak jugak dan tak akan offer kalau Afkar tak minta. Hari-hari zikir kat Afkar nanti adik dah kuar, abang Afkar kena stop. Dengan Afkar ni waktu paling kritikal adalah time nak tidur terutama tidur malam. Memang pengempeng tegar ini budak. Huhuhu. Pernah la berjaya 'wean off' hampir 3 hari ke 5 hari gitu time Afkar warded dulu. Pas kuar ward die dah tak 'mencari' so ingatkan dah berjaya. Sekali nan ado. Sebabnya ummi die ni tak cukup kental. Bile die merayu dengan air mata tu xsampai hati. Huwaa. Tu la saya cakap bab 'wean off' ni omak eh yang touching lebey. Hati mak mesti mau kental.

Dalam pada hati tak cekal, duk gak risau ni camne la bila dah ada adik nanti. Berebut tak kalau masa adik lahir, Afkar still belum 'wean off'. Camno la nak handle. Tu yang saya risaukan. Memang saya banyak tanya experience kengkawan macam mana nak handle bila tandem nursing. Mana la tau kot-kot misi nak 'wean off' lom berjaya boleh gak siap sedia mental n fizikal. Chewah.

Hari pertama Afham lahir, hari pertama Afkar tanpa 'nen' setelah hampir 2 tahun 5 bulan bersama. Malam tu Afkar tidur dengan kakak ipar saya, Mr. Teddy teman saya kat spital. Pukul 3 pagi baru dia tidur. Mak aii. Wat ape anak. Ibu Di cakap die ajak Ibu Di main xberenti. Esok paginye Mr. Teddy bawak Afkar g spital sebab dia dah mencari saya. Saat pertama Afkar tengok saya dalam ward terus berpelukan dua beranak ni. huhuhu. Sedih. Memang emo lebih. Dia ketiduran atas riba saya. Alhamdulillah boleh elak lagi dari bagi susu time tu. 

Malam kedua Afkar tidur dengan Mr. Teddy kat rumah. Pukul 2 pagi baru tido. Malam ketiga saya dah dekat rumah. Memang meruntun hati bila dengar dia panggil Ummi nangis-nangis. Saya tidur dalam bilik, dia tidur kat luar dengan Babah. Disebabkan ada mak saya, saya kuatkan hati walaupun air mata dah berjurai-jurai sampai kena marah.huhu. Kalau mak tak ada tu, memang dah bagi dah agaknye. Mak saya pesan, sekali kalau offer kat Afkar mesti dah payah nak wean off. So alang-alang dah mula, teruskan je.

Macam tu la tiap-tiap malam berikutnya. Mesti meruntun hati dengar dia menangis nak kan saya. Huwaa. Sampai hari kelima tak silap, saya slow talk lagi dengan Afkar. Chewah siap slow talk bagai. Ye la tak nak la bagi dia terasa. Tapi seyes die macam paham tau. Hehehe. Memang hari-hari sebelum tu pun duk cakap kat dia benda yang sama. "Abang Afkar dah lebih dua tahun hisap susu. Sekarang ni turn adik pulak. Ummi tetap sayang Abang Afkar walaupun Abang Afkar dah tak hisap susu. Bukan bermakna Ummi tak sayang tau". Malam tu saya tidokan Afkar, sebab sian kat Mr. Teddy hari-hari tido lambat. Alhamdulillah 1st time dia tidur sambil peluk saya dan dah tak minta 'nen'.  Perkembangan yang positif.


Sehingga hari ni adik dah 20 hari, bermakna secara rasmi dah 20 hari Afkar wean off setelah hampir 2 tahun 5 bulan mengempeng. 2 tahun 5 bulan yang penuh kenangan. Kiranya saya tak merasa pengalaman tandem nursing la. Hehehe. Sekarang turn Afham pulak. Semoga rezeki Afham sentiasa ada dan dilimpahkan. Amin. Nanti saya share pulak reaksi Afkar tengok 'nen' dia dah diambil Afham.

Ni gambar time 1st day Afham lahir. Muka budak ni tengah kerinduan kat Ummi dia. Tu yang moody semacam.

Monday, April 21, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2

Assalamualaikum w.b.t



Tengok gambo atas ni apa maknanya. Hehe. Alhamdulillah Afkar dah jadi abang. Saya dah selamat bersalin baby boy pada 10 April 2014 pukul 1.49 pagi.Moh ler update cite bersalin hari ni laju-laju sementara baby tido. Pengalaman bersalin kali ni berbeza dengan time Afkar. Betul la eh org cakap pengalaman mengandung, bersalin setiap anak tu lain.

Kisahnye hari Rabu malam tu, 9 April saya ada routine check up kat KPMC. Appoinment dengan Dr. Anita. So pergi le check up cam bese. Kebetulan kitorang sampai lambat kt KPMC, turn pun lambat ler gak. Dalam pukul 10 lebih baru turn sampai.

Time check up, Dr. Anita tanye dah ada rasa mengeras yang selang 10 min ke belum. Saya cakap la mengeras tu ada tapi maybe false alarm je. Sebab gap masa x consistent. Pastu bile gerak buat benda lain contraction hilang. Dr. scan baby sume ok. Cuma air ketuban kurang sket daripada minggu sebelum tu. Minggu sebelum tu bacaan 15, malam check up tu bacaan 10. Tapi still ok. Dr.  cakap kalau bacaan below 7, akan terus kena induce.

Tetiba Dr. Anita tanya nak tak kalau dia check bukaan. Terkejut den tau tetiba nak check bukaan. huhu. Tapi xtau nape saya memang cam ada instinct yg Dr. nak check bukaan malam tu so saya sempat la trim ape yang patut sebelum g KPMC. Haha. Saya tanya advice Dr. Anita balik. Dr. Anita tanye saya ada tak kije yang outstanding kat office. Pastu gelak2 la saya jawab xsabar dah nak cuti. Haha. Dr. Anita cakap check je la. So bila Dr. check bukaan dah 5cm.Terkejut betul kitorang. Saya blur gile time tu. Pastu teringat, time Afkar dulu 3cm dah kena admit, yang kali ni 5cm tentu-tentu la kena admit ni. Mr. Teddy lagi blur, dia boleh tanya Dr. balik dah nak bersalin ke. Hahaha. Dah le saya belum makan time tu, sempat lapik perut makan bihun je sket before g KPMC.

Saya pujuk Dr. Anita bagi saya balik dulu, nak settlekan Afkar hantar kat rumah Mama dia. Memang tak r Dr. nak bagi balik. Mr.Teddy dengan confidentnye cakap kat saya jangan risau, dia uruskan semua. Keluar dari bilik Dr. saya dah meleleh-leleh air mata. Drama tol. Hahaha. Terkejut sangat kot.

Ding dong ding dong Nurse settlekan ward, Mr. Teddy bayar depo sume, dalam pukul 11.30 saya kena masuk labour room. Nurse wat preparation semua. Bagi ubat berak, on drip, check bukaan lagi sekali. Confirm 5cm dah bukaan. Nurse duk tanya bila perut saya start mengeras, saya pun xsure nak jawab. Sebab duk ingat braxton hicks selama ni. Huhu. Tak ada turun tanda ke ape. Mr.teddy balik rumah dulu nak ambil bag saya n baby. Afkar xjadi hantar rumah mama dia, kakak ipar saya datang jaga.

Pukul 12, Dr. Anita datang pecahkan air ketuban. Lebih kurang 12 lebih gitu saya dengar suara kakak saya, Kak Cik. Kak Cik datang dengan mak n Along. Nurse cakap dengan saya kalau nak minta mak temankan boleh sementara husben belum sampai. Saya minta tolong nurse panggilkan mak. Time tu contraction dah start kuat. Bibir tak henti-henti zikir Doa Nabi Yunus. Teknik pernafasan dah ke laut. Seyes x ingat dah camne wat time Afkar dulu. Tengah sakit kot. Sempat belajar dengan Nurse camne nak control breathing. Saya minta nak duduk dengan Nurse tapi Nurse x bagi. Saya sempat cakap kat Nurse, relax-relax dulu pun xpe husben saya lom sampai. Dalam pukul 1.00pagi Mr.Teddy sampai, dia pula masuk labour room teman saya.

Contraction makin kuat. Saya keep on minta duduk dengan Nurse. Nurse bagi ngiring je. So saya pun mengiring. Nurse cakap kalau mengiring nak push sket-sket boleh. Lepas tu saya rasa cam nak terberak (Nurse yang cakap kalau rasa nak terberak bagitau, hahaha) time contraction tengah kuat. Nurse check bukaan dah 7cm. Mr.Teddy tolong tenangkan saya. Urut-urut belakang. Lagi sekali rasa nak terberak, Nurse check bukaan dah 10cm. Fully dilate saya dengar Nurse tu cakap. Pastu dorang kelam kabut sket wat preparation n call Dr. Anita.

Dr. Anita sampai terus suh saya push time contraction tengah kuat. Cubaan pertama gagal. Tak reti. Huhu. Saya g tarik nafas, pastu time nak teran g lepas. Pastu Nurse ajar balik, time nak teran jangan lepas nafas. Teran macam nak berak keras (sorry la yer...asyik cite berak je arini...hehe). Kepala pandang perut, jangan angkat badan, jangan angkat bontot, kaki jangan kepit. Satu-satu apa yang Nurse ajar masuk dalam kepala otak. Bila xrasa contraction, saya relax. Bila rasa contraction baru meneran macam yang Nurse ajar. Kali kedua meneran ada progress sket. Dah macam tengok world cup time tu dorang sorak tuk saya. "Good...good" "sikit lagi puan". Kali ketiga meneran, Alhamdulillah  dengan izin Allah saya dah nampak baby saya. Nampak 'bibird' die=). Proses jahit kali ni saya xsedor. Saya ketiduran lepas bersalin tu. Kesan ubat kot. Sempat ler gak tanye Nurse bape jahitan. Nurse bagitau 4 jahitan.

Alhamdulillah selamat semuanya dan segala urusan dipermudahkan. Syukur. Start sakit kuat dalam pukul 12 lebih, time mak saya teman tu. Pukul 1.49 pagi saya selamat bersalinkan Afham. Berat Afham 3.80 kg. Kurang sket dari Abang Afkar. Lahir awal 2 minggu awal dari tarikh EDD sama gak macam Abang Afkar. Bermula la cerita berpantang saya. Tu update dalam entry lain. InsyaALLAH. Skang ni saya dah ada 3 hero kesayangan: Faizul Azdi, Faris Afkar, Fattah Afham=)

Friday, April 4, 2014

Abang Afkar

Assalamualaikum w.b.t

Actually tengah bz sket ni dengan kerja office, tapi curik time sket nak bagi hilang ngantuk duk mengadap nombor je. Berpinor mata. huhuhu. Rasanya dah lama tak update pasal Abang Afkar kat sini. Yang makin banyak keletah, makin macam-macam ragam. InsyaALLAH bulan depan Afkar dah nak jadi abang. Camno la rupenyer budak manja ni jadi abang. Nanti jaga adik eh Abang Afkar.

Afkar macam budak-budak lain yang sebaya dia gak. Zaman tengah nak explore memacam. Cepat ikut ape je yang kita cakap n buat. Budak-budak ni kan memang macam sponge, tapi kalau dulu dia xreti nak express. Sekarang ni dah absorb, pandai express lak. Memang kekadang mengekek je gelak tengok keletah  dia.

Tapi Afkar berat mulut sket. Bukan berat mulut pendiam tu. Pendiam la sangat. Dia kecoh yang amat ok. Berat mulut kat sini maksudnya pelat. Kekadang puas nak memahamkan dia cakap apa. Sket-sket tu boleh la paham. Baca doa makan pun comel je sebab pelat (matik la kemain confident puji anak sendiri). Dah la kuat ajuk kitorang cakap apa. Geram je.Ajuk tapi pelat. Boleh bayang x.

Tantrum dah kurang sket berbanding dulu. Kurang le angin puting beliung dia. So Ummi n Babah pun dah kurang bertukar jadi hijau. hehehe. Cumanya sekang ni prob nak ajak tido. Dia tido lambat skang ni melayan cartoon. Babah ler kena teman. Sebab Ummi memang dah kedaung tido awal. Dah hujung-hujung pregnant ni lagi la kan, sakit pinggang sokmo. Kadang-kadang Babah kena gak paksa Afkar tido sekali dengan saya. Sian dia kena paksa tido. Tido berkepit lagi ni. Celah ketiak. Lom berjaya nak wean off sepenuhnya lagi. Tu yang camne pun time tido, Ummi gak dia carik. Babah time main leh wat gang.

Skang ni dah tau main hp. huwaa. Silap saya gak ler expose kat dia time dia warded dulu. Konon nak bagi hilang boring. Skang ni berebut hp dengan dia. Dia nak main sendiri. Tau pulak tu nak pilih yang mana. Saya downloadkan yang education apps. Kekadang rasa ok ler gak sebab dia banyak belajar AlifBaTa, ABC, 123, Shapes, Body n lain-lain daripada apps kat hp. Afkar pun bukan la jenis mengadap hp saje. Kekadang tu ada la dia minta bila tengok Ummi dia kemain lagi wasap (saje xnak bagi Ummi main wasap ler tu). So saya wat satu folder tuk dia. Dia  tahu yang leh main apps yang dalam folder tu je. Tiap kali dia pegang hp tutup sesiap 'Data Internet'. So xde la die terdownload apa2 apps. Risau gak ni sebenarnya takut kalau dia obses kat gadget. huhuhu. Setakat ni masih terkawal.

Masih lom berjaya wean off sepenuhnya. Time tido wajibul ghunnah mengempeng dengan Ummi. Aitu ade gak cakap kat Mr.Teddy kena try ajar Afkar tidur dengan Babah kalau nak wean off ni. Tapi bak angin lalu je la. hehee. Dia carik Ummi gak time nak tidur. Camno tu. Kalau waktu lain tu boleh elak-elak lagi, tapi time tido susah nye la. Ada sekali tu lawak gak. Dia nak ngempeng. Saya buat-buat tak tahu. Pastu dia selak baju dia , dia tunjuk-tunjuk suh saya buat macam dia. hahaha. Siap baring lagi pastu bila Ummi wat derk. Konon ingat Ummi xpaham la tu dia nak apa. Ummi saje la buat-buat tak paham Abang Afkar. hehehe.
~Practise tdo berdua~

Nak ajar tak pakai pampers pun lom berjaya lagi. Dia boleh cakap nak 'yak' tapi sesudah membuang. Aitu sekali die jerit kuat-kuat "Afkar nak yak". Babah check lom buang lagi, Babah pun bawak g bilik air siap-siap buka pampers, xsempat nak suh cangkung dah selamat bertaburan. hahaha. Sib bek memang dalam bilik air. Kalau nak kencing dia cakap "nak shi shi". Kekadang lepas la kat bilik air. Kekadang dah kencing baru cakap. Tapi sibuk nak basuh sendiri. Dah cam beso benor latu kengkonon.

Skang serba serbi nak wat sendiri. Mandi sendiri. Basuh 'shi shi' n 'yak' sendiri. Berebut paip dalam bilik air. Tu yang dengan kita lencun sekali kekadang tu. Pakai baju ikut mood. Kekadang nak pakai sendiri. Makan dah memang suap sendiri tapi memang bersepah abis. Kalau malas nak kemas memang suapkan dia. Dia punya sepah tu bukan kat meja makan je, satu hall ok. Huhuhu. Tapi dalam kete kalau ada saya, dia xnak duduk depan. Nak menggeser gak dengan Ummi. Kalau berdua je dengan Mr.Teddy elok pulak.


~Tengok tv dari dalam bakul pun boleh la nak~

~Sekejapan tinggalkan dia...dah jadi macam ni~

~Ok kemas balik. Sambil kira 1,2,3~

Ok tu je la kot nak update pasal Abang Afkar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...